Terkejut. Itulah first impression saya apabila melihat harga produk di bawah ini yang dijual di Lazada Malaysia. Bagi sayalah, harga produk ini agak tidak masuk akal, apatah lagi ia dijual secara online di Lazada Malaysia.

Gelang Persahabatan (Multi-Layered Friendship Bracelet) dijual dengan harga diskaun RM80,000 seunit! Itupun setelah diskaun sebanyak 60% diberikan. Harga asal yang dipaparkan di laman jualan adalah RM200,000 seunit! Dan ini bukan satu-satunya produk yang dijual pada harga tidak masuk akal, ada lagi beberapa produk lain, dan kebanyakkannya adalah barangan kemas.

Pergh ..  harga dah serupa sebuah rumah tu! Siapalah yang gamak membeli produk semahal ini di Lazada Malaysia ye?

Produk Lazada Jual Harga Tidak Masuk Akal!


Produk Lazada Jual Harga Tidak Masuk Akal!
Dan, produk di atas bukan satu-satunya barang yang dijual dengan harga yang tidak masuk akal (pada pandangan saya). Ada lagi ....

Harga Produk RM300,000 - RM80,000

Produk Lazada Jual Harga Tidak Masuk Akal!
Produk Lazada Jual Harga Tidak Masuk Akal!
Daripada pemerhatian saya, produk-produk ini adalah merupakan produk termahal dijual di Lazada Malaysia. Ia disediakan oleh syarikat luar negara iaitu GlobalDeals.

Kebanyakkan produk tersebut merupakan produk barang kemas dijual semahal RM225,000 sehinggalah RM80,000. Kebanyakkan yang diiklankan di Lazada Malaysia merupakan produk barangan custom-made dan hand-made barangan perak; jadi saya fikir kemungkinan itulah sebab ianya berharga sebegitu tidak munasabah bagi saya.

Saya juga dapati ada syarikat antarabangsa yang meletakkan produk di Lazada Malaysia yang menjual barangan kemas dengan harga asal sehingga RM314,000 satu set, dan setelah diskaun dijual pada harga RM57,000!.
Produk Lazada Jual Harga Tidak Masuk Akal!
Gamaknya siapalah yang membeli ye, sebab ada produk-produk ini seakan sudah terjual seperti dipaparkan di bawah:
Produk Lazada Jual Harga Tidak Masuk Akal!
Tak pasti samada pihak Lazada Malaysia sedar akan adanya produk yang dijual sebegitu mahal di laman web beli belah online mereka. Saya pun secara tidak sengaja tercari produk barang kemas ini di Lazada semasa #MyCyberSale2015, dan tidak menyangka sama sekali ada produk Lazada yang dijual pada harga tidak masuk akal!

Hmmm ... kalau sayalah, tak tergamak dan tak berani nak beli produk dengan harga sebegitu secara online. Nak bayar pakai apa? Maybank2u? Kad Kredit? COD? Mau LHDN cari nanti .. hahahaa...

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement