Mungkin ramai blogger yang kurang ambil perhatian mengenai cara ini. Selalunya penulis blog akan menulis flow entri mereka tanpa fikirkan bahawa dengan menyediakan tajuk-tajuk kecil dalam entri membolehkan pengunjung dan pembaca memahami perjalanan cerita di dalam entri. Ia bukan sekadar satu teknik penulisan di dalam blog, tetapi juga merupakan teknik SEO yang paling mudah nak diikuti.
Kata Kunci Perlu Berada Pada Tajuk Entri Dan Tajuk Kecil Dalam Entri
Cara Serta Contoh Untuk Menggunakan Keyword Dalam Tajuk Entri
Penggunaan tajuk-tajuk kecil akan memudahkan pembaca untuk membahagi pembacaan mereka. Mereka tahu apa yang mereka baca, dan sedar apa yang sedang mereka hadap. Macam entri membuat kek lapis atau entri berkaitan cara menghasilkan biskut raya ... mesti nak ada tajuk seperti berikut:- Tajuk utama - Resepi Membuat Biskut Lemon Planta.
- Tajuk kecil 1 - Bahan-bahan membuat Biskut Lemon Planta.
- Tajuk kecil 2 - Cara memasak Biskut Lemon Planta.
- Tajuk kecil 3 - Tisp membuat Biskut Lemon Planta Lebih Sedap dan Rangup.
Ada flow di dalam entri tersebut. Anda pandu pengunjung dan pembaca untuk baca entri dari awal sehingga habis tanpa sedikit pun tertinggal satu ayat.
Tulis dengan cara ini, anda bukan sahaja memudahkan pembaca untuk faham apa yang disampaikan dalam blog anda, tetapi juga merupakan satu teknik SEO yang berkesan untuk memastikan entri berada di dalam enjin carian seperti Google.
Cuba lihat sekali lagi contoh tadi, anda nampak tak bagaimana saya menggunakan keyword biskut Lemon Planta pada setiap tajuk tersebut. Itulah yang saya maksudkan dengan kata kunci (keyword) perlu berada pada tajuk entri dan tajuk kecil dalam entri. Sudah faham? Hoho ...
Adakah ianya satu teknik berkesan?
Tak percaya? Cubalah.
Fahami Mengenai Tag Tajuk Entri - H1, H2, H3
Jangan lupa ikuti panduan untuk mengetahui cara menulis tajuk kecil ini mengikut H1,H2,H3 tag. Anda boleh baca di entri ini - 3 Struktur Heading (Tajuk) Dalam BlogspotDan kadangkala ada blog yang bermasalah untuk paparkan tajuk H1 dan H2 tag dengan betul, maka saya syorkan anda ikuti panduan ini - Cara Ubah Tajuk H1 dan H2 Tag Dalam Blogspot
Semoga panduan dan tips penulisan teknik SEO ini akan membolehkan lebih ramai blogger menulis dengan lebih baik, dan memastikan apa yang ditulis sampai ke pengetahuan mereka yang mencari informasi dan maklumat tersebut menerusi enjin carian.
Anda bukan sahaja akan menerima trafik ke blog, tetapi juga memastikan ilmu bermanfaat berkembang dengan baik, dan disebarkan secara sepatutnya, in Sha Allah.
Terima kasih HH. Info yang sangat berguna.
ReplyDeleteterima kasih atas panduan.. sgt berguna!!
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian ini..
ReplyDeleteselalu buat jugak ni . heading tu masih kurang faham lg
ReplyDeleteSangat bagus tips ni.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.