Tips SEO - Variasikan Kata Kunci Yang Sama Makna dan Maksud

AI Trade
Tips SEO - Variasikan kata kunci (keyword) dengan perkataan yang sama makna dan maksud. Untuk tips mengenai SEO (Search Engine Optimization) kali ini, saya nak kongsikan satu tips mudah lagi ringkas mengenai teknik SEO blogspot. Ia berkaitan bagaimana kita nak dapatkan lebih banyak trafik dari enjin carian dengan menggunakan variasi kata kunci yang sama makna dan maksud.

Saya pernah kongsikan tips ini sewaktu awal saya memulakan langkah mempelajari mengenai SEO. Namun, saya sukacita nak ulanginya lagi supaya rakan blogger mendapat lebih pemahaman mengenainya.
Variasikan Kata Kunci Yang Sama Makna dan Maksud

Variasikan Kata Kunci Yang Sama Makna dan Maksud

Untuk membolehkan blog anda menerima trafik yang tinggi daripada satu tajuk entri, maka penggunaan keyword yang ada variasi perkataan lain yang sama makna dan maksud adalah sangat digalakkan. Sebagai contoh:

Tips blogging - boleh divariasikan menjadi panduan blogging, teknik blogging, petua blogging.

Jadi, ketika menulis mengenai tajuk tips blogging, saya sarankan anda menggunakan variasi-variasi perkataan ini supaya entri yang ditulis tidak nampak seperti cuba untuk spam dengan kata kunci utama tersebut. Mulakan menggunakan kata kunci utama itu di baris 100 perkataan terawal atau di perenggan pertama entri anda, tetapi divariasikan pula kata kunci tersebut dengan perkataan lain di perenggan kedua, perenggan ketiga dan seterusnya.

Namun, penting juga untuk memasukkan satu ayat yang ada perkataan atau keyword utama itu dalam perenggan-perenggan lain. Cuma jangan nampak sangat ia berulangan terlalu kerap sehingga mata pembaca boleh mengesan dengan jelas bahawa anda cuba memanipulasi keyword yang digunakan pada tajuk entri dan perenggan pertama.

Semoga penerangan saya ini jelas untuk memberikan anda tips untuk menvariasikan kata kunci bagi tujuan SEO blog. Semoga bermanfaat, in Sha Allah.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

9 Comments

  1. tips terbaik
    ok..nanti akan divariasi kata kunci..thanks atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  2. terbaik dari blegger yang berpenggalamn!! :--)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bro HH dengan prekongsian berinput mahal..secara percuma..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian..tips yg sgt bgs utk blogger blogspotšŸ‘

    ReplyDelete
  5. Info yang banyak memberi manfaat kepada rakan-rakan yang ingin memehami teknik SEO yang sebenar.

    ReplyDelete
  6. saya dh cuba salah satu teknik yg HH bagi. saya cek dh pun berada dalam rangking #2 google. tq HH

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.