Tips SEOKata kunci dalam 100 perkataan pertama entri blog. Wah, dah agak lama saya tidak bercerita mengenai tips Search Engine Optimisation (SEO). Patutlah trafik dari rakan-rakan blogger lama dah tak berapa nak nampak sekarang ni. Lagipun, ramai juga rakan blogger yang dah kurang aktif. Kalau aktif pun, hanya bergerak dalam kumpulan. Hoho .. tinggal saya je dalam keseorangan.

Haip. Saya bukan nak meluah perasaaan. Entri kali ini saya nak kongsikan tips simple dan mudah mengenai SEO. Suatu perkara yang perlu ramai blogger ambil tahu. Ia berkenaan penggunaan kata kunci untuk menulis entri blog.

Kata Kunci Dalam 100 Perkataan Pertama Entri

Jika mahu entri berada dalam enjin carian seperti Google, maka seharusnya anda cuba ikuti tips ini. Tak susah mana, cuba kena kreatif sedikit daripada jiran sebelah rumah anda... haha.
Kata Kunci Dalam 100 Perkataan Pertama Entri

Untuk entri anda jadi mesra SEO, salah satunya kaedah ialah dengan memastikan bahawa entri yang anda tulis itu ada keywords atau kata kunci yang anda gunakan. Apakah yang saya maksudkan tentang kata kunci ini? Kata kunci ialah perkataan atau ayat yang orang gunakan untuk mencari sesuatu maklumat menerusi enjin carian Google.

Tak berapa nak nampak sangat? Ok. Saya berikan anda contoh.

Kata kunci yang anda target ialah 'Rumah Murah'

Maka dalam perenggan pertama mestilah ada perkataan Rumah Murah ini. Sebagai tambahan, anda boleh hitamkannya atau gariskan perkatan tersebut. Pastikan perkataan tersebut berada dalam 100 perkataan atau ayat entri anda.

Dan sebaik sahaja 100 perkataan itu abis, anda tambahkan gambar atau foto dengan keyword 'Rumah Murah' diletakkan dalam alt imej atau deskripsi gambar tesebut ... jadi anda sudah ada 2 perkara yang menyokong bahawa entri yang anda tulis itu benar-benar mengenai Rumah Murah.

Faham tak ni?

Kalau tak faham, cuba-cubalah fahamkan. Nak faham mudah je. Anda sendiri Google perkataan yang anda nak cari, bila jumpa senarai .. klik dan kemudian baca 100 patah perkataan pertama tu .. ada tak kata kunci tadi.

Selamat mencuba.

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Orait .. kalau faham ok .. saya suka .. alhamdulillah.

      Padam
  2. okay dah faham. Keep belajar tentang dunia blog. Nak jadi blogger yang berjaya suatu hari nanti, tapi tak mampu nak jadi blogger hebat macam abg HH ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh macam saya? Saya tak ada apa-apa pun. In Sha Allah, ena akan berjaya jadi seorang blogger berpengaruh.

      Padam
  3. ok faham, terima kasih HH tak jemu2 kongsi tips, pasni kongsi duit raya lak ye hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, kalau ada rezeki lebih, bolehlah saya sedekah amal jariah duit raya ..

      Padam
    2. Kak Ana kalau dapat duit raya tu, jangan lupa bagi dua dgn Ain... :p

      Padam
  4. Faham HH. Banyak Tips HH kongsikan. Terbaik

    BalasPadam
  5. Banyak lagi Zumal perlu berguru nie... Thanks HH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok. Sama-sama, jangan lupa praktikkan ye ..

      Padam
  6. Ermmm... macam faham.. tapi kena cuba buat baru betul-betul faham... huhuhuhuuu...
    Ok jap.. nak update entry dengan keywords... :)

    BalasPadam
  7. Terima kasih! Dah faham sikit lepas ni boleh cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, tak susah sebenarnya nak tulis entri SEO ni

      Padam
  8. Aku suka penerangan HH nih. simple dan mudah difahami. Tips ini saya selalu pandang remeh. tq HH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement