As-Salam. Jutawan? Biar betul ... sebenarnya sebagai seorang blogger, anda boleh je mempunyai impian untuk menjadi seorang jutawan internet. Cuma, apa yang perlu anda lakukan adalah mengetahui rahsia untuk menjadi seorang jutawan internet menerusi blog! Tak mustahil kerana telah ada ramai blogger yang menjadi jutawan menerusi blog mereka.

Ya, menjadi jutawan menerusi blog, tentu sungguh awesome bukan? Saya sendiri teruja bila mendapat tahu bahawa impian tersebut boleh terlaksana menerusi blog. Mana tidaknya, kita menjadi jutawan hanya kerana melakukan sesuatu yang disukai, bukan kerana dipaksa atau terpaksa, tetapi kerana inilah minat dan hobi.
OhBlogger Hasrulhassan Rahsia Menjadi Seorang Jutawan Internet Menerusi Blog

Pernah baca entri saya mengenai 10 Blogger Terkenal Jutawan tak? Dalam entri itu dah ada bukti bahawa menerusi blog, seseorang penulis blog boleh berjaya dan menjadi kaya raya hanya kerana mempunyai blog yang mantap.

Rahsia Menjadi Seorang Jutawan Internet Menerusi Blog

Apakah rahsia menjadi seorang jutawan internet menerusi blog? Bagaimanakah menjadi blogger yang berstatus jutawan?
Rahsia Menjadi Seorang Jutawan Internet Menerusi Blog OhBlogger
Rahsianya ialah ....... trafik! Blog anda perlu menjana trafik hebat dan lebat, perlu capai satu tahap yang buatkan orang terbeliak mata. Dan paling penting ia perlu konsisten; bukan turun naik secara mendadak. Anda perlu menjadikan blog anda sebagai sebuah rujukan dalam dunia internet ini. Anda perlu rebut dan dapatkan trafik yang dikehendaki agar blog anda menjadi gah dalam kategorinya.

Trafik ini perlu tidak bermusim, ia perlu sentiasa tinggi dan paling penting, trafik blog tinggi disebabkan satu-satu kategori atau tema atau niche blog anda. Ia mesti menarik perhatian, dan mengujakan setiap kali pengunjung singgah ke blog.

Kombinasi Dalam Blog Seorang Jutawan Internet

Kombinasi yang perlu ada dalam blog untuk menjadi jutawan internet:
  • Blog punyai niche dan dikenali kerana niche tersebut.
  • Sentiasa ada update terkini.
  • Bersifat entri yang kritikal tetapi bernas, original dan berkualiti.
  • Menarik perhatian mata (eye catching).
  • Sarat dengan informasi yang berkaitan.
  • Tinggi trafik.
Kombinasi yang saya berikan ini semuanya akan memberikan trafik yang konsisten; dan untuk perlengkapkan lagi - blog perlu mesra SEO, dan penulis blog perlu lebih kreatif, samada dari segi penyampaian isi kandungan, mahupun menjadikan penampilan blog lebih menarik.

Saya nampak ramai blogger yang telah mula mengorak langkah ke arah menjadi seorang jutawan internet menerusi blog, dengan mengutamakan trafik ke blog menerusi cara-cara yang pernah saya tampilkan dalam entri-entri lepas.

Tak mustahil, kerana kita telah pun digegarkan satu ketika dahulu apabila blogger Redmummy muncul di muka hadapan akhbar utama sebagai antara blogger yang berjaya berpendapatan tinggi hanya menerusi blog!



9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sukmawati binti haron1 Jun 2013 pada 8:42 PG

    Sure teruja kalau blog kita menjadi tarikan dan pilihan pembaca.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum hh....seronoknya bila mendengar bahawa blog pun boleh menjana pendapatan yg lumayan...kena cari apa yang menarik di blog kita kalau kita ingin berjaya jugakan...

    BalasPadam
  3. tiada yang mustahil, yg penting usaha dgn strategi yg betul.

    BalasPadam
  4. Nak hasil mesti ada usaha yang kuat dan luarbiasa -_-

    BalasPadam
  5. Betul, usaha kecil maka hasil juga adalah kecil

    BalasPadam
  6. Benar, sesiapapun boleh berjaya ... sistem yang terbukti berkesan kena jadi sandaran untuk peroleh apa yang diinginkan.

    BalasPadam
  7. satu impian yang agak jauh..namun tidak mustahil jika Allah SWT sudah izinkan.Amin

    BalasPadam
  8. hal ini boleh dicapai bila ada passion, ada continious content, autoriti dan sumber maklumat sahih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement