Wahh hebat betul blogger Malaysia sekarang. Sejak saya mula menulis blog sejak tahun 2007-2008, saya tidak begitu nampak akan kejayaan yang boleh dicapai oleh blogger Malaysia, terutama blogger yang menulis blog dalam Bahasa Melayu. Tetapi sekarang ini, saya telah lihat pelbagai kejayaan dicapai oleh blogger Malaysia. Serius, saya bangga dengan apa yang telah dicapai oleh rakan-rakan blogger sejak dari itu.

Mulai tahun 2010, saya nampak banyak perubahan dalam atmosfera dunia blogger Malaysia. Sejak keluarnya berita sensasi Redmummy jana income menerusi blog RM1 juta; dunia blogger mula meriah dengan wujudnya banyak blog dan blogger baru.

Kejayaan Hebat Blogger Malaysia

Kisah Kejayaan Blogger Malaysia
Otai-otai blogger mula mendapat tempat dan perhatian. Saya juga melihat ramai rakan blogger datang dan pergi. Ada yang telahpun kembali ke rahmatullah. Dan ramai sekali rakan blogger yang pernah top satu ketika dahulu menyepi tanpa update terbaru. Patah tumbuh, hilang berganti.

Saya juga perasan ramai blogger baru yang muncul dengan kelebihan dan kehebatan sendiri. Ada yang menjadi pakar dalam menulis entri berbentuk review dan copy-writing sehingga berjaya menjadikan blog sebagai lubuk buat duit online tanpa banyak modal (affiliate).

Blogger Jadi Ikon, Menang Anugerah, Jadi Selebriti dan Cover Majalah

Ada juga rakan blogger yang menjadi ikon, dan meraih pelbagai anugerah untuk blogger seperti Digi WWWOW Awards, dan Malaysian Social Media Week - MSMW. Ada yang telah 'diangkat' dan diberikan tempat dalam platform lain seperti Nuffnang serta SAYS.
Blogger Malaysia Menang Anugerah
Top Blogger Malaysia menang anugerah
Ada blogger dari seorang blogger biasa menjadi blogger luar biasa sehingga menjadi antara usahawan online berjaya menjana income hebat setiap bulan dan menjadi antara jutawan muda di Malaysia. Ada pula rakan blogger dari seorang blogger biasa menjadi blogger paling berpengaruh di Malaysia. Ada pula dari blogger menjadi pelakon serta selebriti diminati ramai.

[Baca] 8 Blogger Cantik dan Cun Dalam GUESS Blogger Award

Ramai sekali rakan blogger yang diberikan kesempatan oleh syarikat besar dan hebat sehingga mereka diberikan tempat eksklusif dalam setiap promosi dan kempen pengiklanan.
Blogger cantik jadi cover majalah
Blogger cun jadi penghias cover majalah
Blogger diberikan tempat dalam akbar tempatan
Ada pula rakan blogger yang berjaya menjadi kolumnis akhbar. Dan ramai sekali yang telah mendapat publisiti percuma menerusi media cetak dan media elektronik, malah ada yang berjaya mendapat ruang untuk menghiasi dada akhbar dan majalah sehingga 3-4 mukasurat. Tidak dinafikan juga, ada rakan blogger yang saya kenal sejak 2010 sudah menjadi cover majalah-majalah di Malaysia dan diberikan peluang untuk mempunyai rancangan TV sendiri.

Bangga Rakan Blogger Jadi Dubai Ambassador

Terbaru, saya dapat tahu ada rakan blogger yang menjadi duta-duta produk termasuklah rakan blogger niche travel yang berjaya menjadi Dubai Ambassador. Rakan blogger yang saya maksudkan ialah Mr. Jocko yang sejak sekian lama menjadi antara penulis blog genre travel atau percutian. Konsisten dengan niche, dan menampilkan corak penulisan bergambar menarik di blog menjadikan Mr.Jocko antara ikon atau sifu dalam penulisan blog bergenre berkenaan.
Bangga Rakan Blogger Jadi Dubai Ambassador

Saya bangga dengan apa yang telah dicapai oleh rakan-rakan blogger saya. Namun, saya tidak nafikan ada segelintir rakan blogger yang masih lagi menggunakan pendekatan murahan untuk melariskan blog dan menjana income menerusinya.

Begitulah. Dalam setandan pisang bukan semuanya elok, akan ada buah-buah pisang yang busuk. Nak tak nak itulah hakikat dalam dunia blog Malaysia. Dalam kebaikan itu ada keburukan; begitulah sebaliknya.

Buat rakan blogger yang membaca, saya doakan kejayaan buat anda semua. Buat pembaca dan pengunjung yang obses mendapatkan informasi dan cerita dari blog-blog Malaysia, awas dengan apa yang anda klik dan anda baca. Dunia blog bukan semuanya bagus ... hoho.


19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Banyak lagi kisah kejayaan blogger Malaysia ... tapi tak terkeluar pula idea tu ketika entri ini ditulis

      Padam
  2. Pencapian terbaik sehingga ke oversea..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada rakan blogger jadi volunteer untuk program kemanusiaan

      Padam
  3. Allhamdulillah... tahniah.... selamat maju jaya tuk HH juga...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..Fida akan terus berblog hingga kemucak jaya..Mula tu down gak sikit..tapi dengan perkongsian daripada blogger otai.buatkan semangat kembali..

    BalasPadam
  5. Mereka hebat dlm niche memasing sama LA mcm HH juga. Err.. Taktik murahan tu mcm mana? Takut terbabit sama huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala macam nak masuk blog tu .. kena tol banyak sangat

      Padam
  6. Dubai tu..selalu la kesana nanti..ohmai...tahniah kepada mr jocko..:D

    BalasPadam
  7. Tahniah kepada mereka yang berjaya.

    BalasPadam
  8. Nampaknya saya kena usaha kuat untuk berada setaraf dengan bloggers terkenal seperti yg dinyatakan dalam entri... :)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. Rasa terpanggil nk kome. Rejeki semua telah ditentukn allah. Smoga nanie dberi rejeki sedemikian juga insyaallah. Ameen

    BalasPadam
  10. Rezeki blogger siapa yang tahu ;-) Dalam masa sama ini memberikan saya semangat untuk terus jadi blogger secara konsisten :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, semoga perkongsian ini dimanfaatkan lebih ramai rakan blogger yang lain

      Padam
  11. Wahh.. tahniah kepada blogger yg berjaya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas ini mungkin akan lebih banyak blogger yang akan berjaya .. peluang sekrang dibuka seluas luasnya untuk blogger menapak.

      Padam
  12. Hebat... perkongsian macam ni yang dapat renew semangat menulis blog ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeahh ... saya suka apa yang saya tulis beri impak positif pada orang lain

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement