Pengacau Raya - Iklan raya Aidilfitri 2015 dari BSN. Yeahh... akhirnya jumpa satu TVC iklan raya Aidilfitri 2015 yang bagi saya secara peribadinya syok ditonton. Daripada tajuk iklan pun dah tahu bahawa iklan TVC Raya 2015 dari BSN ini mesti ada sesuatu yang lucu.

Sebuah TVC yang dibuat dalam bentuk cerita pendek, kisah seorang Mualaf bernama Aloy yang telah berkahwin dengan seorang isteri yang cantik bernama Zaitun. Aloy ni seorang yang ceria, dan dia excited untuk berhari raya pertama kalinya. Anda akan saksikan beberapa aksi lucu Aloy dalam iklan raya 2015 ini. Malah, beberapa watak lain dalam iklan ini juga juga lucu ... huhu ..
Pengacau Raya - Iklan Raya 2015 Dari BSN

Pengacau Raya - Iklan Raya 2015 Dari BSN

Berbeza dengan iklan hari raya 2015 dari Astro Gempak bertajuk Kisah Benar Herman, dan dari PTS berjudul Kad Raya Syafiqa (2015) yang boleh mengalirkan air mata, iklan atau TVC dari TNB ini lebih menceriakan. Tak caya, boleh tonton sendiri video iklan raya 2015 dari BSN ini, bertajuk Pengacau Raya.

Tonton Video TVC Iklan Pengacau Raya dari BSN


Amacam? Ada tersengih-sengih ke lihat video iklan ni? Semoga hari lebaran untuk anda semua juga ceria. Namun, sesekali jangan dilupa akan mereka yang tidak bernasib baik di hari mulia, Aidilfitri. Dan sama-samalah ringankan hati untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sudi-sudikan share ye ... kita berikan sedikit keceriaan di sebalik 'cerita' tidak best tentang Malaysia .. hoho .. ok? In Sha Allah.


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bile tiba hari raya, best part yang suka selain lagu raya adalah iklan raya.. Kalau dapat yang best, memang syok tengok walaupun dh ulang berpuluh kali sehari.. Ingat dulu yang paling saya suka adalah iklan Petronas beberapa orang adik beradik mencari lembu untuk mak dia.. Memang syok habis la iklan tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Saya dan anak2 pun suka iklan ni . :) tak nampak lagi di TV ...

      Padam
  2. memang terbaik lah iklan nih.... hehehe.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus sebab ia memasukkan elemen si Aloy seorang mualaf .. memang terbaik.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement