Ping Busuk kini dikenali sebagai Babab.net. Sudah empat tahun laman web aggregator Ping Busuk bertapak di dunia online. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan menjadi antara laman web aggregator yang antara paling lama bertahan sejak mula diperkenalkan dengan nama wcrayon.com pada tahun 2009.

Sejak dari itu, laman aggregator ini telah dimanfaatkan oleh ramai blogger untuk meraih trafik serta backlink. Bukan hanya blogger dari Malaysia, laman Ping Busuk juga digunakan oleh blogger sekitar Nusantara ini, malah ia juga pernah digunakan oleh beberapa blog dari India, China dan US; sebelum blog-blog ini ditendang keluar disebabkan berkongsi entri blog yang melanggar terma dan syarat Ping Busuk. Anda boleh baca mengenainya di sini - Ping Busuk Larang 6 Jenis Blog

Ping Busuk Kini Dikenali Babab.net

Ping Busuk Kini Dikenali Babab.net

Saya boleh katakan Ping Busuk antara laman web aggregator untuk blogger yang paling ramai ahli. Sebelum ini, laman aggregator yang paling berpengaruh ialah Gengblogger.com yang diterajui dan dipelopori ramai blogger-blogger hebat seperti Kak Kujie, Broframestone, Arif Shah dan ramai lagi. Laman Ping Busuk telah sama naik dengan 11 lagi laman web aggregator yang popular pada tahun 2012.
Ping Busuk berikan trafik tinggi kepada blog Malaysia

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, ia telah memberikan trafik kepada ramai blogger Malaysia terutama untuk blog-blog baru yang masih cuba meraih tempat dalam dunia blog Malaysia. Walaupun telah banyak isu dan masalah berbangkit mengenai laman web aggregator ini, namun ia tetap menjadi antara pilihan blogger untuk berkongsi entri dan mendapat trafik.

Isu Ping Busuk Merugikan Blogger Malaysia

Isu yang paling hangat diperkatakan ialah apabila Ping Busuk 'didakwa' mengambil kesempatan ke atas blogger dan blog sehingga laman Ping Busuk menjadi dominan di dalam enjin carian Google. Entri dikongsi menerusi sistem Ping Busuk lebih mendapat tempat atau top rank dalam SERP Google berbanding entri asal milik ahli Ping Busuk. Saya pernah bercerita mengenainya di sini - Sistem Ping Busuk Merugikan Blogger?

Masa berlalu, banyak penambahbaikan telah dilakukan oleh team Ping Busuk, di sebalik kontroversi dan juga isu yang telah ditimbulkan ramai blogger Malaysia.

Babab.net Dengan Ciri Lebih Baik dan Lebih Pantas

Kini, laman web aggregator Ping Busuk sudah berubah. Ia kini dikenali sebagai Babab.net, dengan ciri yang lebih baik di samping laman web aggregator yang responsif dan penggunaan sistem yang lebih laju.

Kepada rakan blogger yang dahulunya menggunakan sistem Ping Busuk untuk berkongsi atau ping entri, adalah dinasihatkan untuk mengemaskini widget dan kod HTML berkaitan Ping Busuk. Anda boleh menyemak di laman web Babab.net untuk butiran lanjut.

Untuk team Ping Busuk yang kini dikenali sebagai Babab.net; saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kerana telah membantu blog ini untuk mendapat trafik yang konsisten sepanjang tahun. Tahniah juga kerana kekal membantu blogger terutama blogger baru untuk mendapat trafik menerusi widget Ping Busuk dan banner automatik Ping Busuk.



8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nampak manja je kan nama baru ni he he

    BalasPadam
  2. ada perasan kat trafik dri babab ni
    baru tahu rupanya ia dari ping busuk
    comel pulak nama babab
    suka guna busuk (babab) dgn kartikel sbb ia automatik ping, senang

    BalasPadam
  3. Terkejut gak tengok busuk jd babab. Kena hack ke ape. Rupenye tidak....

    BalasPadam
  4. Betul tu..asyik dia je naik kat google search engine..takde konfrontasi ke? Awak pun langgan Ping busuk jugak dulu dan kini..

    BalasPadam
  5. Rupanya Ping Busuk dah tukar ke Babab. Semakin pelik namanya.

    BalasPadam
  6. thanks kongsi, baru tahu menahu bab babab ni.

    BalasPadam
  7. mcmna nak keluar daripada system babab.net ini . ada contact person admin dia?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement