Mak aih, panjangnya tajuk entri saya kali ini. Tajuk panjang penting juga supaya orang akan faham sekilas apa yang mahu saya cerita. Kali ini saya nak berikan pendapat sekupang dua saya mengenai Kelab Blogger Ben Ashaari yang sudah maju setapak ke hadapan dengan mempunyai kerjasama khidmat peguam!

Perghh. Saya sebenarnya dah mula agak-agak yang Kelab Blogger Ben Ashaari akan gunakan khidmat peguam, apatah lagi ura-ura perkara itu jadi kenyataan dah lama saya nampak di status blogger terkenal Ben Ashaari.

Apa Kata Saya Bila KBBA Ada Khidmat Peguam?

Saya nak beri dua ulasan, satu impak negatif yang saya nampak, dan satu lagi impak positif.

Tapi sebelum bercerita lebih, saya lebih suka mengucapkan syabas dan tahniah pada Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yang semakin hari semakin gah di dalam dunia blog Malaysia. Ramai dah pengikut kelab ni, sana sini saya nampak banner kelab ini terpangpang dalam blog rakan-rakan blogger. Pengaruh KBBA memang saya tidak nafikan. Ni kalau berkempen masuk pilihanraya, boleh buat satu parti ni .. hehehe...

Ok, jom berbalik pada topik yang panjang berjela saya tulis tu. KBBA ada khidmat peguam, apa kata saya?

Mari lihat kesan negatifnya, sebab orang suka baca negatifnya dulu... kan kan?

Idea Terbatas Kerana Peraturan

Dari satu sudut, saya melihat apabila sudah ada peguam yang membelakangi blogger, maka penulisan di blog pun jadi terbatas. Jujur saya cakap, bila sebut peguam, saya akan ingat undang-undang dan peraturan. Bila ada benda tu, ini bermakna ada syarat dan terma, ada batasan yang perlu diingat selalu ketika menulis. Jika sebelum ini, kita boleh ucapkan maaf dan padam entri atas sebab kesilapan; nanti bila sudah ada peguam, mungkin situasi berbeza berlaku.

Blogger pun jadi takut-takut nak menulis, baik yang berada di dalam KBBA itu sendiri mahupun di luar. Idea dibatasi bahawa seandainya silap menulis, akibat buruk akan berlaku.

Dalam dunia blog, ada bermacam-macam bentuk penulisan. Ada perkongsian ilmu, tips dan panduan, macam yang saya tulis dalam blog ini. Ada juga blog informasi, ada blog gossip, ada blog penceritaan, ada blog travel, ada blog makan-makan. Semua bentuk penulisan ini ada cara dan teknik penyampaiannya.

Contohnya sebuah blog yang paparkan kisah atau fakta mengenai manusia berkepala dua yang wujud sekian-sekian tahun. Blogger itu menulis dan berkongsi fakta itu kerana baru diketahuinya, walhal sebelum itu ada blogger lain yang pernah menulis. Nak tak nak kena gunakan gambar dan info fakta yang sama. Isu copyright mungkin timbul, tapi dari sumber mana nak dihalanya?

Sudut Positif

Dari sudut positifnya pula ...

Setidak-tidaknya blogger yang jitu hasil karyanya akan rasa dipelihara dan dilindungi. Walaupun kerjaya sebagai blogger belum lagi diiktiraf sepenuhnya oleh mana-mana badan di Malaysia namun dari satu sudut, blogger ada peranan penting dalam penyebaran maklumat, informasi, pengetahuan dan ilmu.

Mungkin dengan adanya khidmat peguam ini, blogger-blogger akan belajar cara nak menulis dengan betul dan baik, tahu mana yang salah, tahu mana yang betul; bukan main semborono menulis tanpa fikirkan akibat.

Mungkin adanya khidmat blogger boleh bantu blogger untuk pertahankan hak yang benar seperti mana pernah berlaku pada blogger ini - Kolej Swasta Mahu Saman Blogger RM1 Juta

Mungkin adanya khidmat blogger boleh bantu blogger kreatif seperti Mat Gebu, pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan melindungi hasil seni masakannya dari digunapakai tanpa kebenaran oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Juga boleh jaga blogger dari ditipu syarikat pengiklanan dan sebagainya.

Peraturan Jadikan Blogger Lebih Berdisplin

Dah lama sangat blogger menulis ikut rasa tanpa guna akal, jadi bila ada peraturan tertentu, setidaknya blogger tidak suka-suka nak ambik karya dan hasil penulisan orang lain tanpa persetujuan, tanpa syarat. Blogger harus belajar untuk hargai usaha orang lain, dan tahu untuk berikan terima kasih di dalam setiap penulisan mereka yang dirujuk (backlinks).

Apatah lagi seandainya penulisan itu memberikan keuntungan sebelah pihak, walhal usaha jerih payah itu dibuat oleh blogger lain.

Ya, mungkin ada kata, blogger bukanlah wartawan. Ada kata hasil penulisan blogger bukan satu penulisan yang punyai 'isi'. Banyak propa, banyak cakap main suka. Blogger lahir bukan dari segulung diploma atau ijazah yang ada tulis 'Diploma in Blogging' atau 'Bachelor Degree of Blogging' ... hoho ...

Hmm ... apapun pendapat, setiap benda baru perlu diperhalusi sepertimana KBBA yang ada khidmat peguam ini. Benda baru bagi saya, dan saya fikir ia juga perkara sama untuk blogger lain.

Bila sudah ada satu macam peraturan ini, maka blogger-blogger Malaysia haruslah bertransformasi ke arah itu juga. Kena belajar cara untuk berinteraksi dengan pengiklan, tahu untuk buat invois sendiri, tahu untuk menulis penafian (disclaimer), tahu untuk meletakkan backlinks dan juga parap (initial) untuk satu-satu kenyataan fakta dalam entri. 

Perlu Diperhalusi oleh KBBA

Saya percaya Ben Ashaari selaku teraju utama ada misi dan visinya yang jelas dalam KBBA, dan menerima pelawaan peguam untuk menjadi sebahagian KBBA mungkin ada asas dan perinciannya. Jadi, saya nak kata lebih pun tak boleh memandangkan saya orang luar dalam KBBA dan saya tidak tahu apakah skop perbincangan, kerjasama, khidmat peguam di dalam KBBA ini.

"Peguam KBBA untuk lindungi soal Copyright, tidak kacau apa blogger nak tulis" - Ben Ashaari

Apa yang boleh saya katakan, adakala sesuatu yang baru kita takkan tahu buruk dan baiknya jika tiada yang mulakan langkah ke arah itu. Seperti mana ilmu dan pengetahuan, anda tidak akan tahu ia benar selagi tidak praktikkan.

All the best buat KBBA, dan sekali lagi saya mohon agar diperhalusi perkara ini, jangan sampai blogger seperti saya jadi tak syok lagi untuk berblog - hanya kerana sudah ada mata yang tajam memerhati setiap langkah dan kata.

24 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Fuhh....boleh pula ya pakai khidmat peguan untuk blogger-blogger ni...hoho...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum brader HH.Saya menyetujui impak positif dan negatif yg diulas oleh brader HH mengenai hal peguam dan blogger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tulis apa yang saya boleh fikir ... :) benda baru .. jadi adakala tulisan dan penerangan tak jelas mana, hanya orang yang berada di belakang KBBA je tahu, tapi saya suka mengulas supaya tak jadi blogger yang hanya angguk dan terima.

      Padam
  3. Isu perundangan ini yang ramai yang tak tahu sangat.. (termasuk saya). Biasanya blogger terlibat dalam masalah ini disebabkan:

    1. Menulis tanpa fakta dan bukti yang jelas.
    2. Menulis tentang khabar angin.
    3. Menghina tokoh atau institusi tertentu
    4. Fitnah
    5. Hakcipta

    Ini adalah penyebab blogger boleh disaman atau dikenakan tindakan undang-undang. Jadi kena beringat la juga agar tidak menyebabkan impkasi pada masa hadapan.

    BalasPadam
  4. Setuju dengan apa yang diulas oleh HH..

    BalasPadam
  5. semua perkara ada baik & buruk.. bagi saya.. saya tak rasa benda tu ganggu penulisan di blog saya. Pada blogger lain yang suka buat kerja senang jer maybe satu ancaman la.. dalam hidup ni kita suap makanan pun ada risiko apatah lagi kita tulis blog.. so, pandai2 la nak protect diri sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe syok je baca perumpamaan makan tu. Betullah tu .. leh tercekik mati dibuatnya.

      Padam
  6. setiap perkara ada buruk dan baiknya tapi saya takut juga sebab nanti akan berlaku penghadan dalam penulisan lebih lebih lagi blogger isu semasa dan separa politik macam saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tengok bagaimana, tapi usah risau, rasanya Ben takkan la nak buat gitu pada blogger. Tentu ada kelebihan bila sudah ada peguam yang berdiri di belakang blogger Malaysia.

      Padam
  7. hmm.. guna khidmat peguam; ada pro dan kontra... kontra yang paling parah dalam bab guna peguam adalah details, mmg kena details dan kena patuh kalau dah libat kan peguam.. ya, mmg nak lindungi hak milik tapi tak semudah yg disangka nak laksanakan dan belom tau sejauh mana hak milik dpt dilindungi..

    BalasPadam
  8. whoaaaaaaa takut tuuu...tapi memang ada pro and cons bila pakai peguam. cayalah kbba!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha ini bagus, saya sokong je jika beri kebaikan untuk blogger Malaysia. Saya pasti benda ni pun memang ke arah kebaikan.

      Padam
  9. kadang-kadang malas nak ambil bahagian dalam kes ni.

    kita memang seronok menulis entri tapi kalau nak ikut peraturan ikut kepala dia, tu dah melebih-lebih.

    jangan jadi kawan kalau nak lawan.

    BalasPadam
  10. ermmmm....tak tahu perkara sebenar lagikan apa yg nak di buat peguam tu kenapa cepat sgt assume...ermmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan assume .. cuba beri pandangan sebelum langkah lebih jauh. Salah ke beri pandangan? Saya bukan nak tegah pun, kan pendapat tu .. terbuka je pun.

      Padam
  11. Setuju dengan HH, harus diperhalusi lagi perkara ini untuk kebaikkan blogger.

    BalasPadam
  12. Part artikel dilindungi tu saya amat setuju :D tak ada bila kita penat-penat menulis, ada orang dengan sesenang hati cilok artikel kita tu

    BalasPadam
  13. Sebagai blogger perundangan dan peguam jenayah dan sivil, banyak juga nasihat diberikan kepada blogger. Kekadang pengetahuan perundangan perlu kepada blogger sudut penulisan agar tidak mendatangkan masalah kepada mana-mana pihak baik dari sudut penulisan tertentu. - www.hishamnazir.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement