Jana Untung 100% Menerusi Bisnes Baju Kurung

Jana untung 100% menerusi bisnes Baju Kurung. Baju Kurung merupakan pakaian tradisional masyarakat Melayu, malah pakaian ini sudah menjadi pakaian rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Saya boleh katakan kecil muda tua dewasa adik kakak melayu cina india - semua sudah memakai Baju Kurung. Ia merupakan pakaian wanita yang paling popular dan sering mendapat permintaan tinggi sepanjang masa.

Buat peniaga dan usahawan, ia merupakan antara bisnes yang boleh memberikan lubuk keuntungan sehingga 100 peratus. Bisnes ini makin menjadi-jadi apabila tiba hari perayaan atau pesta tertentu. Bisnes Baju Kurung Raya selalunya menjadi durian runtuh untuk peniaga-peniaga. Walaupun di sebalik persaingan dalam bisnes atau perniagaan Baju Kurung yang agak sengit, namun ia masih lagi menjadi bisnes - antara paling mudah nak dapatkan pelanggan.

Jana Untung 100% Menerusi Bisnes Baju Kurung


Bisnes Baju Kurung ialah bisnes di mana pembeli mencari peniaga dan bukannya peniaga mencari pembeli. Kalau anda pernah ke Pasar Kemboja Parit Buntar, anda akan nampak potensi lubuk bisnes Baju Kurung ini. Walaupun di situ ramai peniaga yang menjual barang yang sama seperti tudung dan Baju Kurung, peniaga-peniaga di situ masih tetap dapat untung berlipat kali ganda.

Dan saya pernah lihat peniaga menjual Baju Kurung serendah RM15 sepasang tetapi masih lagi boleh membuat untung dengan harga sebegitu murah!

Wanita di Malaysia merupakan antara pengguna yang mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Merekalah yang sering menjadi yang pertama bila ada sales atau jualan murah. Mereka jugalah yang mudah membeli hanya kerana mahu menjadi cantik dan anggun. Mereka adalah sasaran utama untuk buat duit menerusi bisnes Baju Kurung.

Sekarang, sesiapa pun boleh berniaga Baju Kurung. Bisnes Baju Kurung tidak lagi terhad dijual secara offline iaitu di kedai dan butik, tetapi kini usahawan Baju Kurung telah menggunakan platform seperti laman sosial dan blog untuk menjual Baju Kurung.

Seandainya anda mahu mencari income tambahan atau mahu mula berniaga di dalam lubuk bisnes yang boleh menjana keuntungan 100 peratus ini, maka saya syorkan anda mendapatkan panduan khas untuk usahawan dan bakal usahawan menjalankan bisnes ini.

Ia bisnes yang evergreen dan sentiasa ada permintaan. Malah bisnes ini boleh dilakukan hanya dari rumah, tanpa perlu anda memiliki kedai atau butik untuk memasarkan Baju Kurung yang anda jual.

Semua ini boleh anda ketahui dan pelajari menerusi panduan - Usahawan Baju Kurung.


6 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid May 07, 2015
terima kasih di atas perkongsian ini...
Illya Farhana Illya Farhana May 07, 2015
Perkongsian yg bermanfaat. Business baju kurung memang satu platform bisnes yang mudah untuk menjana income. Terbaik bro HH atas perkongsian ini.
fyna fyna May 07, 2015
terbaik info nih. terima kasih abg HH.
reezluv reezluv May 07, 2015
kekadang orang lelaki plak lagi terer jual baju baju ni..aha
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 08, 2015
Betul. Kalau tgk kat Pasar Kemboja .. memang lelaki yang banyak jual baju kurung ni .. siap leh tau ukuran badan baju lagi - hanya tgk pada seseorang .. uhh
Oneyani Deankayree Oneyani Deankayree May 11, 2015
betul.. pernah juga bbuat bisnes ni dulu.. skrg tak dah sbb tak ckup masa hehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.