Arkib atau archive boleh jejaskan kemampuan SEO sesebuah blog terutama blog platform blogspot. Saya telah menguji blog ini dari segi penampilan ruangan arkib - samada ia beri kesan positif atau negatif ke atas teknik SEO. Hasilnya saya bincangkan dan paparkan kepada anda dalam entri ini.

Sebelum ini saya ada kongsikan tentang bagaimana nak sediakan satu laman khas untuk meletakkan entri-entri lama menggunakan widget archive. Ia merupakan satu cara untuk membolehkan blog anda nampak kemas dan tersusun selain memberikan ruang lebih di bahagian sidebar blogspot anda untuk meletakkan info-info lain. Anda boleh baca tutorial Cara Bina Laman Arkib Blogspot untuk faham apa yang saya maksudkan mengenai arkib blog pada laman (page) blog.

Arkib Blog Jejas SEO Blogspot

Saya telah praktikkan penggunaan laman atau page arkib ini untuk beberapa ketika, hasilnya ialah blog saya telah 'tercedera' dari segi kemampuan berada top rank di SERP (Search Engine Result Position). Ini gara-gara arkib blogspot saya yang telah dinilai sebagai salah satu penduaan ke atas tajuk-tajuk entri yang sama sekaligus menjadikan blog ini gagal capai penarafan sebagai blog mesra SEO.

Jumlah Pautan (Links) Bertambah

Ia juga mengakibatkan jumlah links bertambah, daripada kurang 100 links di halaman utama menjadi kepada lebih 300 links (pautan). Google pernah menasihatkan agar sesebuah blog mestilah mempunyai kurang dari 100 links untuk membolehkan entri-entri cepat terindeks di enjin carian mereka. Ia antara aspek penting untuk sesebuah blog menjadi sebuah blog mesra SEO.

Blog Jadi Lambat

Selain itu, ia membuatkan blog saya menjadi lambat loading iaitu lebih daripada 5 saat yang sepatutnya untuk sebuah blog yang benar-benar mesra SEO.

Keyword Density dan Targeting Tidak Betul

Ia juga menjejaskan penggunaan teknik keyword-density untuk SEO kerana muncul sebagai kata kunci tanpa makna seperti ditunjukkan di bawah ini:


Atas alasan ini, saya telah mengeluarkan laman dan widget archive daripada blog ini. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu mengecewakan pembaca blog yang mahu melihat dan membaca entri-entri lama yang telah ditulis sejak tahun 2010. Entri-entri lama tersebut meliputi pelbagai tips, panduan, rahsia dan teknik menulis blog yang berkesan.

In Sha Allah, saya akan cuba usahakan mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Arkib Blog Hanya Jejaskan Sesetengah Template Blogspot Sahaja

Apapun, sukacita saya nak maklumkan juga, teknik membuang arkib (archive) blogspot ini hanya tertakluk kepada blog yang memaparkan layout atau rekabentuk blog yang ada fungsi readmore - samada dilakukan secara manual mahupun automatik di halaman utama. Jika blog anda seperti blog Fatin Liyana atau blog Ben Ashaari mahupun seperti blog Dapur Tanpa Sempadan, meletakkan arkib blog tidak akan menjejaskan dari segi bilangan URL atau link yang diminimakan.

Secara kesimpulannya, arkib blog boleh jejaskan kebolehan SEO sesebuah blog platform blogspot jika:
  • Jumlah link di dalam blog tersebut melebihi 100 links atau URL (pautan http).
  • Seandainya ia menjadi punca blog lambat loading. Blog Ben Ashaari mengambil masa kurang 1 saat untuk loading walaupun secara amnya, blog milik blogger terkenal ini tidak dioptimasi secara teknikal untuk SEO. Tetapi ada entri di dalam blog Ben Ashaari berjaya berada di top rank #1 Google Malaysia walaupun ada ruangan arkib (archive) di halaman utama blognya.
  • Jika digunakan dalam rekabentuk blog yang ada automatik readmore - iaitu fungsi readmore disediakan secara automatik di dalam entri bila berada di halaman utama.
  • Ia menghasilkan penduaan link - satu URL muncul sebanyak lebih dari sekali di dalam blog untuk entri yang sama.

Semoga entri ini dimanfaatkan sebaiknya unntuk tujuan pemahaman teknik SEO berkesan.

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. O ye ke? Baru nak try tips bagaimana nak letak buat arkib yang tuan bagi dalam artikel sebelum2 ni..Ok terima kasih tuan HH di atas maklumat dan ilmu dicurahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, ada pro dan kontra, boleh sesuaikan ikut template yang digunakan .. bukan tak boleh guna, boleh letak tapi kena ikuti 'terma' SEO dia .. hoo

      Padam
  2. bagus info ni..kena fahamkan dan banayk belajar lagi

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Ya, memang agak berat sedikit, saya pun malam tadi berat juga menulis entri ni ...

      Padam
  4. sbb tu akak x letak dah arkib blog,tu belum lagi ada blog yg diserang malware

    BalasPadam
  5. ilmu baru untuk sy pd hari ini. terima aksih.

    BalasPadam
  6. Arkib blog Blogspot ni macam Sitemap tu kah..baru tahu..hehe
    Noob gila :(

    BalasPadam
  7. bro kalu untuk widgets post terkini ada efek tak..dan macam maan pula dgn sitemap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Widget post terkini ada efek kalau ia keluar di main paparan, kalau keluar di page post tak ada masalah ..

      Sitemap bagus diletakkan dalam blog untuk mudahkan robot enjin carian.

      Padam
  8. okey... kalau begitu kena ringkaskan arkib blog la ye...
    terima kasih

    BalasPadam
  9. trima kasih atas perkongsian yg amat berguba ni. bnyk manfaatnya

    BalasPadam
  10. kalau ringkas kan archieve tu ok kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement