Blogger Wartawan Terkenal Mazidul Akmal Koma

Blogger dan juga wartawan siasatan jenayah Mazidul Akmal Sidik dikhabarkan telah berada di dalam induced coma. Berita mengenainya, saya ketahui menerusi Facebook penganilisis jenayah Kamal Affendi Hashim.

Berdasarkan apa yang dilaporkan oleh sebuah media hiburan, blogger Mazidul Akmal telah diserang angin ahmar. Mazidul telah menerima rawatan di Pantai Medical Centre dan telah berada dalam keadaan ‘induced coma’ atau koma sementara. Namun, difahamkan, sebelum menjalani pembedahan, beliau sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin.

Mazidul Akmal Berada dalam Induced Koma

Blogger Wartawan Terkenal Mazidul Akmal Koma
Daripada Facebook Kamal Affendi, difahamkan blogger dan wartawan terkenal Mazidul Akmal koma semenjak 21 Jun 2014 yang lalu.

Saya doakan yang terbaik buat saudara Mazidul, agar kembali pulih sedia kala dan terus memberikan laporan serta pendedahan terbaik berkaitan jenayah di blognya. Tidak ramai blogger Malaysia seberani beliau, yang kadangkala saya sendiri pun berbeza pendapat dan agak kurang setuju dengan beberapa penulisan beliau.
Blogger Wartawan Terkenal Mazidul Akmal Koma
Mungkin ada yang tidak tahu, blog Mazidul Akmal - Bersama Mazidul adalah antara salah satu penyumbang trafik tertinggi ke blog ini satu masa dahulu. Malah, Mazidul Akmal adalah antara pengikut awal blog ini, dan pernah beberapa kali meninggalkan komen di beberapa entri tertentu.

Semoga Mazidul Akmal kembali pulih sedia kala.

Gambar Mazidul Akmal Sidik Sebelum Induced Coma





{ 17 comments.. read them below or add one }

Kak T Kak T July 02, 2014
harap dia cepat sedar kembali..kesian pulak tengok
Sukma Haron Sukma Haron July 02, 2014
hope saudara Mazidul segera sembuh......
Amir Aiman Akashah Amir Aiman Akashah July 02, 2014
sesungguhnya sesuatu penyakit itu tidak lain tidak bukan hanyalah kifarah dosa......semoga abam mazidul tabah dgn ujian Allah dan cepat sembuh seperti sedia kala. Mgkn skrg ini ujian buat beliau, ujian buat kita tak tahu mcm mna rupa dia. nauzubillah
TunSha Ayunie TunSha Ayunie July 03, 2014
setuju :) semoga kita juga terpelihara... dan semoga mazidul akmal sembuh sediakala...
ishak hasimi ishak hasimi July 03, 2014
Beliau banyak buat pembongkaran pelbagai hal,sekarang ni kita doakan beliau agar kembali pulih
Moms Avenue Moms Avenue July 03, 2014
Semoga beliau cepat sembuh..
cheq eem cheq eem July 03, 2014
terkejut dengar berita nie.. baru je tengok majalah 3 hari tu dia jadi wartawan penyiar... semoga beliau cepat sembuh dan sihat seperti biasa...
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad July 03, 2014
Syafahullah... Aamiin... Beliau insan yg baik
therylisa nurul ain therylisa nurul ain July 04, 2014
Semoga cepat sembuh and sedar dr koma..
Hanim Hashim Hanim Hashim July 04, 2014
Semoga beliau cepat sembuh. Patutla lama tak kelihatan status di FB beliau.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 04, 2014
Kita doakan yang terbaik buat Mazidul Akmal ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 04, 2014
Ujian Allah buat dirinya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 04, 2014
Kita doakan yang terbaik buat Mazidul Akmal Sidik .. dia hanya induced coma, in Sha Allah .. nanti akan sedar.
Nabila Abdullah Nabila Abdullah July 30, 2014
Semoga dia behenti kutuk hina bangsa orng dan insaf
AnonymousAnonymous August 13, 2014
bila dia hina bangsa org??semoga ko behenti tuduh orang dan insaf..ok.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 13, 2014
Doakan sahaja yang terbaik buat dirinya, dia masih saudara seagama kita.
Kak Mahh Kak Mahh January 13, 2015
Harap Mazidul cepat sedar dan sembuh.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.