Kenapa anda perlu belajar buat duit dengan affiliate? Tak kira siapa anda, samada anda blogger ke, surirumah ke? house husband macam saya ke? atau seorang yang aktif di laman sosial seperti Facebook dan Twitter; anda patut ambil peluang untuk belajar buat duit dengan affiliate.

Kenapa perlu belajar buat duit cara ini? Sebab paling utama ialah anda tidak perlu keluar sesen pun untuk menjadi seorang agen affiliate. Keduanya ialah ia bukan skim cepat kaya atau program money-game atau bisnes yang menyalahi undang-undang. Malah, anda boleh bina sebuah perniagaan sendiri hanya dengan menggunakan produk-produk affiliate ini.

Kenapa Perlu Belajar Buat Duit Dengan Affiliate?

Apa Itu Affiliate?

Ia merupakan satu program untuk mendapatkan income online samada secara sambilan, sampingan atau sepenuh masa. Malah, anda boleh buat duit dengan affiliate secara offline juga. Anda akan dibayar menerusi komisen hasil jualan produk affiliate yang anda promosikan.
Apa itu affiliate dan bagaimana jana income menerusi affiliate

Antara ciri utama produk affiliate - daftar percuma, produk digital, terhad, ada gambar pemilik produk, komisen 40-70%. Mana-mana program yang didakwa sebagai program affiliate, dan anda kena bayar untuk menyertainya .. itu BUKAN program affiliate. Ia adalah program affiliate penipu!

Saya sendiri dah terbabit dengan program affiliate sejak 2008 lagi, malah sebelum tu lagi. Cuma baru-baru ini nampak nak serius bila sudah ada 'bekalan' dan panduan yang cukup untuk saya aplikasikan teknik-teknik pemasaran affiliate ini. Dulu, tak ada panduan asas affiliate untuk newbie, tetapi sekarang dah ada ... mudah senang nak faham.

Alhamdulillah, setiap minggu pasti akan ada komisen yang saya terima, bermula dari RM0.50 sehinggalah RM100.00 untuk satu-satu produk. Mungkin tidak boleh jadi kaya raya, tetapi ia merupakan satu sumber income sampingan secara online yang boleh tampung sedikit sebanyak belanja harian. Dan kalau ada lebihan, boleh anda gunakan untuk tujuan amal kebajikan.
Komisen affiliate adalah 40-70 peratus

Ramai yang teringin nak buat duit online, tetapi agak lokek nak keluarkan pelaburan walaupun ianya hanyalah RM20. Walhal, dalam diri terangkat kening dan mencebik bibir bila nampak ada rakan dan kenalan online yang berjaya dapat komisen hasil daripada program affiliate ini.

Lokek Tahik Idung Masin ..

Hoho .. itulah diri saya satu ketika dulu. Lokek nak keluarkan pelaburan ilmu untuk tahu teknik-teknik buat duit menerusi affiliate ini. Malah, ada panduan percuma pun seperti malas nak rebut peluang. Naif. Jeles tengok orang lain, tapi diri saya ketika itu macam bebal semacam je nak terima.

Namun, akhirnya berubah bila saya diperkenalkan dengan Jomniaga oleh Gobala Krishnan. Jomniaga kini dikenali sebagai Ashadee.com. Saya telah hadiri webinar online percuma yang dikendalikan oleh Gobala Krishnan. Saya mengenali Gobala sebagai salah seorang pakar buat duit menerusi ClickBank - salah satu cabang dalam affiliate. Boleh tonton webinar mengenai affiliate di sini - Webinar Online Gobala Krishnan

Dari Webinar ke Ebook Tips Teknik Rahsia Panduan Berkaitan Affiliate

Dari webinar, saya mendapatkan beberapa panduan dan ilmu mengenai affiliate secara online.

Antaranya ialah Mesin Komisen oleh Edmund Loh. Jenuh juga saya kena tonton video-video yang disediakan oleh saudara Edmund Loh ini. Mana taknya, kena pause dan ulang tonton berkali-kali sebab saya bermasalah dengan pelat Cina Edmund Loh. Bahasa pula bahasa pasar ... sekejap English, sekejap Manglish, sekejap kang terkeluar bahasa Mandarin.

Berjam-jam, berhari-hari kena repeat. Serius letih. Apa yang saya belajar dalam Mesin Komisen? Kebanyakkan video adalah mengenai cara nak jadi super affiliate - iaitu cara jana income menerusi affiliate luar negara dan dalam negara. Siap bagi tutorial step-by-step macamana nak buat.

Tagline inilah yang menyebabkan saya mendapatkan Mesin Komisen Edmund Loh. Sesal mulanya tu, tapi sekarang tidak lagi, setelah gunapakai panduan diberikan..... 
Tips menjana income online menerusi affiliate

Mesin Komisen adalah merupakan pembelian ilmu affiliate paling mahal pernah saya laburkan. Dari situ, saya mula rangka strategi memilih produk affiliate terbaik dan sesuai dengan jiwa .. hoho ... saya ikuti tips diberikan Edmund Loh mengenai cara memilih produk affiliate, cara mengetahui produk yang mudah dijual, cara mencari produk affiliate yang berbaloi dipromosikan ... dan macam-macam lagi, termasuklah highlight mengenai kesilapan-kesilapan seorang pengamal program affiliate ini.

Nyata Dulu Dumb and Dumber ...

Nah kau .. bila sebut pasal kesilapan-kesilapan .. barulah saya tahu betapa dumb and dumber saya dulu. Memang kena batang hidung sendiri. Ngok betullah ... adeh. Banyak juga kesilapan saya sebagai blogger tentang cara promosi produk affiliate yang saya telah belajar.
Komisen affiliate - income program buat duit online percuma

Alhamdulillah, menerusi webinar, menerusi video tutorial dan terbaru menerusi Kitab SEO Merah Jambu, saya dapat satu lagi skill untuk mempromosikan produk affiliate. Alhamdulillah, dengan gabungan ilmu-ilmu yang telah saya peroleh, pelaburan lampau nampaknya berbaloi. Walaupun sudah beratus ringgit digunakan untuk belajar buat duit dengan affiliate, sekarang .. income menerusi segala program affiliate yang saya sertai telahpun balik modal.
Komisen affiliateKomisen affiliate - income program buat duit online percuma

Sila Makan Umpan Mengenai Affiliate Ini!

Okeh.

Panjang-panjang saya tulis ni bukan nak memaksa anda makan umpan untuk dapatkan produk-produk yang saya nyatakan, tetapi nak membuktikan dengan sebenar-benarnya, jika mahu berjaya seperti mendapat komisen daripada affiliate, anda seharusnya tidak lokek untuk melabur untuk ilmu, teknik, tips, panduan, dan segala rahsia mengenai affiliate ini.

Mahu berjaya, kena ikut jejak langkah orang berjaya. Siapa dia?

Mereka yang telah membuktikannya kepada anda.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. beruntung dengan affiliate. Saya pun tengah mencuba untuk join affiliate

    BalasPadam
  2. ermmm.. saya baru nak paham apa tu affiliate..
    untuk blogger newbie, saya perlu dapatkan apa dulu...? Kitab SEO Merah Jambu tu ke...? sebab saya takut saya tak faham apa yang dituliskan di situ tambahan pula blog saya di"design" oleh org lain.. senang cerita saya lemah skit bab2 coding atau edit HTML..

    Kitab SEO Merah Jambu tu boleh bantu ke......?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kitab SEO Merah Jambu untuk golongan pertengahan. Tapi rasanya tak susah pun nak faham. CUba baca blog saya dulu. Taip affiliate di kotak carian.

      Padam
    2. Tonton dulu webinar mengenai affiliate tu - daftar percuma.

      Padam
  3. harap tak ramai blogger yang tahu pasal affiliate ni juga, senang sikit aku pasang umpan.ahahaa

    BalasPadam
  4. saya mengharapkan lebih banyak produk ebook dikeluarkan agar lebih banyak peluang untuk kita sebagai blogger buat duit dengan blog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement