Sejak lagu Apa Khabar dipersembahkan oleh Joe Flizzow dan SonaOne menang Anugerah Juara Lagu 2014, ramai yang ternanti apakah reaksi bekas rakan seperjuangan Joe Flizzow dalam TooPhat iaitu Malique. Apakah manifestasi Malique Ibrahim mengenai lagu 'Apa Khabar' yang dianggap ramai peminat sebagai merujuk kepada pertanyaan kepada dirinya?

Saya bukanlah peminat tegar muzik hip hop tetapi saya sangat tertarik dengan lagu-lagu berlirik yang dibawakan oleh Joe Flizzow dan Malique. Kalau disulusuri lirik-lirik lagu dari mereka berdua, ada banyak maksud dan makna tersurat tersirat yang disampaikan. Adakala saya terpaksa buka kamus dewan semata mahu mengetahui erti bait lirik yang diluahkan.
Manifestasi Malique Ibrahim Mengenai 'Apa Khabar' Joe Flizzow

TooPhat telah lama 'bubar'. Joe Flizzow dan Malique sudah lama 'berpisah'. Masing-masih sudah bernaung di syarikat berbeza, dengan haluan dan perndirian berbeza.

Manifestasi Malique Ibrahim Mengenai 'Apa Khabar' Joe Flizzow


Lagu 'Apa Khabar'. Ramai yang anggap ia merujuk kepada pertanyaan Joe Flizzow kepada rakan baiknya Malique; bait-bait lirik lagu pun seolah menceritakan kisah perjalanan awal seni mereka berdua di dalam TooPhat. Namun, manifestasi Malique menidakkannya.

Manifestasi Malique Ibrahim Mengenai 'Apa Khabar' Joe Flizzow
"Saya tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan saya tidak pernah membalas "khabar baik, bro"," kata Malique dalam satu kenyataan di laman rasmi syarikat rakaman beliau, Qarma Musiq, 1 Februari 2015.

Tahun 2010, saya ingatkan kumpulan TooPhat akan kembali, tapi nampaknya tidak. Masing-masing masih lagi keluar dengan lagu sendiri dengan nama sendiri.


Samada sedar atau tidak, banyak lagu Malique popular di TV mahupun radio, cuma mungkin prinsip Malique Ibrahim yang mahu bebas dari dunia glamor menidakkan dirinya tidak nampak popular. Dia berkarya tanpa menjaja wajah, dirinya dikenali dek lagu dan lirik yang ada kalanya sinis dan menghiris.

Antara lagu popular ialah Senyum featuring Najwa. Biasa dengar kan?
"Kacak luar, Kacak dalam, Kacak dengar sini, Kalau saya senyum, Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum, Semua orang berjangkit, Bila semua orang senyum, Dunia tiada penyakit"

Banyak lagi lagu Malique yang best-best antaranya Aku Maafkan Kamu bersama Jamal Abdillah, serta Teman Pengganti dilagukan bersama Black yang juga pernah beraksi di pentas akhir AJL. Seperti yang saya katakan tadi, Malique Ibrahim cuba hindarkan diri dari dunia glamor, perjuangan tegasnya hatta di pentas penuh prestij seperti Anugerah Juara Lagu.



1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement