Contoh rate card pengiklanan untuk blogger Malaysia. Nampaknya semakin hari, semakin ramai pengiklan yang berminat untuk mendapatkan khidmat blogger Malaysia. Untung blogger yang mendapat perhatian daripada pengiklan-pengiklan ini, terutama sekali dari syarikat antarabangsa dari luar. Tidak dinafikan juga, banyak juga syarikat tempatan yang mahu menggunakan blogger Malaysia untuk mengiklankan mengenai produk dan bisnes menerusi banner iklan dan juga advertorial post.

Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan perkembangan positif ini. Mungkin nanti, satu hari ... blogger akan dianggap sebagai salah satu daripada kerjaya di Malaysia.

Contoh Rate Card Pengiklanan Untuk Blogger Malaysia

Dengan perkembangan yan sangat baik ini, maka ramailah blogger yang bertanyakan kepada saya bagaimana nak sediakan advertising rate card khas untuk blogger. Advertising rate card ialah salah satu cara untuk anda sebagai blogger menyatakan kadar bayaran yang perlu untuk pengiklanan di blog.

Untuk info, blogger Malaysia kena sediakan dua jenis rate card ini, iaitu untuk pengiklanan berbentuk banner imej (samada dalam bentuk jpg, png mahupun gif) yang diletakkan samada di atas blog, dalam blog post mahupun di bahagian sidebar blog. Untuk pengikalan kedua, ia lebih kepada penulisan sebuah blog post atau dikenali sebagai advertorial atau review post. Ia juga dikenali sebagai paid post (artikel berbayar).

Cara Buat Rate Card Pengiklanan Blog Sendiri

Untuk membuat rate card pengiklanan ini, cara paling mudah ialah dengan menggunakan Words atau Excel. Saya tunjukkan satu contoh yang saya buat menggunakan Excel seperti di bawah ini. Harga yang ditunjukkan adalah sekadar contoh sahaja ye .. :)

Cara buat rate card pengiklanan sendiri
Kemudian, dari Excel itu anda boleh samada print screen dalam mode Print Preview atau terus print ke dalam bentuk PDF. Saya lebih sarankan anda jadikan ia dalam bentuk PDF supaya nampak lebih profesional.

Simple je. Tak payah nak letak ayat-ayat tunggang-terbalik, cukup anda letakkan apa yang pengiklan mahukan.

Boleh lihat beberapa contoh lagi rate card pengiklanan di bawah ini yang boleh dijadikan panduan.
Contoh Rate Card Pengiklanan Untuk Blogger Malaysia

Contoh Rate Card Pengiklanan Untuk Blogger Malaysia

Contoh Rate Card Pengiklanan Untuk Blogger Malaysia
Rate card pengiklanan ini selalunya dilampirkan menerusi email pertanyaan berkaitan harga pengiklanan di blog. Kadangkala ada pengiklan yang mahukan anda mengeluarkan sebutharga atau invois, untuk itu anda boleh rujuk entri saya - Contoh dan Template Invois Pengiklanan Blog

Semoga perkongsian ini dimanfaatkan.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement