Cara Bina Laman Arkib Untuk Blogspot

Cara bina laman arkib (archive) untuk blogspot. Arkib untuk sesebuah blog penting jika anda mahukan pengunjung dan pembaca menggelintar blog anda mengenai satu-satu post atau topik lama. Ia sama penting dengan butang search atau carian yang anda letak di bahagian utama blog - header, menu atau sidebar atas. Ia merupakan antara widget pilihan blogspot yang memberikan pengalaman yang sangat baik untuk pembaca blog anda.

Dengan adanya sebuah arkib, anda akan memudahkan pembaca blog anda untuk meninjau dan melihat, seterusnya membaca entri-entri terdahulu. Secara tidak langsung, ia akan membantu blog anda untuk mencapai angka hits atau pageviews yang tinggi.

Cara Bina Laman Arkib Untuk Blogspot

Cara Bina Laman Arkib Untuk Blogspot

Saya mahu kongsikan kepada anda salah satu cara untuk customize widget arkib (archive) blogspot untuk kelihatan lebih mesra kepada pengunjung blog anda. Teknik ini sangat bagus supaya pengunjung blog berasa selesa mencari entri-entri lama.

Widget Arkib Dalam Satu Laman Khas (Blogspot Page)

Apa yang akan saya tunjukkan ialah, widget blogspot untuk arkib tidak lagi dipaparkan di sidebar blog seperti kebiasaannya, tetapi dipaparkan di dalam satu laman arkib khas. Untuk mewujudkan atau membina laman arkib untuk blogspot ini, anda mestilah ikuti panduan blogging widget pilihan yang akan saya berikan ini. Lakukan dengan berhati-hati kerana anda akan menambah kod baru di dalam HTML blogspot anda.

Sebelum anda ikuti panduan menulis blog berkaitan membina arkib untuk blogspot ini, pastikan anda backup template HTML blogspot anda untuk elak kejadian buruk berlaku. Saya tidak bertanggungjawab jika masalah timbul selepas anda membina laman arkib blog anda.

Cara-Cara Untuk Bina dan Wujudkan Laman (Page) Arkib Untuk Blogspot

1. Letakkan Widget Arkib (Archive) Dalam Blogspot

Mula-mula sekali ialah anda perlu letakkan widget archive di dalam blogspot anda. Pilih Add Gadget dan pilih Blog Archive. Letakkan di bawah atau atas kekotak Blog Posts, seperti ditunjukkan di bawah ini:
Cara Bina Laman Arkib Untuk Blogspot

2. Bina Satu Page Kosong Dengan Tajuk Arkib Blog

Kemudian, bina satu page kosong, dan letakkan tajuk Arkib atau tajuk yang anda fikirkan sesuai. Pastikan anda publish page tersebut, dan dipaparkan di dashboard blogspot anda seperti di bawah ini.
Cara Bina Laman Arkib Untuk Blogspot
Selesai bahagian pertama untuk membina laman arkib untuk blogspot. Bahagian kedua adalah melibatkan cara-cara untuk letakkan kod HTML blogspot berkaitan widget ini, supaya page atau laman arkib blogspot anda boleh berfungsi dengan baik.

3. Letakkan KOD HTML Ubah Paparan Arkib Blogspot

Caranya ialah dengan salin dan tampal kod HTML di bawah selepas kod penutup CSS blogspot (]]b:skin).

Cara Bina Laman Arkib Untuk Blogspot

Ok. Boleh? Gantikan URL page arkib dengan URL page arkib yang telah anda publish tadi. Save template blogspot anda. Jika tak jumpa, cuba tekan ctrl-F dan tulis "skin".

Hasilnya ialah, anda kini sudah memiliki sebuah page yang mengandungi post-post lama anda sepert paparan widget archive blogspot anda, seperti yang anda lihat di bawah ini.
Cara Bina Laman Arkib Untuk Blogspot

Selamat mencuba.

{ 21 comments.. read them below or add one }

Maria Firdz Maria Firdz April 06, 2015
wah.. menarik.. lama dah dok cari tutorial ni.. thanks HH
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid April 06, 2015
wahhh ilmu berguna ni, terima kasih...
Maria Firdz Maria Firdz April 06, 2015
Cuba buat juga tapi tak boleh la pula... sebab cod CSS (]]b:skin) tu takde,... hmmm
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 06, 2015
Ishh mana boleh tak ada, semua blogspot akan mempunyai B:Bskin ... saya tak tulis B:Bskin penuh dalam entri di atas ... sbb tak boleh nak tulis .. nanti error, hoho
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 06, 2015
Takpe, saya ubahsuai balik entri di atas.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 06, 2015
Mungkin tak jumpa kalau scroll macam biasa, sbb dia dah tak collapse seperti selalu. Kod dia 'dikecilkan' cuba tekan ctrl-F dan search b:skin
Mad Parihh Mad Parihh April 06, 2015
menarikk . boleh la letak kat blog . tq bro HH
shamiera osment shamiera osment April 06, 2015
dah buat tapi awat tak muncul archive tu..
Kompilasi Pena Kompilasi Pena April 06, 2015
Terima kasih telah berbagi ilmu dan pengetahuan untuk membuat laman archive blog
Dewi Aja Dewi Aja April 06, 2015
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
sayidah napisah sayidah napisah April 08, 2015
teringin nak buat tapiiiiiiii macam tak faham sikiiit hehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 08, 2015
Koding memang sesuatu yang sukar sikit tapi jika mahu jadi seorang blogger yang tahu mengenai blognya .. kena cuba belajar .. :) buat pelan2 ... in Sha Allah, lama2 nanti dah biasa ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 08, 2015
Dah letakkan widget archive tu dalam blog tak?
silentblogwalkersilentblogwalker April 08, 2015
kenapa blog bro HH tak letak archive pun...saya xde blog tapi kalau baca blog saya suka blog yang ada archive..kalau blog tu menarik saya akan blogwalking dari mula blog tu wujud sampai habis melalui archive...ngehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 08, 2015
Saya tak letak sbb ..... ada masalah dengan template ini .. hoho ... takpe .. nanti saya cuba fikirkan cara ye ...
JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI April 08, 2015
Tenkiu bro di atas perkongsian ilmu yang sangat berguna utk saya ni..tenkiu Tuan HH.
kulkuly kulkuly April 08, 2015
ini blog dari malysia ya ?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 08, 2015
Ya blog dari Malaysia .. :)
azzahairi sulaiman azzahairi sulaiman May 18, 2015
Terima kasih HH, dah berjaya, nampak kemas :-)
Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 02, 2016
Saya buat jadi je .. dah letak URL untuk arkib tu tak?

Kena letakkan widget archieve tu pada bahagian atas blogpost (blog1) ye... bukan kat sidebar.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.