Biodata Sultan Perak ke-35 - Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Hari ini 6 Mei 2015 ialah merupakan hari bersejarah bagi rakyat negeri Perak. Pada tarikh inilah, negeri Perak Darul Rizduan menyaksikan sejarah tercipta - pertabalan Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-XXXV (35).

Saya sebagai rakyat jelata negeri Perak Darul Rizduan berbangga dengan peristiwa ini. Malah, saya gembira dengan pertabalan DYMM Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-35. Saya kongsikan biodata dan profil Raja Nazrin Shah yang kini menjadi Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah.
Biodata Sultan Perak ke 35 - Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah

Biodata Profil Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah

Mungkin ramai yang ingin tahu serba sedikit mengenai latar belakang Sultan Perak ke-35 yang baru ini. Jadi, dengan rasa bangganya saya kongsikan biodata Sultan Perak ke-35 ini, in Sha Allah boleh dijadikan bacaan dan sumber untuk mereka yang mungkin mahu mengetahuinya.

Keputeraan (Kelahiran) Dr. Nazrin

DYMM Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah telah diputerakan (lahir) pada 27 November 1956 dii George Town, Pulau Pinang. Baginda merupakan putera sulung Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah bersama Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

Latar Pendidikan

Tuanku Sultan Dr. Nazrin merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Baginda mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.

Perkahwinan

Baginda Tuanku Sultan Perak telah mengahwini Tuanku Zara Binti Salim Davidson yang merupakan cicit kepada Sultan Kedah ke-24, Almarhum Sultan Hamid Halim Shah. Tuanku Zara dilahirkan pada 22 Mac 1973 di Ipoh, Perak dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada Dato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson dan Dato' Seri Datin Sharifah Azaliah Binti Syed Omar, dilahirkan di Ipoh. Datuk Tuanku Zara iaitu Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin merupakan Menteri Besar Kedah ketiga.
Gambar Anak Sultan Nazrin Shah
Gambar Anak Sultan Nazrin Shah
Baginda Tuanku Sultan Perak Sultan Dr Nazrin dan Tuanku Zara dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Yang Amat Mulia Raja Nazira Safya. Putera pertama iaitu Raja Azlan Muzzaffar Shah dilahirkan pada 14 Mac 2008 di Damansara Specialist Hospital, Damansara Jaya, Selangor. Manakala puteri baginda Sultan Perak, Raja Nazira Safya dilahirkan pada 2 Ogos 2011 juga di Damansara Specialist Hospital, Damasara Jaya, Selangor.
Biodata Sultan Perak ke 35 - Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah

Gelaran, Darjah Kehormat dan Jawatan

Gelaran yang diberikan kepada Sultan Dr Nazrin ialah Muizzuddin yang bermaksud Pemerkasa atau Penyokong Agama

Antara darjah dan pingat yang dianugerahkan kepada Sultan Dr. Nazrin adalah D.K., D.K.II (Selangor), D.K.S.A, S.P.C.M, S.P.T.S, S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard).

Tuanku Sultan Perak - Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah antara lain merupakan:
  • Pro-Canselor Universiti Malaya.
  • Presiden Majlis Perak mengenai Islam dan Adat Istiadat Melayu.
  • Tokoh Fellow Institut Kajian Malaysia dan Strategik.
  • Fellow Diraja Institut Pertahanan dan Keselamatan
  • Ahli kepada Chancellor’s Court of Benefactor, University of Oxford and Honorary
  • Fellow Kehormat Worcester College, University of Oxford;
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford 
  • Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Penaung Diraja Kelab Perniagaan Kuala Lumpur.
  • Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah 'ANUGERAH MERDEKA'.

Biodata Sultan Perak ke 35 - Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah
Daulat Tuanku. Saya dan keluarga merafak sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pertabalan Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak ke-35. Semoga negeri Perak Darul Rizduan aman sentosa, melimpah ruah dengan rezeki dan dirahmati diberkati Allah S.W.T. Semogga Allah S.W.T lanjutkan usia baginda Tuanku Paduka Seri Sultan dan diberikan kekuatan untuk memartabatkan Islam sebagai agama penuh suci sesuai dengan gelaran diberikan iaitu Muizzuddin.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.


"Sekongkong Tanah Minangkabau, Selilit Pulau Perca, Di lengkong ular Saktimuna, Perpisahan Beta di selat Melaka, Jika Sah Beta Raja berdaulat, Lepaslah sekalian malapetaka" - Raja Mudzaffar Shah 1

Baca juga mengenai Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak.

Sumber: Blog Raja Nazrin, Pejabat DYMM Sultan Perak, Wikipedia

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Info yg amat berguna.. Sy sgt suka bace blog ni

    BalasPadam
  2. sedikit pembetulan info
    Y.T.M Raja Kechil Besar Perak , Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Y.A.M Raja Nazira Safya
    anak2 sultan Perak use Y.A.M and Y.T.M untuk raja bergelar like that prince. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Done. Sudah diperbetulkan. Terima kasih kerana sudi menegur kesilapan yang berlaku.

      Saya minta maaf.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement