Blog Penmerah.com kena suspended atau dengan kata lain digantung. Setelah sekian lama blog PenMerah.com memeriahkan dunia blog Malaysia, hari ini saya dapati bahawa blog PenMerah.com sudah tidak boleh diakses.

Beberapa cubaan telah dilakukan untuk masuk ke laman web PenMerah.com tetapi gagal walaupun menurut Whois PenMerah.com, domain ini masih lagi aktif dan hanya akan tamat pada 31 Julai 2015. Apa sudah jadi pada blog PenMerah.com ini?

Walaubagaimanapun, laman sosial Facebook Penmerah.com masih lagi wujud, dan sehingga entri ini ditulis, FB Penmerah [dot] com sudah pun mencapai 5,179,303 Likes. Amacam? Ada yang boleh lawan ke fanpage blog terkenal ini?

Blog Penmerah.com Kena Suspended

Blog Penmerah.com Kena Suspended

FB Penmerah.com masih lagi diselenggara dengan baik, malah banyak post perkongsian dipaparkan di timeline daripada beberapa sumber - yang dipercayai daripada rangkaian blog-blog informasi Penmerah.com itu sendiri.

Apa yang berlaku pada blog PenMerah.com tidak dapat dipastikan. Mungkin ada pembaca setia blog berkenaan tahu apa yang berlaku.

Oh ya, tahniah buat pemilik dan founder blog Penmerah.com yang telah berjaya membuka sebuah butik pakaian beralamat di 3a-49-2, Bangi Sentral, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor.

[Ads] Rahsia lubuk bisnes baju kurung didedahkan di sini - tanpa mesin jahit, tanpa kelas menjahit, tak perlu buka kedai, tak perlu beli kain ela, malah anda tidak perlu menjahit sekalipun. Nak tahu rahsia ini? Sila ke pautan berikut - Lubuk Baju Kurung - Bisnes Mudah Dari Rumah

Banyak kisah pelancaran dan pembukaan butik ini telah diceritakan oleh rakan-rakan blogger yang sempat hadir ke majlis berkenaan. Khabarnya sangat meriah dan ramai rakan blogger yang telah hadir, termasuklah beberapa rakan blogger berpengaruh dan terkenal.

Anda boleh baca beberapa coretan rakan blogger mengenai perasmian dan pembukaan butik PenMerahDotCom ini di sini:

[+] Perasmian Butik PenMerahDotCom
[+] Opening Butik PenMerahDotCom di Bangi

Anda sendiri boleh Google untuk lihat beberapa cerita serta gambar pembukaan rasmi butik PenMerahdotCom ini.

Tahniah buat pemiliknya.


16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Patut la dah lama tak nampak blog atau link website penmerah keluar. Apapun teringin nak membeli belah di butik Penmerah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh untunglah ada rakan blogger buka butik .. manalah tahu leh dapat diskaun

      Padam
  2. ooo..kena godam ke apa ni

    BalasPadam
  3. Biasa tu kes tak renew hosting, saya pornah tokona sbb terlupa renew hehehe

    BalasPadam
  4. kat FB tak de pulak announcement.. nak jugak tahu apa sebab kena suspend tu..

    BalasPadam
  5. La kena suspended ke, dah lama tak kunjungi blog Pen Merah ni

    BalasPadam
  6. oho..baru tau ada blog ni..pemes rupanya..:P

    BalasPadam
  7. saya juga tak tau..jarang pergi ke blog tu.

    BalasPadam
  8. untung laa ada orang buat entri pasal penmerah panjang2..

    BalasPadam
  9. saya pernah kena mcmni antara sebab ny adalah kena ddos..ddos ni di buat untuk mendownload sesuatu blog tu jadi trafik banyak..berjuta dan berbilion gigabyte downloadnya.tujuannya untuk bagi server down...macam saya kena.terpaksa tukar theme dan theme lama takleh pakai langsung

    BalasPadam
  10. lor.... saya suka sgt segmen2 pen merah yg post kt fb tu.. mmg menarik.. lagi2 bila da berjaya membuka butik.. klu ade blog kan best .. hehehe apa2 pown saya mendoakan perniagaan berjaya insyaallah. nnt klu free jom la melawat saya punye blog .. marykaynyonya.blogspot.com.. mcm2 tentang kecantikan dan kesihatan... Supporter Penmerah.com you can do it!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog Pen Merah dah ok kot selepas saya publish entri ni .. Owner Pen Merah ada PM saya di FB .. :)

      Padam
  11. Blognya agak lama tidak dikemas kini dengan artikel yang baru. Mungkin web hosting adalah puncanya kerana tidak renew..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement