Cara letak link entri secara automatik di penghujung entri. Salah satu teknik SEO yang selalu digunakan oleh ramai blogger Malaysia ialah dengan meletakkan link entri di penghujung entri tersebut. Ia merupakan satu teknik SEO dalaman bagi menghasilkan 'link-juice' dan memberikan lebih autoriti untuk entri tersebut bercerita mengenai tajuk yang dipaparkan.

Saya sering menggunakan cara ini untuk memastikan entri blog saya berada di kedudukan rank #1 dalam Google Malaysia atau setidaknya berada di page #1 Google. Inilah juga cara saya untuk berjaya menang beberapa kontest SEO yang dianjurkan, kalau tidak dapat tempat pertama, tempat kedua, ketiga, paling busuk pun dapat saguhati; in Sha Allah, boleh dicapai menerusi teknik ini.

Cara Letak Link Entri Automatik Penghujung Entri

Cara Letak Link Entri Automatik Penghujung Entri

Sebelum ini saya melakukan secara manual, iaitu menulis kembali tajuk entri blog dan kemudian, link keyword tajuk tersebut dengan URL entri. Tetapi, ada cara lebih mudah.

Anda sebenarnya boleh meletakkan link (URL) entri di penghujung entri secara automatik. Cara-caranya ialah dengan meletakkan kod HTML di bawah ini di dalam HTML template blogspot anda. Buka dashboard blogspot anda, pilih template, dan klik HTML. Salin kod di bawah ini. Anda boleh ubah ucapan terima kasih kerana membaca kepada tulisan atau ayat anda sendiri .. :)


Anda kena pastikan bahawa kod ini diletakkan di tempat yang sepatutnya di dalam template blogspot anda. Selalunya ia akan diletakkan di bawah pengakhiran kod data post body; cuba lihat contoh di bawah ini.
Cara Letak Link Entri Automatik Penghujung Entri
Jika tak jadi, cuba cari lagi penutup kod data post body - data : post . body yang ada slash. Letakkan kod yang saya minta anda salin tadi. Save, dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba.

22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih utk tutor ni tuan hh
    dah buat td..keluar kt hujung entry
    sy letak kod kedua: kod data post body
    kod pertama x dpt masuk
    apa beza kod pertama dgn kod kedua data post body ni tuan hh?

    kod kedua ni sy selalu letak kod yg lain2 jugak
    kod pertama x dpt letak, sistem invalid katanya
    tp klo baca dlm versi mobile ia x keluar kat mobile, hanya dlm pc, itu yg sy perhatikan la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya agak kurang pasti ... mungkin bezanya ialah satu untuk paparan biasa, dan satu lagi versi mobile.

      Padam
    2. aah betul yg tuan hh tu cakap. saya baru check entry ni kat mobile, yg link entry automatik tu keluar kat mobile. yg sy punya x. hanya dipapar dlm pc. oo baru tahu itu bezanya. sayang la x dpt edit dlm kod pertama tu, sbb byk kod yg lain2 sy letak kod kedua tu je, sbb tu je yg dpt masuk.

      apa pun thanks utk info bermanfaat ni

      Padam
    3. Alhamdulillah, gembira dapat bantu rakan blogger lain.

      Padam
    4. oh saya dah faham macam mana nak kasi link tu masuk dlm kod tu
      mcm yg tuan hh cakap, 1 utk versi mobile yg 1 lg paparan pc
      sy buat satu2, dah berjaya masukkan kod tu. dia taknak sekaligus, kalau x html blog xmo terima..
      saya dah letak kat dua2 kod tu, yeah..dah boleh keluar dlm versi mobile..tq info berguna ni..

      Padam
    5. Alhamdulillah, terima kasih kerana tak jemu mencuba ..

      Padam
  2. Rupa-rupanya saya kena letak kod berkenaan dibawah semua kod tu. Ada 4 kod berkenaan. Jika letak di bawah 1 kod, tak keluar pun!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba buang satu-satu .. :) mana tahu satu kod tu leh paparkan semua.

      Padam
  3. Alhamdulillah... memang terbaik.. terima kasih kerana membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama... terima kasih kerana sudi membaca .. :)

      Padam
  4. Bermnafaat tips ni. Terima kasih tuan tanah

    BalasPadam
  5. terima kasih untuk tips ini... jadi juga selepas beberapa kali tukar lokasi.

    BalasPadam
  6. Alhamdulilah..terima kasih atas tips ini..setelah beberapa kali cubaan akhirnya dpt seperti tuan ajarkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya seronok dan sangat suka hati bila tips dan tutorial saya kongsikan menjadi ..

      Padam
  7. tuan, macam mana nak hilangkan link ini, sbb link ini ada di halaman hadapan (di bawah read more), ini bermakana ia tidak cantik dipandang jika semua tajuk di hadapan mempunyai link ini. jika boleh, tunjukkan cara link ini hanya ditampilkan semasa seseorang membuka tajuk penuh artikel sahaja. tq tuan sifu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunakan conditional tag pada kod tersebut. Anda boleh cari dalam blog post saya mengenai cara tu, atau boleh Google conditional tag in blogspot .. semoga berjaya.

      Padam
    2. yess.., saya telah berjaya untuk menghilangkanya. Bantuan tuan amat saya hargai..thanks a lot..sifu.

      Padam
  8. tn HH, tujuan tips ni pon utk jadikan blog kita mesra SEO juga ye?

    BalasPadam
  9. Saya akan cuba terapkan teknik ni tuan.tq tuan HH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement