Waduh. Syoknya kalau dapat sebuah komputer dengan monitor Acer XR341CKA. Saya baru sahaja tengok dan baca review mengenai monitor Acer XR341CKA ini. Memang best kalau dipadankan dengan komputer generasi terbaru dengan grafik terbaik. Ini adalah kerana Acer XR341CKA adalah monitor melengkung pertama di dunia dengan teknologi NVIDIA G-Sync.

Saya dah lama pendam hasrat untuk menggantikan komputer sedia ada. Komputer yang sedang saya miliki sekarang merupakan komputer klon yang menggunakan cip pemproses Intel Core 2 Duo. Semasa awal-awal upgrade memang dirasakan komputer saya adalah komputer multi-tasking yang boleh buat macam-macam kerja serentak, terutama sekali melibatkan grafik. Tetapi sejak dua menjak ini, komputer saya ini sudah semacam lembab untuk memproses kerja-kerja.

Teringin Nak Ada Komputer dengan Acer XR341CKA

Monitor Acer XR341CKA
Skrin komputer saya sudah dua kali bersilih ganti. Mulanya menggunakan skrin leper dari jenama Samsung, yang kemudiannya saya tukarkan dengan jenama Acer. Alhamdulillah, skrin Acer saya berfungsi dengan sangat baik, berbeza dengan skrin komputer Samsung sebelum ini yang sudah dua kali bermasalah.

Acer antara jenama komputer yang popular di Malaysia. Malah, menurut beberapa rakan usahawan yang menjalankan bisnes komputer, Acer merupakan antara jenama komputer dipercayai. Ramai yang memiliki komputer jenama Acer berpuas-hati dengan prestasinya terutama sekali mengenai aspek after-sales yang tip top.

Spesifikasi Monitor Melengkung Acer XR341CKA

Specs Acer XR341CKA

Uhh .. apabila saya melihat pertama kali spesifikasi skrin melengkung Acer XR341CKA, saya sudah fikir bahawa keperluan ini perlu diupgrade. Saya sedang berkira-kira untuk mendapatkan sebuah komputer baru bagi memudahkan dan menggembirakan suasana kerja saya sebagai seorang blogger sepenuh masa dan house husband. Simpanan masih jauh untuk penuhi impian ini, in Sha Allah .. saya akan cuba realisasikan.

Jika ada komputer dengan pemprosesan terbaik, dilengkapi pula monitor skrin Acer XR341CKA, tentu rasa puas nak buat kerja-kerja berkaitan grafik seperti memenuhi tempahan membuat banner, membuat header blog, mahupun upload dan download gambar dari kamera. Bila ada komputer dengan skrin yang sebegini, nak design blog pun rasa seronok .. hoho .. ye tak?

Seandainya impian dan misi ini terlaksana, bolehlah saya berikan komputer sedia ada untuk kegunaan anak-anak saya, terutama Along Amri yang bakal menamatkan zaman sekolah rendah. Saya mahu anak saya tidak ketinggalan dengan teknologi, dan mahu dia mahir dengan komputer apabila berada di bangku sekolah menengah - kira-kira 2 tahun dari sekarang...hoho.

Doakan.


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terbaik uncle HH :)
    PG lagi terfikir nak beli laptop apa. uncle HH pakai laptop apa erk? ;)
    http://www.mrsyatie.blogspot.com/2015/05/korang-pakai-laptop-apa.html

    BalasPadam
  2. memang canggih giler.... semangat berblogging pun semakin tinggi dengan komputer macam nie... tak kemana la cuti

    BalasPadam
  3. Ye acer ni mcm proton dan perodua di Malaysia...ada tempat servis dan mudah dapat spare part di sini...

    BalasPadam
  4. Ini kalau untuk gaming pun sedap gak. sbb ada Nvidia G-sync. Boleh buatkan lagi paparan lagi tajam dan smooth ditambah pula dgn kad grafik sedia ada dalm komputer. Tapi monitor IPS Panel ni kureng bila ada cahaya belakang, nanti reflect kat monitor dan silau sket..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru dapat infonya dari supplier Acer ... memang menarik sekali .. katanya impian jadi nyata untuk pemain game online ..

      Padam
    2. Nasib baik saya dah bersara dari main game. Haha. Kalau tak melayang lagi duit.

      Padam
  5. mmg best ni kalau dapat.. buat kerja design sambil senyum.. :D shad

    BalasPadam
  6. Main games dengan monitor nie sure syok habis nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasal ... fuhh .. target target ..

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement