Muzium Art in Paradise Langkawi baru sahaja dirasmikan oleh Tun Mahathir yang sememangnya sinonim dengan kemajuan Pulau Langkawi. Muzium 3D yang dibina dengan nilai RM17 juta ini terletak di Oriental Village, Pantai Kok, Langkawi. Ia bakal menjadi tarikan apabila telah dirasmikan dan dibuka untuk orang ramai mulai 31 Januari 2015.
Art in Paradise Langkawi
Buat mereka yang tidak tahu lokasi muzium 3D ini, ia terletak di lokasi di mana anda mahu menaiki kereta kabel, Langkawi Duck Tour dan menonton wayang 6D serta menunggang gajah. Saya belum ada kesempatan lagi nak kongsikan kepada anda pengalaman menarik menaiki kereta kabel, wayang 6D di Oriental Village ini. Gambar ada dalam simpanan tapi tertulis pulak .. adeh.
6 Foto Aksi Tun Mahathir di Art in Paradise Langkawi
Saya suka nak kongsikan beberapa gambar aksi Tun Mahathir yang jarang-jarang kita boleh nampak untuk pembaca blog ini. Ada yang kata aksi Tun Mahathir di Art in Paradise Langkawi ni kiut sangat .. hoho ... :)Ehem .. bila tulis entri ni terasa macam nak ke Langkawi sekali lagi, menginap di banglo RPP Langkawi yang mengadap laut lokasi memancing terbaik.
Terima kasih kepada Facebook Art in Paradise Langkawi kerana sudi kongsikan gambar-gambar aksi Tun Mahathir.
kedua terbesar didunia tue..memang hebat..last aku pergi Langkawi tahun 2010
ReplyDeleteWahhh, ada muzium art baru. yang pernah pergi dekat i-city dan sri kembangan je. Comel betul Tun, walaupon dah berusia tetapi tetap berjiwa muda. :)
ReplyDeleteMemang plan nak pergi dengan family bulan 5 nanti
ReplyDeletecomella tuanku nu..hihi
ReplyDeleteSungguh menarik! Kalah i-city nih! Promosi pun terbaik dari Tun...
ReplyDeleteLokasi wajib kalau ke Langkawi
nmpknya kena pergi juga ni..cambest je
ReplyDeletesempoi betul Tun.. Mmg respect sama negarawan negara
ReplyDeleteda byk da muzium 3D nie . rasanya pd, kl ada
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.