03 Mac 2015

Menang Kontest SEO Kali Kelima

Alhamdulillah. Rezeki awal tahun 2015. Blog ini telah berjaya menang tempat kedua dalam satu kontest SEO - Jom Aktifkan MyKad. Ini merupakan kemenangan kali kelima sepanjang saya menyertai kontest SEO bersaing dengan blogger-blogger hebat Malaysia.

Walaupun di awal kontest SEO ini, blog saya berjaya ungguli carta carian Google Malaysia di rank #1, namun kehebatan blogger lain terutama blogger baru yang lebih pakar, lebih cekap akal, lebih tahu mengenai SEO telah menyebabkan blog saya tertendang beberapa kali. Malah, blog saya pernah berada di page kedua Google Malaysia dalam pertandingan menguji kemahiran teknik Search Engine Optimization.

Menang Kontest SEO Kali Kelima

Menang Kontest SEO Kali Kelima
Dengan kemenangan tempat kedua di dalam kontest SEO Jom Aktifkan MyKad, blog saya mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM300. Itulah nilai sebuah entri yang berjaya di dalam rank Google Malaysia. Pemenang tempat pertama pula menerima wang tunai RM500, digondol oleh rakan blogger yang cukup hebat iaitu Calrasepatrick (http://calrasepatrick.blogspot.com).

Menang Tempat Kedua Kontest SEO Jom Aktifkan MyKad

Berikut adalah senarai pemenang kontest SEO Jom Aktifkan MyKad yang telah diumumkan oleh penganjur, rakan blogger Tuan +Muhamad anuar Marsib , yang juga merupakan agen pengaktifan MyKad untuk program MyKad Smart Shopper di Malaysia.

  1. calrasepatrick.blogspot.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM500
  2. www.hasrulhassan.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM300
  3. www.malaysiatercinta.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM200
  4. www.rossaimi.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  5. murnimohdyusof.blogspot.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  6. nidiron.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  7. relakssminda.blogspot.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  8. kertaspaper.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  9. ahmadfaizal.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  10. www.bloggerlelaki.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50

Pada tahun 2014, blog ini telah berjaya menang sebanyak 4 kontest SEO dengan kebanyakkan menawarkan hadiah wang tunai lumayan. Jika anda mahu blog anda bersaing dalam kontest-kontest yang tawarkan hadiah menarik ini, pastikan blog anda mesra SEO, dan dapatkan tips berkaitan SEO blogspot.
Tips SEO Blogspot Menang Kontest

Blog ini ada menyediakan lebih daripada 100 post berkaitan SEO Blogspot yang boleh anda gunakan untuk menjadikan blog anda terbaik SEO sepertimana rakan-rakan blogger saya seperti Calrasepatrick, Kucha Lana, Malaysia Tercinta, Relaks Minda, Murni Mohd Yusof dan ramai lagi.

Tahniah kepada mereka yang menang.

Pedoman Untuk Raih Kejayaan Dunia Online

Di kesempatan ini juga, saya nak kongsi satu pedoman berguna untuk tambah rezeki di dalam dunia blog dan dunia online di Malaysia - Amalkan bersedekah setiap hari walaupun hanya RM1, in Sha Allah, akan dipermudahkan segala urusan dunia untuk anda. Cuba baca Rahsia Sedekah dan Rahsia Rezeki. In Sha Allah.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

22 Komen Menang Kontest SEO Kali Kelima

Alhamdulillah, rezeki Bro Hasrul Hassan. hehehe ada 1 lagi contest, Malaysia Best Blog 2015. tadi check dekat page pertama. hehehehe. Usaha menampakkan hasil, memang patut boleh menang hadiah :)

Tahniah diucapkan
Dah! boleh agak kalau contest SEO sure blogger-blogger ni yang menang.
Bila la Mrs. A nak pandai SEO nih!

hari pertama contest ni berlangsung, dah tau dah blogger-blogger mana yang bakal menang..as expected..tahniah bro..:D

tahniah bro HH...anda memang layak menang..

tahniah buat a.hh dan rakan2 atas kjyaan :)

Tahniah bro HH.. Semoga terus menang kontest seo yang seterusnya..

Terima kasih nor hidayah. Hmmm contest satu lagi tu lambat lagi ... :) hujung bulan ni baru tau.

Terima kasih Zaza ... :)

Tahniah bro, dapat first tu ..

In Sha Allah .. saya dulu pun macam Mrs A jugak .. tgk blogger macam AkmaOmar, Encik Titan bolot hadiah kontest SEO.

Tahniah HH.. lepas ini target menang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015< pula .. hehe

Tahniah kepada senarai pemenang kontest SEO ini...

tahniah tuan..memang rezeki kepada blogger baru untuk menang kontest SEO tersebut

Terima kasih. Ya, tahniah untuk mereka semua. Hebat memang hebat.

Ya, tahniah kepada semua yang telah berjaya menang di dalam kontest SEO tersebut.

Yeah. Harapan untuk menang kontest Malaysia Best Blog 2015 pula.

Nak beat superhero seo malaysia mcm tuann HH sangat sukar bagi diri saya..

Nak beat rakan-rakan blogger tuan hh sebutkan tue pon sukar bagi diri saya...

Dapat jadi pembantu am rendah isi borang komen kat blog superhero seo malaysia jadi laa.... :)

Tuan tuan HH atas kejayaan menaiki podium google buat kali kelima.. :)

tahniah HH..semoga berjaya meraih kejayaan seterusnya..

Tahniah Bro Hasrul Hassan.. Memang terbukti kehebatan SEO nlog ini.. Hadiah saya dah bank in semalam.. Boleh cek akaun bank.. TQ.

Tahniah! Bro Hasrul. Next time kita challenge bro betul2.... He2.


EmoticonEmoticon