Empangan Teluk Bahang adalah empangan tadahan air terbesar di Pulau Pinang. Saya sudah beberapa kali singgah di Empangan Teluk Bahang. Kali terakhir adalah ketika saya dan keluarga bercuti hujung minggu, weekend getaway di Golden Sands Resort.

Empangan Teluk Bahang pernah menjadi bualan apabila dikatakan terdapat banyak misteri yang berselindung di sebalik ketenangan airnya yang sering nampak menghijau. Jika anda rajin mencari, anda akan jumpa banyak cerita misteri mengenai empangan ini.

Empangan Teluk Bahang Penuh Misteri

Empangan Teluk Bahang Penuh Misteri
Antara cerita paling terkenal ialah ular setinggi bangunan, ikan arapaima gergasi dan beberapa kisah mistik berkaitan orang bunian. Saya pasti ada di antara anda yang pernah membaca atau menonton video mengenai cerita-cerita ini. Namun, semua itu hanyalah satu cerita-cerita yang tiada pengesahan sah.

Kalau anda seorang kaki pancing, tentu biasa dengar mengenai ikan arapaima dan toman sebesar pemeluk bermaharajalela yang menjadi cakap-cakap. Tapi hakikatnya, bahaya empangan ini bukanlah kerana cerita misteri dan mistik mahupun sembang kencang kaki pancing, tetapi adalah kerana kedalaman empangan ini yang mencecah lebih 50 meter.

Festival Antarabangsa Batal Kerana ......

Anda mungkin tak tahu, pernah satu ketika satu festival peringkat antarabangsa terpaksa dibatalkan gara-gara ada pegawai festival tersebut mati lemas semasa mandi manda di Empangan Teluk Bahang ini.
Empangan Teluk Bahang Penuh Misteri
Empangan Teluk Bahang berada di kawasan agak terpencil. Sebelum anda sampai ke empangan ini, anda akan bertemu dengan beberapa tempat menarik antara Taman Rama-Rama - yang ketika saya menerbitkan entri ini masih lagi dalam pengubahsuaian, Fruit Farm yang terkenal di kalangan pelancong asing dan juga beberapa pantai putih bersih, termasuklah juga akses ke Taman Negara Pulau Pinang.

Kalau anda dari arah tempat saya menginap iaitu di Golden Sands Resort, anda akan temui tempat riadah dan aktiviti ekstrem yang semakin popular iaitu Escape Advertureplay dan juga Toy Museum yang baru.
Empangan Teluk Bahang Penuh Misteri
Empangan Teluk Bahang secara amnya tidak dibuka untuk orang ramai, tetapi di sini adalah antara lokasi popular untuk beberapa pertandingan melibatkan sukan air terutama berkayak dan juga perahu panjang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang meletakkan beberapa acara menarik yang diadakan di empangan ini di dalam kalendar pelancongan setiap tahun. Mungkin, anda boleh datang ke sini dan lihat sendiri apa yang menariknya Empangan Teluk Bahang sehingga membawa banyak cerita penuh misteri.


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. banyak misteri kalau berkaitan hutan dan air

    BalasPadam
  2. Kalau ajak ayah saya pergi ni, pasti katanya, "Buat apa pergi tempat jin bertendang?"

    Hehe -.-"

    BalasPadam
  3. taman rama2 ciktie pernah la pergi..tapi kalau teluk ni belum lagi la

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement