Langkau ke kandungan utama

Program Affiliate Penipu!

Sakit hati bukan kalau kena tipu. Kalau tipu tak datang kerugian, memang tak terasa sangat. Tapi bagaimana andainya kena tipu, dan buat kita kehilangan wang pelaburan kita? Sakit hati tak? Bukan mudah nak mencari sumber pendapatan (wang) ... yang kemudiannya lebur begitu sahaja. Dalam dunia internet ni pun banyak benda yang boleh jebakkan diri dalam kerugian bentuk sebegini, dan salah satunya terjebak dalam program affiliate penipu!

Program Affiliate Penipu!

Program Affiliate Penipu!

Oh, ada wujud ke program affiliate penipu ini? Hmm .. memang ada. Tapi yang wujud itu bukanlah program affiliate sebenar. Ia hanya menggunakan perkataan affiliate untuk kaburi pandangan dan memerangkap ramai yang mencari cara buat duit online sahaja.

Affiliate - Cara Buat Duit Online Terbukti

Affiliate adalah merupakan antara cara paling popular buat duit online, terutama menerusi blog. Malah, program ini antara yang paling lama berada di dunia maya untuk mereka yang bersungguh mencari pendapatan sampingan menerusi internet. Awalnya dulu, program affiliate menggunakan pendekatan laman web dan juga list email. Dalam affiliate, siapa yang ada list .. maka merekalah yang akan dapat jana pendapatan lumayan menerusi affiliate.

Namun, akhir-akhir ini banyak sungguh program affiliate menipu. Mana tidaknya, ia sebenarnya program mencari ahli semata-mata. Ahli daftar, masukkan duit ... dan duit itu pula digunakan untuk bayar ahli lain. Lebih kurang macam kutu tapi ini kutu haram, yang jadi kaya raya adalah pengendali kutu tersebut yang makan komisen atas usaha orang lain.

Beza Affiliate Sebenar dengan Affiliate Penipu

Jadi, bagaimana nak bezakan antara sebuah program affiliate yang sebenar dengan yang menipu ini?

Mudah sahaja. Program affiliate adalah percuma!

Seandainya mana-mana program buat duit online yang dakwa itu adalah sebuah program affiliate, maka pastikan anda tidak perlu membayar apa-apa untuk sertai program tersebut. Jika anda pelru bayar apa-apa kos untuk sertai program affiliate tersebut, maka sah .... ia merupakan program affiliate penipu!

Jadi, awas ... jangan sampai anda menjadi mangsa kepada program affiliate penipu ini.

Bro, tahu tak program affiliate mudah yang boleh gua sertai? - andai ada yang bertanya.

Hmm .. paling terbaru adalah program affiliate IklanSticky. Ia program percuma, anda tidak perlu bayar. Hanya daftar dan anda boleh join program affiliate PPC (Pay-Per-Click). Jarang ada program affiliate PPC ini. Selalunya affiliate ada dua program iaitu PPS (Pay-Per-Sale) dan PPL (Pay-Per-Lead). Tak pasti apa itu affiliate? Baca di sini - Apa Itu Program Affiliate?
IklanSticky.com

Jadi IklanSticky, merupakan satu program yang menguntungkan kerana dengan setiap klik yang terhasil menerusi link (selalunya banner iklan), akan diberikan bayaran sehingga RM0.15 bagi setiap klik. Terbaharu ... ia kini bernilai setiap klik RM0.019.

Jika anda belum daftar, boleh daftar percuma sekarang di sini - http://iklansticky.com/hop.php?ref=xpromo

Ingat ehh, jangan sampai tergoda dengan ciptaan hasil daripada program affiliate penipu ini. Affiliate cukup mudah, banyak usaha ... ada jualan, maka adalah hasilnya.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Assalamualaikum.....

    Masalah penipuan pada sistem affiliate ini kemungkinan besar adalah sekumpulan individu yang sama, yang sebelum ini telah pernah menipu orang ramai dengan pelbagai skim. Mungkin juga mereka ini saki baki "geng skim cepat kaya".

    Penyakit ini juga berlaku pada sistem MLM. Perbuatan sebegini akan merosakkan sedikit demi sedikit nama baik sistem yang pada asalnya dibina dengan penuh ketelusan.

    Apa yang saya perhatikan sepanjang pengalaman saya, ada sistem perniagaan sudah baik dan lengkap tetapi dirosakkan oleh orang tengah atau ejen yang tamak... Maka contoh terbaik.., ada sebilangan masyarakat yang sudah memandang negatif pada model perniagaan MLM....


    Artikel Berkaitan :

    Petua memilih perniagaan berbilang aras (MLM)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu pencerahan yang baik, moga dapat dihadam oleh ramai orang untuk faham situasi berkaitan affiliate yang menipu ..

      Padam
  2. Pernah tanya Bro HH pasal ni..hehe

    BalasPadam
  3. Iklan Sticky tu bukan RM0.15 dah sekarang brooo .
    RM0.025 sen dah.

    BalasPadam
  4. ssh nk percaya mn yg betul..yg pasti klu boleh jgn kuar modal sendiri..hehe

    BalasPadam
  5. dh selalu sangat dah...bosan

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Affiliate percuma ...tu sahaja, apabila kena bayar ... sah2 nipu tu

      Padam
  7. Assalamualaikum.

    Ini pertama kali saya memberi komen dalam blog ini. Saya sedang mengkaji program affiliate dan cuba menjerumuskan diri dalam dunia internet marketing ini. Jadi saya nk tanya, program affiliate memang percuma tp bagaimana pula produk affiliate itu. Kita memasarkan produk yang akan menipu orang lain. Adakah kita perlu bertanggungjawab jika orang lain membeli produk itu atas program affiliate yang kita buat yang mana affiliate itu tidak menipu tp produk affiliate itu yang menipu. Mohon penjelasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah satu cara untuk menjadi seorang IM yang bagus - bagi memasarkan satu-satu produk affiliate ialah dengan MEMBELI produk itu terlebih dahulu. Bila dah beli, barulah tahu samada ia produk yang bagus atau tidak.

      Jadi tanggungjawab seorang IM yang pasarkan produk affiliate ialah memastikan produk itu benar bagus dan bukan satu produk yang menipu. Saya sendiri pernah membeli satu produk affiliate ini dengan harga yang cukup mahal, tapi bila dah beli, saya dapati banyak produk dalam pakej tersebut tak boleh guna pun ...

      Hanya jual sistem pemasaran sahaja ... :)

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…