Ada yang tertanya, kenapa saya kekal menggunakan platform blogspot (blogger.com) sebagai platform saya menulis blog? Kenapa memilih blogger untuk menulis blog walhal blog platform Wordpress ada power tahap naga berapi berlegar di awan kelam?

Saya boleh berikan banyak sebab logik akal yang memihak, tetapi saya nak kongsikan beberapa fakta mengenai blogger (blogspot) yang mungkin boleh dijadikan asas kenapa dan mengapa saya kekal memilih blogger.com untuk menulis blog setelah bermula sejak sekitar 2008-2009.
Sebab memilih blogspot.com untuk menulis blog

Kenapa Memilih Blogger (Blogspot) Untuk Menulis Blog?

Tapi jangan fikir saya tak hormat blogger yang guna platform Wordpress ye, sebab saya juga merupakan penulis blog di platform tersebut. Apatah lagi saya mempunyai sebuah (ke ada tiga ehh?) blog yang menggunakan platform Wordpress ini.

Ok. Sebelum melalut lebih, meh tonton video ini yang memberikan fakta-fakta harus percaya mengapa saya memilih blogger (blogspot) untuk menulis blog di internet.

Saya kekal tetap kerana saya mahu menguji diri saya sebagai seorang blogger biasa-biasa di dalam dunia blog Malaysia platform blogspot. Dan memang menjadi misi dan visi saya pada tahun 2014 untuk menjenamakan blog ini sebagai panduan untuk blogger-blogger kecil dalam blogspot menimba ilmu berkaitan blogging.

Dan alhamdulillah, saya berjaya hasil bantuan dan sokongan ramai rakan-rakan blogger termasuklah dari rakan blogger platform Wordpress sendiri.

"Bro, Gua rasa Lu ada blog Wordpress kan? Lu siap ada blog hosting berbayar lagi ...kan kan?"

Ya, saya memang ada blog dalam platform Wordpress. Dan saya menggunakan blog Wordpress sebagai rujukan untuk perbaiki tahap kemesraan SEO blog-blog blogspot saya. Saya jadikan segala asas SEO di dalam Wordpress untuk dibenam-guna di dalam tatacara penyediaan template dan cara penulisan yang mesra enjin carian.

Samada anda tahu atau tidak, saya banyak merujuk tips blogging dan panduan mantapkan ilmu SEO ini daripada blogger-blogger Wordpress yang hebat-hebat. Saya belajar sendiri corak penyampaian, template blog serta teknik-teknik berkaitan untuk menjadikan blog blogspot kendalian saya mudah berada di enjin carian seperti Google.

Anda mungkin nampak blog ini seperti sebuah blog Wordpress tetapi sebenarnya ia adalah sebuah blog blogspot yang menggunakan hosting percuma blogger.com.

Jangan terkeliru ye... hoho.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kenal bro HH sebab bro HH dulu review blog ai :P
    pastu ai rasa segan sebab bro HH yang femes review blog ai masuk remaja
    sekarang ai rajin jenguk blog bro HH baca tips dan rajin pin ke G+1

    BalasPadam
  2. Terima kasih Huda .. :) kebetulan je tu. Saya still buat review ... ada list dah untuk blogger baru saya terjah.

    BalasPadam
  3. Blog saya ada dalam list HH tak? Baru jinak-jinak dengan blog.

    BalasPadam
  4. blogspot ke..wordpresss ke..masing2 ada keunikkannya sendiri..

    BalasPadam
  5. aku pun masih rasa selesa untu guna blogspot sahaj buat masa ini..komitmen itu yang aku risaukan

    BalasPadam
  6. Hmm, sbb kena jaga sendiri .. ye tak? Macam update script, dan macam2 lagi hal yang berbangkit

    BalasPadam
  7. Kita memang suka blogspot dari dulu lagi...sebab tak pernah try wordpress. Matlamat sama InsyaAllah blh berjaya juga kedua2nya..

    BalasPadam
  8. Blogger dan wordpress mana ranking Alexa lebih tinggi?

    BalasPadam
  9. Salam
    Aku tak tau apa,yang aku tahu Blogspot sebab dia FREE dan zaman dulu boleh boh CBOX...hehehehehe

    BalasPadam
  10. Ok dah terjawab. Haha
    Betul lah, as a niche.. Unik tapi kreatif. Patut ramai gegel melekat kat blog ni. #arghmoment
    Panduan buat mereka di Blogspot sedangkan untuk Wordpress bersepah di internet. Bijak! :)

    BalasPadam
  11. mula kenal dengan blogspot dulu... tak tahu pun ada ada platform lain untuk buat blog. Sekarang pun masih kekal dengan blogspot, sebab rasa dah selesa. lagipun ada bro HH yang sentiasa bagi tips untuk blogger blogspot... kannn

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement