Terbang tinggi tetapi ingatlah untuk tunduk. Capailah awan dan langit, tetapi jangan sesekali untuk tidak melupakan melihat apa yang ada di bawah. Blogger Malaysia boleh capai dan gapai impian setinggi langit, terbang melewati awan, namun tunduklah kerana kita semua tetap hamba Allah S.W.T.

Sejauh mana kita melangit dengan impian dan pencapaian kita, terbang tunduklah untuk kita imbau kembali kesusahan mula-mula. Dalam setiap kejayaan itu ada mulanya, ada pahitnya, ada manisnya. Cermin diri kenangkan saat-saat kesusahan dan kepayahan... kerana di situ ada motivasi untuk pergi lebih baik, terbang lebih tinggi.

Terbang Tunduk Blogger Malaysia

Terbang Tunduk Blogger Malaysia

Terbang tunduk blogger Malaysia takkan dapat cecah ke angkasa kerana manusia ini hidupnya terbatas. Sejauh mana kita terbang melangit tinggi, sampai waktu saat serta ketika, yang tinggi akan lelah dan ke bawah ke tanah jua.

Kita boleh berbangga dengan apa yang dicapai. Kita boleh tersenyum dengan kejayaan, namun seharus diingatkan bahawa setinggi hebat kita berada, ada yang lebih hebat dari kita. Gah dengan kejayaan biar bertempat. Gah dengan kejayaan biar menginspirasikan. Buat apa meliar dengan kejayaan seketika, kerana nanti kejayaan itu akan jadi satu kenangan terindah dan diperam dalam lipatan sejarah.
Terbang Tunduk Blogger Malaysia
Hebat mana sekalipun Sang Helang, ia akan turun ke tanah jua.

Berjaya boleh, namun elakkan diri dari perkecilkan orang lain. Ada tu, lepas dah naik hebat ke langit, dipandang hujung mata pada orang lain. Apa orang lain buat, semua salah; walhal diri pernah berada di tahap itu satu ketika dulu.

Lihat mereka yang benar-benar telah berjaya. Walaupun mereka sudah jadi jutawan, namun hati dan jiwa tetap merendah. Jasad mereka sudah terbang melangit tapi jiwa mereka masih tunduk pada kekurangan diri yang disembunyi. Mereka sedar, apa yang dicapai adalah merupakan satu kisah dalam sejarah yang kelak bakal dikenang - itupun jika ada yang mengenangkannya.

Video Muzik Fynn Jamal - Terbang Tunduk


Saya pernah ceritakan kehebatan blogger jutawan dunia. Kejayaan mereka diceritakan bukan untuk riak diri, tetapi adalah untuk dijadikan inspirasi pada yang sedang mengorak langkah untuk berjaya, mahu juga terbang tinggi seperti yang lain.
Terbang Tunduk Blogger Malaysia

Terbang tunduklah wahai blogger Malaysia. Andai telah berjaya, bantulah yang lain untuk sama-sama mendongak terbang dan mengapai awan. Serius, adalah lebih seronok berjaya beramai-ramai secara berjemaah, dari terbang tinggi keseorangan dan kesepian.

18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ye satu nasihat dan peringatan yang sangat berguna kepada diriku ini..walau tak tau sejauh mana mampu dicapai lagi namu diri tetap terasa kerdil dan hina...moga Allah merahmati dan memberi barakahNya kepada kita blogger Islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, kita doakan yang terbaik, dan sentiasa ingat bahawa Allah S.W.T sentiasa melihat dan menilai kita.

      Padam
  2. sudah berjaya jangan lupakan kawan2... okey juga kan...

    BalasPadam
  3. blogger tak boleh sesekali meninggi diri kerana sebagai blogger, kita menyampaikan maklumat kepada masyarakat. kalau kita meninggi diri, macam mana masyarakat nak baca apa yang kita tulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Nanti orang kata blogger ni sombong bongkak. Siapa yang suka camni ye tak? Lagikan pemimpin dunia pun jatuh sebb sifat sebegini, apatah lagi kita ni.

      Padam
  4. perkongsian yg sangat baik abang HH... mendalam sangat entry ni..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum hh...menarik n perkongsian yg baik...:)

    BalasPadam
  6. Ramai juga blogger yang berjaya dan humble kan :)

    BalasPadam
  7. Saya sgt suka baca entri2 abg HH..byk memberi semangat & motivasi... benar sekali...kita dah berjaya seharusnye kite bantu yg bawah..bkn membangga diri..

    BalasPadam
  8. jika kita semkain tinggi dan tunduk..rasanya lebih ramai yang akan respek

    BalasPadam
  9. ikut resmi padi..makin tunduk makin berisi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho .. makin tunduk sbb perut makin besoo ;.. haha

      Padam
    2. perut besor susah nak tunduk, duduk tahyat lagi susah.

      Padam
  10. Tq Abg hasrul,,, nasihat dari seorang abg kepada adik hehehe :-)

    BalasPadam
  11. Wah, BlogWalking lagi sob ! Salam lagi dari blogger Indonesia !

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement