Saya dah uji blog saya untuk mobile-friendly test, dan hasilnya .... hoho... "Awesome! This page is mobile-friendly." Saya uji bukan sahaja pada page utama blog saya, malah saya juga uji pautan blog untuk entri-entri di dalam blog. Alhamdulillah, hasilnya sama.
Blog Lulus Mobile-Friendly Test
Blog Lulus Ujian Mobile-Friendly Test di Laman Utama

Blog Lulus Ujian Mobile-Friendly Test Kandungan Blog

Anda dah uji ke blog anda? Anda patut berbuat sesuatu supaya blog anda bukan sahaja boleh dibuka di desktop komputer biasa, tetapi perlu mesra pengunjung dan pembaca di peranti mudah alih seperti tablet, telefon bimbit dan telefon pintar. Agak rugilah jika blog anda bermasalah untuk dibuka di peranti seumpama itu. Almaklumlah, sekarang ramai yang sudah ada telefon canggih, boleh beli guna duit BR1M la katakan .. hoho ...
Anda boleh uji samada blog anda mesra peranti mudah-alih di sini - Uji Blog - Mobile-Friednly Test
Pihak Google telah mula menitik-beratkan laman web termasuk blog untuk serasi peranti mudah alih, dan mereka telah pun menyediakan dokumentasi lengkap mengenainya. Nampak ia akan beri impak signifikan untuk masa depan. Anda boleh lihat betapa seriusnya Google mahukan anda mempunyai blog yang lulus mobile-friendly test. Boleh baca di sini - Webmaster's Mobile Guide
Bagi blogspot, sudah ada option atau pilihan untuk jadikan blog anda mesra mobile. Anda boleh sahaja dengan mudah melakukannya di dashboard blogspot anda. Anda hanya perlu pergi ke bahagian template blogspot anda dan pilih pilihan seperti di bawah ini. Blog anda akan secara automatik dibuka dalam versi mobile - http://BLOG-ANDA.blogspot.com/?m=1 apabila pengunjung menggunakan peranti mudah alih.

- Cari, muat turun dan gunakan template tersedia yang sudah dioptimasikan sebagai responsif. Anda boleh gunakan dua template responsif yang mesra SEO yang pernah saya kongsikan. Ia memang template terbaik.
- Bagi template biasa atau sedia ada, boleh cuba cara meletakkan kod HTML responsif dalam HTML template blogspot anda.

Bouce rate tinggi menujukkan blog kurang kecekapan, dan membuktikan blog anda kurang menarik dibaca keseluruhannya, secara teknikalnya.
Bagi blog-blog lain yang mahu menjadikan blog lulus mobile-friendly test, boleh rujuk dokumentasi yang disediakan oleh Google Developer di sini - How do I make my site mobile friendly?
Seriusnya Google menampilkan atau berikan 'kredit' pada blog yang mesra peranti ini, ia akan berikan label mobile-friendly di enjin carian Google versi mobile pada blog berkenaan, seperti dipaparkan di blog ini - http://goo.gl/FvZvLG. Blog-blog atau laman web yang mesra mobile pasti akan jadi pilihan mereka yang gunakan tablet, telefon pintar dan telefon bimbit. Ia bukan sahaja akan beri impak dari segi trafik, tapi ia akan tingkatkan peluang untuk blogger buat duit online
Blog yang lulus mobile-friendly test pasti akan jadi pilihan untuk pengiklan, kerana zaman sekarang, pengiklanan online sudah menjadi pilihan utama kerana ianya murah dan bersifat antarabangsa. Dengan kos kecil mengiklan di blog-blog yang mesra SEO dan mesra peranti mudah-alih, ia pasti akan beri impak jangka panjang dan jangka pendek yang memuaskan.

yeaahh.... blog saya mobile friendly.... tq HH bagi tips yg menarik nih....!!
BalasPadamMain klik-klik jadi mudah mesra mobile. :) Tidak dinafikan faktor trafik mengunakan Smartphone dan Tablet.
BalasPadamUntung blogspot ni .. main klik klik je .. hoho tapi nak lagi best kenalah ada template yang responsif.
PadamYeayy...blog SA mesra Mobile....thanks HH...
BalasPadamAwesome! This page is mobile-friendly.. :)
BalasPadamDah try..result Awesome jugak..hehehe..=D
BalasPadamAlhamdulillah..blog saya mobile friendly :)
BalasPadamBagaimana untuk kekalkan iklan dalam versi mobile?
BalasPadamCari template yang responsif, kan saya ada bagitahu kat atas tu .. :)
Padamsaya dah test..
BalasPadamLulus dengan ohsem..
Nampak gaya banyak benda perlu diperbaiki.. tHAXS hH
BalasPadamsekarang sudah ramai guna hp untuk online, blog mesti kena mesra hp juga
BalasPadamBetul tu. Malanglah bila blog buka di tablet dan telefon nampak berterabur.
Padamentri yang menarik.. Semangat cheak tadi. Alhamdulillah blog Cik Candy mesra mobile (=
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.