Kolej Swasta Mahu Saman Blogger RM1 Juta

Isu hangat dunia blog Malaysia - Salah sebuah kolej swasta mahu saman blogger sehingga RM1 Juta! Ramai juga blogger berpengaruh berbicara soal ini, masing-masing sudah meluahkan pendapat berdasarkan pengalaman mereka. Atas dasar simpati dengan apa yang berlaku pada blogger tersebut, ramai blogger tampil memberikan sokongan, malah ada yang sudah selangkah ke hadapan dengan berhubung dengan pihak-pihak tertentu bagi membantu blogger tersebut.
Kolej Swasta Mahu Saman Blogger RM1 Juta

Kolej Swasta Mahu Saman Blogger RM1 Juta

Kolej swasta mahu saman blogger tersebut sebanyak RM1 juta gara-gara satu artikel yang menjadi top di enjin carian Google. Artikel itu telah didakwa memberikan impak dan kesan negatif kepada kolej berkenaan. Ia menjadi perbincangan dan isu hangat sehingga ramai pengunjung blog tersebut telah memberikan input-input dan fakta berdasarkan pengalaman mereka berkaitan kolej tersebut.

Kandungan Entri Blogger Luah Ketidakpuashatian

Untuk info, entri tersebut telah ditulis dan diterbitkan pada tahun 2012. Ia merupakan luahan peribadi pengalaman penulis dan adiknya berkenaan kolej tersebut. Jika disemak dan dibaca, didapati entri tersebut tidak merujuk pun pada kolej tersebut tetapi lebih kepada agen pencari pelajar untuk memasuki kolej tersebut.

Entri tersebut juga menjadi antara perbincangan hangat di group-group blogger di Facebook. Ramai yang meluahkan simpati. Ramai juga memberikan jalan penyelesaian.

Ada Ambil Kesempatan

Bagi mengelakkan keadaan dan situasi lebih keruh berlaku, penulis blog tersebut telahpun memadamkan blogpost tersebut. Bukan disebabkan blogger tersebut takut atas ugutan, tetapi berasakan isu ini boleh ditanggani dengan lebih baik. Yang nyata, penulisan blogger tersebut di tahun 2012 telahpun membuka mata ramai pihak bahawa terdapatnya ketirisan dalam persekitaran pendidikan swasta di Malaysia. Ia bukti terdapat golongan yang cuba mengambil kesempatan atas ketidakupayaan mereka yang mahu mendapatkan tempat di institusi pendidikan tinggi di Malaysia.
Kolej Swasta Mahu Saman Blogger RM1 Juta

Pendapat saya mengenai tindakan kolej swasta tersebut yang mahu mengenakan tindakan saman ke atas blogger tersebut - ia agak keterlaluan, apatah lagi cara dan kaedah mereka gunakan untuk berhubung itu lebih kepada berbentuk ugutan. Ugutan menunjukkan anda bersalah!

Adalah lebih baik melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak jangkapanjang yang baik bagi melenyapkan calar balar reputasi yang telah terjadi.

Bukankah lebih baik seandainya pihak kolej tersebut bekerjasama dengan blogger tersebut untuk mengambil tindakan pada agen yang telah membuat onar sehingga terbitnya entri berkenaan? Pihak kolej perlu mencari punca sebenar dan bukan menjatuhkan hukum bahawa penulis cuba memburukkan imej kolej. Walhal yang memburukkan imej kolej tersebut ialah lelaki yang hanya dikenali sebagai Encik Z yang merupakan agen pengambilan pelajar di dalam entri tersebut.

Blogpost Telah Dipadam Tetapi Ianya Telah Terkesan di Ingatan

Blogpost dari penulis asal cerita telahpun dipadamkan, tetapi anda boleh merujuk sebuah entri yang telah disediakan oleh blogger +Azri Johan yang mengupas permasalahan ini dengan cukup baik sekali.

Anda boleh baca di sini - Kolej XXX Ugut Saman Blogger RM1Juta

Anda juga boleh membaca beberapa blogpost yang ditulis oleh beberapa blogger berpengaruh berkaitan isu ini.


Jika benarlah kolej swasta berkenaan rasa terkesan dengan apa yang telah ditulis, tak perlu nak saman sampai RM1 juta, RM 1 pun dah cukup bagi membuktikan bahawa segala apa yang ditulis itu adalah tidak benar - iaitu mencalar reputasi kolej tersebut. Itupun jika benar kolej itu bertindak semata mahu menidakkan apa yang berlaku bukan disebabkan oleh mereka.

Ingat blogger Malaysia ni kaya sangat ke nak disaman sampai banyak begitu?

Entri tersebut telahpun dipadamkan. Saya harap isu ini selesai.

Namun, harus diingat, walaupun entri telah dipadam, nama kolej tersebut dan tindakan mengugut blogger Malaysia sebegitu akan diingati sampai bila-bila. Dan percayalah, seandainya kolej tersebut di masa akan datang masih lagi tidak memperbaiki kelemahan yang ada, dan kejadian serupa masih lagi berlaku dan melibatkan seorang yang ada blog ... aha ... lu fikirlah sendiri ....

Akhir sekali, jangan ingat pihak itu sahaja boleh buat laporan itu dan ini dan menyaman sehingga RM1 juta; orang lain pun boleh buat jika bukti cukup untuk berbuat demikian.

Pasti, nama kolej ini di masa akan datang akan menjadi perhatian seluruh warga blogger Malaysia.






{ 23 comments.. read them below or add one }

Sukma Haron Sukma Haron March 17, 2014
Pihak kolej sepatutnya mencari jalan penyelesaian yg lebih produktif dan komprehensif bukannya pasif....
Azri Johan Azri Johan March 17, 2014
Kecewa juga dengan tindakan kolej tersebut tetapi tak pasti memang official atau agen yang menyamar sahaja
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid March 17, 2014
semoga perbincangan secara diplomatik dapat dilaksanakan...
Ezad Skytech Ezad Skytech March 17, 2014
pihak pengurusan kolej ni nampak tak profesional...senang je nak saman orang...bila baca blogpost asal...blogger tersebut cuma tak berpuas hati dengan cara En. Z tu...luahan...
jaakechik jaakechik March 17, 2014
Entry kedua terbaik bagi saya dlm kupasan isu saman 1 juta ini.... selepas entry kupasan dari azri johan... terima kasih tuan hasrul hassan.... terharu pulak saya...

Peristiwa ni membuatkan saya lebih berhati-hati dalam menulis entry... dan semoga orang lain yg mengetahui kisah ni akan ingt akan perihal kolej tu...

Semoga selepas ni semua org berhati-hati... kesian kat student kalau diorang masih amalkan budaya PA yg tamak dan kurang sopan tuu...
KHAIRUL AMRAN KHAIRUL AMRAN March 17, 2014
Padam bukan bermakna mengalah. Takpelah, dalam carian masih berlegar-legar cerita itu. Dibawa dari mulut ke mulut. Entah berapa generasi akan dibawa.. yang pasti, bawaan dari mulut ke mulut pasti lebih power.
KiD KiD March 17, 2014
cayalah!!! jom kita pi kolej lain...
iLuvTour iLuvTour March 17, 2014
tu menampakan kolej tu tak professional dalam bab pengurusan. kalau semua kes nak dibuat ugutan mmg tak aman la malaysia ni
Myra Jay Myra Jay March 18, 2014
Kupasan yang baik dan jelas..
harap pihak kolej xxx dpt mmperbaiki kelemahan dalam sistem pengurusan/ambilan pelajar di situ
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 18, 2014
Pi Kolej Denaihati ... :)
Nadia Johari Nadia Johari March 18, 2014
bukan salah kolej itu tapi salah ajen itu..sepatutnyer kolej berkenaan meminta maaf atas kelakuan ajen tersebut..
hazman fadzil hazman fadzil March 18, 2014
Secara tidak langsung ia berikan suatu topik / isu yang berguna kepada mengenai pengaruh penulisan seorang blogger
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim March 18, 2014
Mungkin sebagai satu peringatan bila menulis blog.
Carlos Santiago Carlos Santiago March 18, 2014
perggghhhh... panas terus....


HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 18, 2014
Betul tu .. nampak sudah ada kekuatan pada blogger apabila menulis sesuatu ....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 18, 2014
Terima kasih Jaakecik ..:) semoga selepas ini menyedarkan blogger cara terbaik untuk menulis sesuatu berkaitan isu panas.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 18, 2014
Itula pasal, sepatutnya pendekatan lebih pro dibuat oleh kolej dan bukan dgn cara pintas nak saman blogger utk tutup kekurangan kolej.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 18, 2014
Betul tu. Ia pasti akan diingati ... apatah lagi apabila ia mengaitkan saman ...
Hariz Hariz March 19, 2014
Aku rasa semuanya dah okay ni.

Ikhlas,
profhariz.com
MissNadia MissNadia March 19, 2014
Kesiannya.. Sepatutnya kena perbaikkan apa yang tak baik.. Tak perlualah saman-saman.. Takder hati perut langsung
Eshamz Halim Eshamz Halim March 19, 2014
Ni yang risau ni...kalau salah cerita kang..alih2 ada pihak lain yg nak saman menyaman kang...
sabree hussin sabree hussin November 04, 2014
Mana r nak cari duit sampai satu juta tu... giler r

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.