Jualan #MyCyberSale2015 Malaysia telah pun tamat untuk tahun 2015. Edisi kali ini telah bermula pada 28 September - 2 Oktober 2015. Ia merupakan antara kempen membeli-belah secara online terbesar yang berjaya di Malaysia, dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation (MDC) dan disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), CyberSecurity Malaysia serta SME Corp. Malaysia.

#MyCyberSale telah menghimpunkan banyak syarikat perniagaan online di Malaysia, termasuklah juga usahawan-usahawan kecil secara online. Saya difahamkan, jualan #MyCyberSale telah berjaya memberikan impak positif buat pengguna mahupun penjual. Buktinya lebih banyak syarikat ambil bahagian kali ini jika dibandingkan dengan #MyCyberSale2014.

Kemeriahan #MyCyberSale2015

Kemeriahan #MyCyberSale2015
Mana-mana usahawan online yang tidak sertai kempen #MyCyberSale ni memang rugilah, sebab promosi oleh MDC, KPDNKK, CyberSecurity dan SEM Corp. Malaysia memang meluas. Malah, ada rakan-rakan blogger berpengaruh turut menyemarakkan kempen promosi #MyCyberSale2015 kali ini.

Penglibatan syarikat dan laman web online shopping seperti Lazada, Rakuten, Agrobazaar, 11Street, Lelong, GemFive, EasyDeal, GDeal, SuperBuy, Groupon, Nile, Qoo10 dan banyak lagi menyemarakkan kempen ini dengan pelbagai tawaran menarik sehingga ada yang berikan diskaun sehingga 95%.
Kemeriahan #MyCyberSale2015

Cabutan Bertuah Hadiah Lumayan #MyCyberSale2015

Paling best ialah terdapat banyak cabutan bertuah untuk menang pelbagai hadiah lumayan bagi mereka yang shopping online semasa #MyCyberSale2015 - tak kira shopping di mana-mana laman web atau syarikat! Dan hadiah paling best antaranya telefon pintar Huawei Honor 7 (2), Samsung A8 (10), Xiaomi Mi4i, wang tunai RM1000 dari Maybank (10), laptop Asus, produk Gintell serta penginapan percuma di hotel eksklusif dan unik StayNest. Ini tidak termasuk kempen tersendiri oleh syarikat berkenaan di laman web mereka.
Cabutan bertuah #MyCyberSale2015

Pengalaman Seronok Shopping Online #MyCyberSale2015

Saya secara peribadi telah terlibat dalam kempen beli belah online #MyCyberSale ini. Seronok berbelanja pada waktu ini sebab tawaran harga yang diberikan memang awesome. Dah la boleh shopping online hanya dari rumah, bayar pula dah mudah; ada yang bayar guna kad debit, kad kredit, COD, transfer online dan PayPal.

Diskaun sehingga 90-95%. Selepas itu, ada pula baucer diskaun lain. Kemudian, eligible pula untuk kontest dan cabutan bertuah, samada dari syarikat beli belah online tu mahupun daripada pihak penganjur di MDeC (http://www.mycybersale.my/). Andai diri bertuah, boleh rebut dan berpeluang menang banyak hadiah lumayan dan menarik.

Blogger Buat Duit Online Semasa #MyCyberSale

Kepada blogger Malaysia yang ada sertai affiliate dengan syarikat-syarikat online ini terutamanya Lazada Malaysia, memang boleh buat duitlah ... hanya letakkan banner kempen, dan tulis sedikit sebanyak mengenainya, in Sha Allah, boleh dapat komisen yang agak baik.

Oh ya, untuk tips beli belah online di Lazada Malaysia; jika nak dapat lebih banyak potongan dan diskaun serta tawaran menarik, download aplikasi Lazada ke telefon pintar anda. Saya boleh dapat diskaun sehingga RM100 tambahan hanya kerana beli belah guna aplikasi tu sahaja - tu sebab saya tak update blog!.. hahaha.

Tahun 2015 dah habis #MyCyberSale, tunggu hujung tahun depan pula. Nak mudah, anda boleh langgan newsletter mengenainya di http://www.mycybersale.my.


p.s: Nanti saya cerita apa yang saya beli di Lazada Malaysia tu di entri akan datang. Oh ya, doakan saya berjaya menang hadiah cabutan bertuah yang diadakan di Lazada Malaysia dan juga MDeC #MyCyberSale2015.

 
Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement