Senarai Pemenang Anugerah MSMW 2015

Senarai pemenang anugerah World Bloggers and Social Media Awards MSMW 2015. Tahniah kepada rakan-rakan blogger yang berjaya menang anugerah World Bloggers and Social Media Awards di Minggu Media Sosial Malaysia atau Malaysia Social Media Week 2015 yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

MSMW 2015 telah bermula sejak 21 April dan berakhir pada 25 April 2015. Antara malam kemuncak ialah penganugerahan dan pengiktirafan kepada penggiat laman sosial di Malaysia termasuklah blogger menerusi kategori-kategori tertentu.
Senarai Pemenang World Bloggers and Social Media Awards MSMW 2015
Pada tahun ini, ramai juga rakan blogger yang saya kenal telah mengadu nasib di dalam anugerah berprestij ini. Mereka semua hebat-hebat belaka. Pada tahun ini juga, saya ambil keputusan untuk tidak mencalonkan sebarang blog kendalian saya kerana tidak menepati mana-mana kriteria dalam 11 kategori dipertandingkan.

Pencarian blog terbaik MSMW 2015 akhirnya muktamad. Blog yang menang adalah hasil undian secara online dan juga pengadilan oleh pihak juri yang telah dilantik.

Senarai Pemenang Anugerah MSMW 2015

Senarai Pemenang World Bloggers and Social Media Awards MSMW 2015
Walaupun saya sebelum ini ada menulis mengenai beberapa aspek yang perlu pihak MSMW 2015 ambil perhatian, tetapi tidak bermakna saya tidak memberikan sokongan kepada event ini. Dari satu segi, event yang dianjurkan ini sangat bagus untuk meningkatkan kredibiliti blog selain daripada penjenamaan. Ia juga sangat bagus untuk meluaskan pengaruh dan mengembangkan network blog dengan lebih meluas terutama untuk blogger yang benar-benar serius dengan blog mereka.

Jika anda terlepas membaca entri tersebut, boleh segera klik pautan ini - MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia dan baca pandangan dan pendapat peribadi saya yang tidaklah segah mana. Boleh juga lihat komen-komen dari rakan blogger yang berani bersuara dan menyatakan pandangan.

Ok. Lupakan dulu sentimen ketidakpuashatian itu. In Sha Allah, esok lusa pihak bertanggungjawab pasti akan melihat dan membaca luahan tersebut.

Senarai Blog Menang World Bloggers and Social Media Awards 2015

Sekarang mari lihat senarai pemenang anugerah World Bloggers and Social Media Awards MSMW 2015 ini. Siapakah blogger yang bertuah itu, dan adakah anda merupakan salah seorang pembaca setia blog mereka?


Anugerah-anugerah telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

Tahniah daripada saya terutama rakan-rakan blogger yang berjaya tampil menang dua tahun berturut-turut dalam MSMW 2015, iaitu Mohd Izahar Sabtu (Achik) untuk blog akupenghibur.com dan juga saudara Afif untuk blog timetravelafif.blogspot.com.
Achik - Pemenang Best Lifestyle Blog - Memang Style Menang 2 Kali!

Saya tumpang gembira sebab mereka adalah antara blogger blogspot yang berjaya dan mendapat tempat di hati ramai, memandangkan proses pemilihan pemenang melibatkan undian dan juri.

Tahniah juga untuk blogger Melastik Bintang yang menang anugerah menerusi blog sukan - motorsportroom.my. Tahniah juga kepada Team Denaihati, yang menjadi rakan strategik untuk MSMW 2015 kali ini.

Saya juga nak berterima kasih kepada Achik kerana update mengenai keputusan anugerah di MSMW 2015 ini.

Seronok dapat anugerah. Tentu lebih seronok andai ada hadiah-hadiah iringan macam iPhone 7 ke, Samsung 8 ke .. hehehe...

Syabas buat semua.



{ 24 comments.. read them below or add one }

✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ April 22, 2015
Perghh tahniah untuk acik!!! Tahniah untuk blogger yang lain...
Fatihah Fazlin Fatihah Fazlin April 22, 2015
Tahniah untuk acik... dan para pemenang lain jugak.

Tapi, semua yang tercalon memang terbaik.
Yuzz Yuzz April 23, 2015
Kenapa tahun ni tak ada kategori blog automotif terbaik? Saya sempat menang kategori blog automotif terbaik dalam MSMW 2013 yang lalu..
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz April 23, 2015
tahniah kpd semua pemenang! korang memang layak
aryn aryn April 23, 2015
Tahniah kepada semua pemenang :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 23, 2015
Mantap ooo dua kali menang gitu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 23, 2015
Entahlah ... mungkin nak cari kelainan kot .. memang tetap 11 kategori cuma bezanya ada kategori diwujudkan dan tidak
Melastik Bintang Melastik Bintang April 23, 2015
Pembetulan sikit... motorsportroom.my bro HH... :)
kamil salleh kamil salleh April 23, 2015
Tahniah kepada semua pemenang......
Husein Rider Husein Rider April 23, 2015
Tahniah kpd semua pemenang. Moga dunia blogger semakin maju di masa akn datang
yang baik yang baik April 23, 2015
mereka memang hebat. Ada blog yang tak pernah jengok dan tak pernah dengar juga.... nampaknya saya semakin ketinggalan dalam dunia blogging nie..
ekjoz buluh ekjoz buluh April 23, 2015
Tahniah buat semua pemenang. Memang ada blog yang saya ikut, namun banyak blog yang saya tidak pernah dengar. Aduhai, aku pun ketinggalan juga ni.
Fiza Rahman Fiza Rahman April 23, 2015
Tahniah buat semua yg menang.
khaty aiman khaty aiman April 23, 2015
tahniah kepada pemenang..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 23, 2015
Ok. Dah diperbetulkan dah ..
Denaihati Denaihati April 23, 2015
tahniah pada semua pemenang. tumpang seronok dgn pemenang2 yg kita kenali....
Azney Shamsuddin Azney Shamsuddin April 23, 2015
Tahniah untuk acik!!! Tahniah untuk blogger yang lain jugakkkkk
si bongkok si bongkok April 23, 2015
Syabas dah tahniah kepada para pemenang...

Buat para pengalah usah risau...tak menang bukan kata tak popular...rezeki pastinya ada dimana-mana... :)

AZENI AHMAD AZENI AHMAD April 23, 2015
Tahniah semua yang menang.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 23, 2015
Ya betul. Ada kemunculan baru walaupun blog sebenarnya dah lama wujud.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 23, 2015
Ya betul tu .. seronok tgk orang yang kita kenal berjaya .. alhamdulillah.
reezluv reezluv April 24, 2015
tahniah le kepada semua yang menang..comic blog tu heran gak aku takde yang menang..:D
Rika Oktavia Rika Oktavia April 30, 2015
Tahniah kepada pemenang :-). Moga terus sukes.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.