Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak

Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak, Perlantikan Sultan Perak, Waris Takhta Kerajaan Negeri Perak

Siapakah waris sebenar Kesultanan Melayu Perak setelah mangkatnya al Marhum Paduka Seri Sultan Azlan Shah, yang merupakan Sultan Perak ke 34? Saya sebenarnya agak ketar lutut juga mahu menulis mengenai perkara ini, kerana ada isu sensitif yang dibangkitkan, iaitu berkaitan waris sebenar keturunan diraja Kesultanan Melayu Perak.

Namun begitu, saya terpanggil mahu berkongsi sedikit informasi berkaitan dengan waris sebenar Kesultanan Melayu Negeri Perak ini, bukan untuk menghangatkan isu tetapi sekadar ilmu pengetahuan yang perlu diketahui oleh rakyat negeri Perak, khususnya saya sendiri. Eheemm .. ya, saya orang Perak, lahir di Batu Gajah, Perak; tempat keputeraan yang sama dengan al Marhum Paduka Seri Sultan Azlan Shah.

Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak

Waris sebenar Kesultanan Melayu Perak

Berdasarkan beberapa maklumat yang saya baca dari portal berita, blog dan juga cerita lisan daripada orang tua, saya memperoleh maklumat berikut. Anda samada boleh percaya atau tidak, itu terpulang. Diingatkan, anda mungkin akan rasa terkeliru dengan apa yang akan saya tunjukkan ini. Jadi, berlapang dada terlebih dahulu, dan cuba hadam apa-apa yang difikirkan penting. Sila baca dengan perlahan-lahan, dan jangan gopoh membuat kesimpulan.

Permulaan Kesultanan Melayu Perak

Dari apa yang kita semua belajar dari sejarah, Kesultanan Melayu Perak bermula pada abad ke-15 iaitu apabila Sultan Muzaffar Shah I dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528. Sultan Muzaffar Shah I merupakan putera kepada Sultan Mahmud Shah yang memerintah kerajaan negeri Melaka. Pemasyhuran Sultan Muzaffar Shah I sebagai Sultan Perak pertama telah diperkenan atas permintaan dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim.

Ketika itu, Perak ketiadaan Sultan mahupun Raja. Menurut catatan sejarah, ketika Sultan Mahmud Shah menjadi Sultan Kampar, Indonesia, menerusi satu mesyuarat pembesar Perak ketika itu bersetuju sebulat suara supaya Tun Saban dan Nakhoda Kassim pergi ke Kampar, Indonesia mengadap Sultan Mahmud Shah, mengemukakan permohonan supaya puteranya dilantik sebagai ketua kerajaan Perak.

Sultan Perak Pertama - Sultan Muzaffar Shah I

Akhirnya, ketika pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka, Perak mempunyai Sultan pertama dengan Sultan Muzaffar Shah I putera Sultan Mahmud sebagai pemerintah dan di bawah naungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Beruas dijadikan ibu negeri.

Ada yang mengatakan bahawa Sultan Muzaffar Shah bukanlah anak kepada Sultan Mahmud, tetapi merupakan cucuanda. Difahamkan juga Raja Mudzaffar adalah anak Raja Ahmad yang berkahwin dengan puteri Onang Kening anak Raja Kelantan.

Perlantikan tersebut, Sultan Mahmud telah mengurniakan kepada Raja Mudzaffar beberapa alat kebesaran, iaitu sebilah pedang Cura Si Manja Kini, sebilah keris, sebuah cap yang berlorek perkataan "Sultan Muhamad Shah Dzil Allah Fil-Alam", nobat dan surat Chiri.
Waris sebenar Kesultanan Melayu Perak

Alkisahnya, pertabalan sebagai Sultan Perak yang pertama telah dilakukan di satu tempat di Sungai Perak yang dinamakan Beting Beras Basah. Baginda ditabalkan sebagai Raja Perak yang pertama di Beting Beras Basah selepas terkandas dalam pelayaran menuju ke Perak. Lokasi Beting Beras Basah adalah terletak di Bagan Datoh, Perak.

"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"

Di situlah pengisytiharan Kesultanan Melayu Perak pertama dibuat dengan laungan 3 kali Daulat Tuanku dibuat oleh rakyat jelata. In Sha Allah, dalam entri akan datang, saya akan kongsikan kisah ini kepada anda semua.
Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak

Sepanjang lebih lima abad warisan kesultanan Perak itu berkembang, pelbagai peristiwa perselisihan dan perebutan takhta diperturunkan dari satu generasi ke generasi sama ada secara lisan atau bertulis. Antaranya perselisihan antara Raja Bendahara Ismail dan Raja Muda Abdullah selepas kemangkatan Sultan Perak ke-24, Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah pada 1871.

Perselisihan juga berlaku dalam pelantikan Sultan Perak Ke-28 selepas kemangkatan Sultan Yusuf Sharifuddin Muzzaffar Shah. Jika mengikut adat warisan, Raja Kulop Muhammad adalah abang yang seharusnya menaiki takhta. Namun, kerana campur tangan daripada pihak British, Sultan Idris Murshidul 'adzam Syah sebaliknya dilantik sebagai Sultan Perak Ke-28.

Sumpahan Tujuh Keturunan Kesultanan Melayu Perak

Maka, di sinilah berpuncanya sumpahan tujuh keturunan dan tujuh giliran Sultan tidak boleh menjejakkan kaki ke istana. Bagaimanapun, sumpahan itu telah berakhir kepada Raja Abdullah Azizi yang merupakan putera bongsu kepada Raja Uda Samsuddin hasil perkongsian hidup dengan Siti Aminah.

Ini bermakna, keturunan selepas Raja Abdullah Azizi iaitu generasi kelapan daripada Sultan Ahmadin Shah tidak lagi terikat dengan sumpah tujuh keturunan itu.
Waris sebenar Kesultanan Melayu Perak
Waris sebenar Kesultanan Melayu Perak
Waris sebenar Kesultanan Melayu Perak
Kerana itu juga, anak sulung Raja Abdullah Azizi iaitu Raja Ahmad Nasir tampil menuntut untuk menyambung warisan kedudukan Raja Bergelar yang merupakan hak keturunannya.

Raja Ahmad Nasir - Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak?

Dari keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Mei 2009 dalam ruangan Rencana. Anak Raja Abdulah iaitu Raja Ahmad Nasir, sejak 2004, telah menuntut sebagai waris sebenar Kesultanan Melayu Perak.
Raja Ahmad Nasir
Raja Ahmad Nasir

Dalam mengukuhkan tuntutan beliau, Raja Ahmad Nasir turut menarik perhatian mengenai kedudukan Istana Iskandariah yang tiada berpenghuni tetap. Difahamkan, waris sultan yang memerintah lagi berdaulat sahaja yang boleh bersemayam di Istana Iskandariah. Sekiranya bukan warisan atau zuriat daripada keturunan Sultan Ahmadin ke-18, maka mereka tidak boleh bersemayam di istana tersebut.

Jin Pendaulat Megat Chandin

Saya pernah mendengar daulatnya Istana Iskandariah sehingga punyai penjaga yang dinamakan Jin Pendaulat Megat Chandin. Dikhabarkan mana-mana atau sesiapa yang beradu di situ yang bukan berdarah raja atau keturunan Sultan, seandainya beradu (tidur), pada keesokan harinya dikatakan akan dialihkan daripada tempat peraduan. Sultan yang bukan daripada keturunan Sultan Ahmadin juga tidak boleh melalui pintu hadapan kerana dikatakan akan ditimpa musibah.
Raja Ahmad - Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak
Dalam Kesultanan Melayu Perak, Sultan dilantik berdasarkan Perlembagaan Kesultanan Melayu Negeri Perak yang unik. Ia mengikut giliran tidak seperti negeri-negeri lain. Anda boleh baca mengenainya di blog rakan blogger saya yang juga orang Batu Gajah - Blog Shakiddo - Waris Pengganti Sultan Perak.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - Sultan Perak ke 35

Ketika blog post ini ditulis, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Ke-35 bagi menggantikan Almarhum Ayahanda baginda yang telah mangkat pada 28 Mei 2014.

Pengumuman dibuat oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada Istiadat Pelantikan dan Perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah sekitar jam 3.10 petang. Dalam pengisytiharan itu, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata, keputusan dibuat dengan pilihan dan persetujuan selepas Dewan Negara Perak yang bersidang, selaras Perkara 6 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Kedua.

Salasilah Kesultanan Perak Sehingga Sultan Azlan Shah

Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Baca juga mengenai Biodata dan Profil Sultan Perak ke-35 - Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah

Kredit:
Gambarajah - Blog Raja Ahmad Nasir - Salasilah Raja Ahmad Nasir
Sumber: Utusan Malaysia, Rencana Bertarikh 6 Mei 2009, Blog Sultan Melaka Darul Islam, Blog Raja Ahmad Nasir dan Blog UncleSeekersIII

p.s: Sumber-sumber ini boleh diragui akan kesahihannya, apapun beberapa fakta penting telah saya masukkan untuk pengetahuan umum.


COMMENTS

BLOGGER: 31
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,50,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,335,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak
Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak
Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak, Perlantikan Sultan Perak, Waris Takhta Kerajaan Negeri Perak
http://3.bp.blogspot.com/-6bd0De5Jdgg/U5Vug57jgzI/AAAAAAAA27o/N90_-xLF7fA/s1600/logo-kesultanan-melayu-perak.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-6bd0De5Jdgg/U5Vug57jgzI/AAAAAAAA27o/N90_-xLF7fA/s72-c/logo-kesultanan-melayu-perak.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2014/06/waris-sebenar-kesultanan-melayu-perak.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/06/waris-sebenar-kesultanan-melayu-perak.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy