Dengar 15 pilihan lagu Raya Aidilfitri nostalgia terbaik. Lagu-lagu raya Aidilfitri yang paling syok, paling best didengar ialah lagu-lagu raya nostalgia. Tak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan, lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri ini memang sering menjadi antara pilihan terbaik sepanjang zaman. Saya memilih 15 lagu raya Aidilfitri ini secara peribadi yang mempunyai 1001 kenangan dalam hidup saya.

Saya kongsikan kepada anda, dan perdengarkan secara 'live' lagu-lagu hari raya pilihan nostalgia yang sentiasa segar di halwa telinga. Anda boleh terus klik play untuk perdengarkan ia secara online. Semoga terhibur.

Dengar 15 Pilihan Lagu Raya Nostalgia Terbaik

Dengar 15 Pilihan Lagu Raya Nostalgia Terbaik

Berikut adalah senarai 15 lagu pilihan Hari Raya - edisi nostalgia pilihan saya sendiri. Antaranya adalah lagu 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' dari Ahmad Jais yang semestinya kekal malar segar. Kemudian lagu evergreen 'Selamat Hari Raya' oleh Sanisah Huri.

Mana satu pilihan lagu raya nostalgia anda? Boleh kongsikan di ruangan komen.

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Ahmad Jais


Selamat Hari Raya - Sanisah Huri


Suasana Hari Raya - Sharifah Aini


Bersama di Hari Raya - Cenderawasih


Suara Takbir - Dj Dave


Selamat Hari Raya - Fazidah Joned


Pulang Berhari Raya - Noorkumalasari


Menjelang Hari Raya - Dj Dave


Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang


Suasana Hari Raya - Annuar dan Ellina


Kepulangan Yang Dinanti - Aman Shah


Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim


Hari Mulia - Sheila Majid


Di Pagi Aidilfitri - Rosemaria


Musafir di Aidilfitri - S.Jibeng



Sebenarnya ada banyak lagi pilhan lagu raya yang menarik dan malar segar yang saya tak masukkan. Insya-Allah jika ada kesempatan, saya akan masukkan lagu yang lain lagi ... :) Ehem .. kata orang tak sah kalau tak dimasukkan lagu raya dari P. Ramlee .. kan kan?

9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terbaik lagu ahmad jais.. dulu zaman telepon nokia.. selalu je buat ringtone lagu raya ahmad jais... haiih nostalgia sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tu la pasal . lagu2 baru tak leh nak buat ringtones sangat .. sbb macam lagu pop je dah

      Delete
  2. Lagu dulu2 will forever be the best, lagu baru Siti je lah yg leh layan.. lain ke laut.

    P/s: mp3 mcm kt entry ni letak mcm mn erk, ke mmg boleh attach terus dari bloggger?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna koding .. :) guna Google Drive, muat naik lagu di situ, pastu embeded dalam blog post, saya dah tulis ni dalam Tips Blogging

      Delete
  3. best, menggamit memori raya zaman kecil dulu..

    ReplyDelete
  4. Sikit sgt lagu dlm ni npe ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukuplah 15 lagu pilihan saya tu .. :) yang memang sedap dan evergreen .. yang baru2 ni saya tak minat sangat.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Panduan Bisnes di Shopee

Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement



Panduan Ternak Kambing