Panduan lengkap berniaga baju kurung. Saya tak nafikan orang perempuan terutama surirumah memang pandai berniaga. Ada sahaja idea bisnes dari rumah yang diketengahkan oleh golongan ini. Salah satu cara nak buat duit ialah dengan berniaga baju kurung. Ramai golongan surirumah yang berjaya dalam perniagaan ini, malah boleh berlagak dengan suami masing-masing sebab tak perlu guna duit suami untuk beli langsir baru, sofa baru, gelang emas baru ... dan macam-macam lagilah yang baru.

Suami pula memang senyum lebarlah sebab tak perlu nak pecah kepala fikir bagaimana nak kumpul modal untuk dapatkan segala kehendak yang baru-baru si isteri. Baguskan? Isteri bantu suami cari nafkah untuk memenuhi kehendak .. hoho.

Panduan Berniaga Baju Kurung

Panduan Lengkap Berniaga Baju Kurung
Namun, ramai juga yang masih tidak tahu cara nak mulakan bisnes jual baju kurung ini. Ada tu memang ada modal berniaga, tetapi masih ragu-ragu nak buat bisnes baju kurung, walhal bisnes ini merupakan antara perniagaan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi. Yelah, bukan semua orang pandai jahit baju kurung sendiri, ye tak?
Saya suka nak kongsikan bahawa terdapat satu panduan lengkap untuk memulakan perniagaan baju kurung ini. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa panduan ini telah disediakan oleh seorang yang mahir dalam bisnes menjual baju kurung. Panduan ini akan ajar dari A-Z cara nak mulakan bisnes ini, dari mana nak dapatkan pemborong, bagaimana nak jual samada secara online atau offline, siapa yang perlu jadi sasaran pelanggan, dan macam-macam lagilah.

Rahsia Untuk Buat Untung Dengan Berniaga Baju Kurung

Panduan ini akan merungkai beberapa persoalan penting di bawah ini.
  • Bagaimana nak mula? Panduan ini memberitahu secara langkah demi langkah untuk bermula. Paling bagus, ianya semudah 1, 2 dan 3. Hanya 3 langkah untuk anda mulakan bisnes baju kurung dan jana pendapatan sehingga empat - lima angka sebulan!
  • Berapa modal permulaan bisnes baju kurung? Anda boleh bermula dengan modal bawah RM1000 malah panduan ini juga tunjukkan jalan bagaimana boleh mula bisnes ini dengan zero atau tanpa modal langsung!
  • Nak jual baju kurung di mana? Panduan ini bongkarkan teknik dan strategi menjual yang betul. Anda boleh mulakan secara online ataupun pilih cara lama, iaitu cara konvensional.
  • Nak jual pada siapa? Ramai yang tidak tahu mengenai teknik bagaimana pelanggan yang perlu cari anda. Mesti lagi best. Zaman sekarang, pembeli yang biasanya cari penjual. Tidak seperti dulu. Kadar pembeli ‘shopping sakan’ cukup tinggi sekarang. Anda hanya perlu tahu cara untuk pasarkan produk anda!
  • Berapa keuntungan bersih setiap jualan? Panduan yang disediakan ini tidak boleh jamin berapa untung bersih yang bakal dapat. Tapi cuba anda lihat contoh ini - Anda jual sehelai baju kurung manik yang berharga RM160, anda untung sekitar RM70 - RM80. Jadi jika anda jual 100 helai baju kurung yang sama, pendapatan anda boleh cecah sehingga RM7000 hingga RM8000 setiap bulan!
  • Bagaimana nak dapatkan pembekal? Panduan ini ada tunjukkan cara nak cari supplier yang murah dan berkualiti. Walaubagaimanapun ramai juga yang tidak tahu nak cari sendiri. Jadi berita baik untuk anda, panduan berniaga baju kurung ini ada sediakan senarai pembekal untuk anda. Anda hanya perlu hubungi mereka dan katakan mahu borong baju kurung! Pasti dapat harga murah!
  • Bagaimana ingin mengenali jenis baju kurung? Soalan yang cukup susah. Walau bagaimanapun ada tips disediakan untuk anda kenal pasti jenis-jenis baju kurung, jenis-jenis jahitan tangan, kualiti, jenis kain dan banyak lagi. Memang ringkas dan mudah dipraktikkan!
  • Berapa harga perlu dijual di pasaran? Terpulang pada anda berapa banyak anda ingin untung? Untuk baju yang sama, penjual di kawasan kampong mungkin untung sekitar 50%. Jika di kawasan bandar boleh cecah 100% keuntungan bisnes baju kurung. Malah jika anda lihat dibutik, mereka untung sehingga 300% untuk sesetengah baju kurung. Bisnes baju kurung tiada harga siling! Kita boleh jual berapa sahaja harga asalkan pembeli sanggup membayar!
  • Ramai orang jual baju kurung, boleh ke baju kurung saya laku? Ramai ke? Mana lebih ramai, orang yang pakai baju kurung atau yang jual baju kurung? Peningkatan terhadap baju kurung meningkat setiap tahun. Bila tiba bulan puasa, permintaan mendadak sehingga 10 ke 20 kali ganda. Anda tidak perlu risau, biasanya baju kurung memang laris. Maklumlah, bila bekerja ada sesetengahnya terpaksa pakai baju kurung, bila tiba musim kenduri, kena juga pakai baju kurung. Bila raya wajib ada baju kurung sampai 7 pasang! Memang meletuplah kalau buat bisnes baju kurung raya.

Jadi bagaimana? Kalau anda ada keinginan untuk melakukan bisnes ini, maka panduan berniaga baju kurung ini adalah untuk anda. Anda perlu ada ilmu supaya nampak andalah pakar dalam bisnes baju kurung. Bila segala hal mengenai bisnes ini anda tahu, maka sangat mudahlah untuk anda meyakinkan bakal pembeli. Bila pembeli yakin, maka dengan sendirinya .. mereka akan jadi wakil atau agen pemasaran anda.

Tak percaya dengan bisnes yang boleh buat untung lipat kali ganda bila tiba musim perayaan atau kenduri kendara ini? Hoho ... cubalah anda acah-acah pada sanak sedara, jiran tetangga atau rakan kenalan terdekat .. katakan anda ada jual baju kurung ... dan cuba lihat reaksi mereka!

Mahu tak belajar cara bisnes berniaga baju kurung? Jika berminat nak tahu, bolehlah dapatkan info lengkap mengenainya di pautan berikut - Bisnes Baju Kurung

Uhh .. tak ingin ke buat duit dekat-dekat musim ramai nak mencari baju kurung ni? Ini peluang emas, jadi rebut jika ada kesempatan. Takkan tak nak tukar benda lama dalam rumah tu dengan benda baru tahun ni? Hoho ....

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Peluang perniagaan terbaik menjelang Ramadhan dan Aidilfitri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bisnes ni kalau ikutkan memang mudah kalau ada kemahiran.

      Padam
  2. Lengkap panduan ini... bleh jadi rujukan sepanjang masa :D

    BalasPadam
  3. Hai, mcm mana sy nk beli ebook ni ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta maaf dari saya, jualan ebook ini telah diberhentikan. Kesulitan amat dikesali.

      Padam
  4. La ye ke. Sedihnya. Mana lg ye boleh sy cari panduan utk bisnes baju kurung ni?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement