Langkau ke kandungan utama

Lumayannya Buat Bisnes Banner dan Bunting

Lumayan juga kalau baut bisnes banner dan bunting ini dari rumah. Salah satu side income yang boleh dilakukan hanya dengan bekerja dari rumah. Sebenarnya ramai dah melakukan bisnes buat banner dan bunting di rumah. Dan ternyata ada yang dah berjaya menjadikan bisnes buat banner dan bunting ini sebagai salah satu side income yang lumayan.

Saya baru sahaja mencuba-cuba design banner dan bunting untuk satu program ini, alhamdulillah, bunting yang saya rekabentuk sendiri dalam masa 4 jam diterima baik. Selepas design, terus hantar ke kedai printing, satu hari je siap. Pagi hantar, petang dah boleh ambil. Harga? Memang boleh kawtim untuk dapat untung sedikit - memandangkan design dah reka sendiri, jadi harga bunting dah jadi murah... hoho ..

Lumayannya Buat Bisnes Banner dan Bunting

Lumayannya Buat Bisnes Banner dan Bunting
Kiranya saya bolehlah caj untuk servis design kepada pelanggan yang mahu dapatkan servis buat banner dan bunting ini. Dapat RM25-RM50 untuk satu banner dan bunting yang boleh siap design dalam masa 4 jam - tidakkah berbaloi? Bagaimana kalau ada 2 design sehari? Untung-untung boleh dapat RM100 sehari, cukup 7 hari, dengan 2 design sehari ... boleh dapat RM700 seminggu.

Tapi ada satu masalah, iaitu cara nak dapatkan customer untuk bisnes ini... hoho...
Lumayannya Buat Bisnes Banner dan Bunting

Ok. Itu cara bisnes buat banner dan bunting yang saya cuba nak guna-pakai, tetapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk jana income sampingan menerusi bisnes ini. Dan paling best, bisnes buat banner dan bunting ini boleh hasilkan income yang cukup lumayan tanpa perlu ada sebarang pengalaman berkaitan, malah tak perlu cari customer pun ... (betul ke ni?)

Sistem Rahsia Bisnes Buat Banner

Rupa-rupanya ada satu sistem yang boleh digunapakai untuk jana income sampingan menerusi bisnes buat banner dan bunting ini. Sistem tersebut adalah sistem agen yang diceritakan panjang lebar dalam sebuah modul video - Rahsia Bisnes Banner.

Uhh .. rupa-rupanya ada sistem proven yang dah berjaya berikan income sampingan yang cukup baik kepada mereka yang ceburi bisnes ini dari rumah. Yang menariknya ialah, bagaimana boleh jalankan bisnes ini tanpa perlu jumpa customer, dan tanpa perlu ada pengalaman pun ...

Lebih 7 Modul Video Rahsia Bisnes Banner

Kepada yang mungkin nak tahu cara buat bisnes ini dari rumah, dengan menggunakan teknik agen sebagai salah satu sumber income tambahan, bolehlah dapatkan Rahsia Bisnes Banner, ia merupakan 7 modul video yang menerangkan dari A sampai Z mengenai bisnes buat banner dan bunting, malah diberikan juga 2 modul extra yang ceritakan pengalaman sebenar bagaimana nak handle pelanggan dan masalah yang mungkin timbul.

Bukan itu sahaja, terdapat juga dokumen kerja dan rujukan yang dapat membantu sesiapa sahaja untuk ceburi bisnes banner dan bunting ini. Uhh ...
Lumayannya Buat Bisnes Banner dan Bunting

Akhir kata daripada saya, jika nak buat bisnes, biarlah dengan teknik dan cara yang betul. Panduan dalam Rahsia Bisnes Banner sudah ada disediakan untuk dipraktikkan. Jangan ikut cara konvensional seperti saya di atas, yang walaupun nampak boleh juga buat duit, tetapi bukan semua orang ada masa dan kebolehan untuk hasilkan design banner dan bunting dalam masa 4 jam, ye tak?

Yang saya pasti, bisnes ini antara bisnes printing tanpa modal yang semakin banyak dapat sambutan, apatah lagi banner dan bunting merupakan teknik berkesan untuk pemasaran dan promosi - mana-mana perniagaan samada online dan offline memerlukan banner ini. Kenapa tidak rebut peluang yang ada, ye tak?

p.s: Baca BUNTING sebagai BANTING ye .. kang pelik lak ... haha


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. banner dan bunting teringat zaman-zaman event management dahulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. event management .... saya lak teringat zaman belajar dulu .. hoho

      Padam
  2. Ye.....hahaha....kita tak baca bahagian ada ejaan bunting tu...lalu je..hahaha..
    Serius memang cantik lah bunting du bro HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke Nao Mei .. mekasih la ye .. meh meh nak belanja satu ayat - "Qu Puteh Barulah Puteh .. Putehnya gambar ...."

      Padam
    2. Bukan perkena ku puteh....tapi camera phone rosak agaknya..tu yang buat gambar jadi ku puteh..hahaha

      Padam
  3. cantik dan menarik designnya.. orang yang kreatif memang mudah nak buat duit dengan cara nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik ke? Terima kasih .. hehehe.. alhamdulillah, bakat diberikan oleh Allah S.W.T .. harap dilimpahkan kuah pada anak ..

      Padam
  4. Dah takde rahsia nak belajar buat banner dan bunting ni..kalau dulu kena gi kursus, tetapi sekarang melalui video, kita blh buat sendiri je...

    BalasPadam
  5. sekarang kenduri kahwin pun banyak guna bunting ni, ada yg gantung kat setiap tiang elektrik....heee. permintaan sentiasa ada.
    semoga sukses bro bisnis baru ni.

    BalasPadam
  6. Teringat zaman study dulu.. bnyak tlg design bunting n banner.. leh wat duwet rupenye.. hehe

    BalasPadam
  7. wah bagus bleh wujudkan pendapatan sampingan

    BalasPadam
  8. Nmpk dh byk persaigan dlm biz ni tp rezeki siapa yg tahu...:)

    BalasPadam
  9. Saya pun pernah buat bisnes ni sekejap tapi memang dah ada pelangganlah. Bab mencari dan mengekalkan pelanggan tu macam susah sikit.

    Eh, u grad Semesti tahun bila?

    BalasPadam
  10. Cantiklah lah banner yang HH buat tu :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …