Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi memberikan kad raya kepada saya sekeluarga. Saya terima dengan seadanya. Saya gembira dengan kad raya yang datangnya dari blogger-blogger cantik dan blogger kacak ini. Tak diduga, masih ada yang sudi yang hantarkan kad raya kepada saya.

Penerimaan kad raya menerusi pos ini memang nostalgia. Dan ia buktikan bahawa kad raya masih tidak 'hilang'. Ia masih lagi relevan, masih lagi ada kesan kepada jiwa dan raga. Ia kini lebih istimewa apabila bersaing dengan teknologi yang telah memainkan peranan sebagai saluran alternatif menghantar ucapan Selamat Hari Raya.

Kad Raya 2015 Dari Blogger-Bloger Cantik dan Blogger Kacak

Saya sangat menghargai kad-kad ucapan Raya 2015 yang telah dihantar oleh rakan-rakan blogger cantik dan blogger kacak ini, huhuhuhu .. terus rasa sedih dan teringatkan video kisah Kad Raya Syafiqa. Agak mendukacitakan, saya sendiri tidak dapat menyemarakkan pemberian kad raya tahun ini, apatah lagi untuk emak tersayang yang berada nun jauh di ibukota, dan juga sanak saudara yang lain.

Mungkin Raya akan datang, saya berkesempatan untuk melakukannya. In Sha Allah.
Kad Raya Blogger Cantik Blogger Kacak
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger ini ...
Cuba tengok kad-kad raya yang telah mereka berikan, uhhh .. siap ada yang custom-made tu. Perghh memang terbaiklah ... untunglah siapa yang buat bisnes printing ni ehhh ... leh jadikan blogger sebagai target untuk dapatkan sale .. huhuhu
Kad Raya Blogger Cantik Blogger Kacak
Kad Raya Blogger Cantik Blogger Kacak
Kad Raya Blogger Cantik Blogger Kacak
Kad Raya Blogger Cantik Blogger Kacak
Kad Raya Blogger Cantik Blogger Kacak

Huhuhu .. sikit je kad raya saya dapat, al maklumlah bukan seorang blogger yang terkenal pun, tapi alhamdulillah, walaupun dapat hanya 5 keping kad raya tahun ni, ia sudah cukup untuk membuatkan saya gembira.

Serius. Saya akan ingat lima orang blogger ini untuk jangkamasa yang cukup lama, in Sha Allah ... :)


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement