Memang terbaiklah Mee Baso atau Bakso di Kawah Putih, daerah Ciwidey ini. Superb. Kata orang di Bandung, Baso paling keren yang pernah saya makan selama hidup ini. Serius, ia sangat sedap. Mee Baso yang saya anggap paling keren ini terletak di kaki Kawah Putih, daerah Ciwidey, Bandung, Indonesia.

Saya ada cerita sebelum ini mengenai percutian keluarga ke Bandung, Indonesia. Salah satu destinasi pertama saya dan keluarga ialah kunjungi Kawah Putih. Ia merupakan satu danau atau tasik yang terhasil akibat letusan Gunung Patuha beribu tahun dahulu. Kawasan rekreasi alam ini dibuka sejak tahun 1987 lagi dan merupakan antara tarikan pelancong asing serta tempatan.

Kawah Putih, Bandung, Jawa Barat Indonesia

Kawah Putih, Ciwidey, Bandung, Jawa Barat Indonesia
Sedikit info dari Wikipedia mengenai Kawah Putih:

Kawah Putih lake is one of the two craters which make up Mount Patuha, an andesitic stratovolcano (a "composite" volcano). Mt Patuha is one of numerous volcanoes in Java. Kawah Putih crater lake itself represents a relatively stable volcanic system with no records of significant activity since around 1600. 

Mee Baso Keren Kawah Putih Ciwidey Bandung

Ok.

Di bawah kaki Kawah Putih ini, iaitu di kawasan parkir Kawah Putih, ada satu deretan warung atau kedai makan. Sebaik sahaja turun dari Kawah Putih, anda pasti akan jumpa warung kedai makan ini. Menu utamanya ialah Mie Baso (Mee Bakso).
Mee Bakso - Baso Bandung Kawah Putih yang Keren
Sebelum ini, saya pernah mencuba Mee Bakso di daerah Banting, Selangor; tapi ia gagal menambat selera saya. Mee Baso di Kawah Putih, Bandung ini merupakan pengalaman kedua merasa mee yang dikaitkan dengan makanan tradisi orang Jawa.

Perghhh ... memang terbaiklah. Sekali hirup sup ayam yang dihidang bersama mee, tambah pula cili kisar yang disediakan, memang terangkat. Sedap tak sedap sampai peluh jantan muncul bak mutiara di dahi sulah saya walaupun di dalam cuaca dingin sejuk. Cukup satu sudu ... boleh buatkan kepala jadi panas serta merta.
Mee Bakso - Baso Bandung Kawah Putih yang Keren
Mee Bakso
Wife saya pun kata Mie Baso tu sedap walhal dia sendiri tak berapa gemar masakan Jawa... hoho. Walaubagaimanapun, wife saya tak dapat nak habiskan Mie Baso tu sebab dah tersilap letak sehingga 3 sudu cili ... menggelegak katanya .. hehehe
Sambal bakso

Carilah Warung Mie Baso Kawah Putih

Jadi, seandainya anda ke Kawah Putih, di daerah Ciwidey Bandung Indonesia; pastikan anda cari gerai atau warung Mie Baso ini.
Mee Baso Keren Kawah Putih Ciwidey Bandung
Mee Baso Keren Kawah Putih Ciwidey Bandung
Saya sempat tanyakan mengenai cili kisar yang disediakan dan resepi Baso yang sedap. Katanya:

"Baso ini sedap jika ada bebolanya ... bikin sendiri ni Pak, ini labelnya ... buatan sini Pak. Bebola sapi ni Pak, halus sahaja rasanya." atau kata lain letak meatball .. hoho.
Mee Baso Keren Kawah Putih Ciwidey Bandung
Resepi cili kisap mudah. Hanya cari cabai kering yang paling pedas, dimasak dan kemudian dikisar; dicampur sedikit garam dan gula. Tak perlu campur air kerana air rebusan cili itu sudah cukup. Untuk lebih sedap, campurkan sedikit air rebusan atau sup ayam.

Saya dah buat sambal atau sos cili kisar ni sendiri ... serius, antara penambah perisa original untuk masakan yang perlukan rasa pedas.

Ok. Selesai cerita di Kawah Putih. Nanti saya akan kongsikan cerita lain lagi tentang percutian makan angin di Bandung, Indonesia.
Makanan Bandung


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement