Secara tiba-tiba saya teringatkan nama ini - Mazidul Akmal Sidik. Kemana menghilangnya Mazidul Akmal Sidik yang telah mempopularkan rancangan siasatan dan laporan jenayah 999 di TV3? Mungkin ada yang tidak tahu, Mazidul Akmal adalah antara pembaca dan pengikut blog ini yang terawal. Malah, Mazidul pernah meninggalkan komen di blog ini satu ketika dahulu.

Blog saya pernah menerima ribuan trafik dari blog Mazidul. Tidak disangkal blog Mazidul Akmal Sidik memang ramai pembaca tegar, malah kesempatan berada di dalam bloglist Mazidul Akmal, menjadikan blog saya mudah dikenali dan mendapat trafik hasil perkongsian entri-entri saya yang ada kena mengena dengan isu semasa ketika itu.

Tetapi kini tidak lagi.

Dimanakah Mazidul Akmal Sidik?

Saya pernah kongsikan kisah Mazidul Akmal yang terlantar sakit dan didakwa berada di dalam keadaan koma. Namun, kisah induced coma yang dikatakan terjadi pada saudara Mazidul Akmal telahpun dijawab oleh isterinya, dan mendakwa ia adalah satu laporan salah dan tidak benar.


Apakah status kesihatan terkini Mazidul Akmal Sidik?
Kepastian masih dicari. Saya sendiri tidak tahu status terkini kesihatan blogger yang juga wartawan Mazidul Akmal ini. Walaupun ramai yang berkata apa yang berlaku pada Mazidul Akmal adalah dek kerana sikapnya yang agak celupar dengan kata-kata, namun bagi saya ia adalah tugasnya sebagai seorang wartawan dan pemberita isu jenayah.

Celupar si Mazidul masih lagi tidak keluarkan bahasa-bahasa kesat melampau serta mencaci cerca atau keluarkan kata lucah - setakat pengetahuan sayalah. Jadi, saya hormati dirinya kerana itu. Maka, saya mohon jangan dikaitkan.

Dimanakah Mazidul Akmal Sidik?

Ada sesiapa dari anda yang tahu di mana beliau sekarang? Apa terjadi padanya kini?

Kali terakhir kisahnya dilaporkan adalah sekitar Ogos 2014. Ada yang mengatakan bahawa Mazidul Akmal Sidik telah pulih dari strok tetapi keadaannya masih memerlukan pemerhatian doktor. Mazidul dilaporkan sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar. Manakala pihak TV3 pula mengatakan yang Mazidul masih lagi dalam tempoh bercuti. Bercuti?

Saya ingin tahu. Ada sesiapa tahu?


p.s: Perkara yang baru saya tahu ialah namanya bukan Mazidul Akmal Sidek, tetapi Mazidul Akmal Sidik.

17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Last berita saya dengar tentang dia sakit, tu je la

    BalasPadam
  2. Tu lah kan..Rindu juga nak baca update dia dan pembongkaran isu baru. Dia ada gaya sendiri dlm ketengahkan isu.

    BalasPadam
  3. Bulan lepas ada terserempak dgn mazidul di klinik pakar ENT HKL menaiki kerusi roda..Mgkn beliau buat rawatan susulan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh terima kasih atas info ni ... :) kalau ada gambar lagi bagus ...

      Padam
  4. Beliau memang berani dan baru tahu dia bukan koma. mudahan beliau cepat sembuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga dia kembali merungkai perkara yang orang lain tak berani nak rungkai.

      Padam
  5. Saya juga dah lama tak dengar berita tentang beliau.

    Dulu pernah juga saksikan 999 di mana beliaulah penyampainya.

    BalasPadam
  6. Yelah lulu pun tertanya tanya di manakah beliau skrg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang cuba korek cerita tapi pihak keluarga Mazidul mendiamkan diri je.

      Padam
  7. Lama juga tak dengan tentang kisah Mazidul ni

    BalasPadam
  8. Moga HH berjaya menemui beliau ..dan semoga beliau beransur pulih...

    BalasPadam
  9. Kali terakhir baca kisah mazidul pun waktu dia sakit....

    BalasPadam
  10. memang lama tak dengar berita tentang wartawan ni..seolah tiada liputan apa-apa..stesen tv iaitu maajikannya juga tiada sebarang liputan juga..

    BalasPadam
  11. lama dah tak nampak beliau di kaca tv

    BalasPadam
  12. Media prima x de cover kah ttg wartawan hebat ni? Inilah dunia,bila dah x buleh menyumbang,semakin dilupakan.sewajarnya wakil media prima menyusul kerumah klrga saudara mazidul untuk update berita ttg kesihatan beliau.wassalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Permintaan keluarga untuk tidak dibuat coverage berkaitan diri Mazidul. Isteri Mazidul sendiri yang tidak benarkan.

      Oh ya, ada entri terbaru berkaitan saudara Mazidul ini, anda boleh cuba search di blog saya. Ada gambar terkini Mazidul atas kerusi roda dalam satu majlis perkahwinan anak buahnya.

      Padam
  13. betul lama tak baca entry baru dia..moga dia cepat sembuh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement