GST atau Malaysia Goods and Services Tax mula diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai salah satu kaedah penambah-baikan sistem percukaian di Malaysia. Walaupun pihak kerajaan memaklumkan bahawa GST adalah untuk kebaikan rakyat, namun ramai yang merasakan bahawa GST lebih membebankan jika dibandingkan dengan sistem cukai lama iaitu SST.

Sejak dikuatkuasakan mulai 1 April 2015, apa yang kedengaran ialah ketidakpuastian rakyat jelata mengenai harga barangan dan perkhidmatan yang naik mendadak. Malah, ada harga barangan dan servis tidak munasabah.

Ramai Golongan Peniaga Tak Faham GST - Pengguna Jadi Mangsa


Bayangkan, setiap kali mahu berbelanja, GST akan dikenakan pada setiap produk yang dibeli. Itu baru sehari, jika seminggu ada perbelanjaan dibuat, tidakkah berkali-kali rakyat dikenakan GST?

Ok, saya cuba berikan contoh.

Beli 10 barang setiap hari, dan 5 barang tersebut dikenakan GST 6%. Dan seminggu beli barang sama. 6% darab 5 barang dan darab 7 hari, tidakkah lebih dari 200%? Secara congak kita terpaksa bayar hanya untuk cukai sebanyak RM21 untuk barang yang bernilai RM10 dalam masa seminggu. Pada sesetengah mungkin ia tidak nampak banyak sangat. Tetapi jika barangan itu berharga RM100?

Saya mungkin buat pengiraan mudah yang salah, tetapi saya cuba lihat ini dari pandangan rakyat umum, bukannya pandangan pakar ekonomi atau sebagai momok seorang Menteri Kewangan.

Hanya Orang Berduit Sahaja Kata GST Tidak Beban?

Orang yang berduit mungkin tidak terasa, tetapi bagaimana dengan golongan petani, golongan yang gajinya di bawah RM1500 sebulan atau RM500 sebulan? Bak kata kawan saya, kerajaan 'pukul keliling' dengan perlaksanaan GST sebab orang miskin, anak yatim, orang OKU semuanya kena GST - berbeza dengan zakat dalam sistem perundangan Islam. Saya nak tanya, sistem ini adil atau tidak? Adil pada pandangan mereka yang kata ia dikenakan 6% pada semua dari atas ke bawah, tapi pada pandangan sesetengah pula, ia dikira tidak adil sebab golongan bawahan akan terasa beban dan masalah jika nak dibandingkan dengan golongan yang memang berduti nunnn duduknya di atas.

Ramai Peniaga Tidak Tahu Cara Kira GST Sebenar

Saya fikir perlaksanaan GST ini perlu dilihat semula, dan saya juga fikir apa yang patut kerajaan buat ialah diberikan pemahaman sejelas-jelasnya mengenai GST kepada pihak seperti pengilang, pemborong, pembekal dan peruncit - orang-orang yang terlibat secara langsung dengan perlaksaan cukai GST ini - bukannya promosi dan video lagu GST pada pengguna.

Yang melaksana cukai ini yang sepatutnya lebih faham apa itu GST, bagaimana implementasinya, bagaimana kiraannya, bagaimana nak letak harga barang, bagaimana nak tolak cukai SST lama untuk harga baru GST dan sebagainya.

Sebab itu apabila GST dilaksanakan pada 1 April 2015, harga barang banyak yang naik mendadak, berkali-kali lebih mahal dengan harga semasa dikenakan SST (lebih kurang 16%). Macam pelik, tetapi itulah yang terjadi. Malah, isu paling hangat ialah harga top up yang dikenakan GST walhal sebelum ini kerajaan yang maklumkan bahawa top up tidak dikenakan GST. Nampak tak mana silapnya?

Penerangan diberikan kepada pengguna untuk terima GST, tetapi penerangan kepada peniaga, penjual, syarikat mengenai perlaksanaan dan cara tetapan harga barang GST?

Lihat carta alir di bawah, yang saya ambil dari sebuah blog terkenal dan antara paling berpengaruh di Malaysia - Denaihati.com - Realiti Sebenar GST

Pengguna Yang Akhirnya 'Tanggung' Kerajaan

Kerajaan hanya tuju kempen kepada rakyat untuk 'halalkan' GST ini dikenakan dan dibayar tanpa banyak soal. Apabila rakyat soalkan mengapa banyak barang tidak turun seperti dicanang dalam media arus perdana, lalu kerajaan kata, ini salah peniaga tamak.

Bila rakyat tanya peniaga, peniaga dan penjual kata, harga barang naik disebabkan GST. Harga barang lama kena tambah cukai 6%. Bila tanya dulu barang ini kena cukai SST berapa banyak, berapa nilainya, terkedu dan garu kepala si penjual dan peniaga.

Dah tu, peniaga, penjual dan pemborong yang kenakan cukai GST pada pengguna boleh claim balik cukai GST, tetapi tidak pada pengguna. Akhirnya, pengguna yang kena bayar 6% ini kepada kerajaan, bukan peniaga, penjual dan pemborong ini.

Apa yang saya tulis ini mungkin ada khilaf, sebab saya bersandarkan kepada apa yang rakyat seperti saya ini faham. Saya bukan orang berkelulusan dalam bidang ekonomi, apatah lagi bila nak cakap soal zakat dalam Islam yang lebih adil dan lebih telus.

Apa yang ditulis ini adalah untuk difikirkan bersama. Jika salah, atau tersilap kata; saya mohon maaf dan harap diberikan kesempatan untuk saya memperbetulkannya. Saya bukan MACAI KERAJAAN, apatah lagi agen untuk menjatuhkan sistem yang ada di negara kita, saya hanya rakyat Malaysia yang berasakan sempit dan tercungap-cungap hidup di negara yang rata-ratanya lebih pentingkan diri sendiri - tanpa fikir kepentingan umat.


9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sejak GST dilaksanakan memang terasa laa..perbelanjaan harian pun jadi makin bertambah..

    BalasPadam
  2. yup betul..ade sesetengah barang naik mendadak..contoh terbaru saya beli makanan kucing jenama misha(beli yg murah je xmampu nk beli yg mahal) di speedmart 99..sebelum gst harga untuk 1.7kg dalam rm 8.++ dah lupe harga..skang naik sampai rm 10.49..dah bpe banyak tu..samela beli pampers anak..dlm bulan 3 saje 2 kali naik sblm GST brand diapex 1st beli rm28.50,2nd beli 30.50..pas gst trus naik rm32 (speedmart99).bila tgk resit ade tambahan cukai xmunasabah..

    BalasPadam
  3. beban berat haruskah di tanggung usaha kecil

    BalasPadam
  4. Ke arah Malaysia Syarikat mcm Amerika Syarikat le ni...liberal-liberal...

    BalasPadam
  5. Sebenarnya kastam ada je bg talk gst specific untuk pengilang, peruncit, kelapa sawit, dan sebagainya mengikut industri. Mungkin ramai peniaga ni yg x alert dan x ambil kisah kot dgn talk2 gst sebelum ni. Last2 bila dah implement x tahu mcm mana konsep gst ni nak digunapakai dlm perniagaan diorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Malah ada banyak syarikat yang buat seminar mengenai GST sebelum implement GST ni .. kena byar tu .. berapa ntah, ada dalam RM300 lebih utk satu seminar (bkn bawah kastam)

      Padam
  6. Masih ramai lagi peniaga yang mengenakan GST pada barang2 runcit seperti ikan basah yang biasa dan sayur...yang sedihnye sebut je harga tambah GST tapi resit takde..yang ini sila laporkan kepada pehak berwajib ye..

    BalasPadam
  7. bagi saya, kerajaan agak kurang bersedia dan terburu2 melaksanakan GST. timing pun tak sesuai dgn suasana ekonomi rakyat dan jadi sangat membebankan. kalau Jepun, hal sebesar nie ambil masa bertahun untuk kaji dan educate SEMUA lapisan masyarakat. jadi by the time ia dilaksanakan, semua dah sedia dan faham. saya rasa, bukan setakat peniaga, pengguna pun ramai tak faham sistem GST nie macam mana. iklan di TV memang tak membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pakar berkata, perlukan SETAHUN untuk educated mengenai GST pada semua peringkat, dan kadar pemula GST sepatutnya lebih rendah dari 6% memandangkan keadaan ekonomi yang kurang baik ketika ini.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement