Agak lama juga saya tidak lihat update terkini rank Alexa blog. Bila periksa, ketika entri ini ditulis (20 Oktober 2014), kedudukan Alexa di Malaysia bagi blog ini sedang berada di kedudukan 137. Dan kedudukan rank Alexa dunia berada pada kedudukan 27,782 . Nampaknya masih lagi bertahan bawah 30,000 walaupun trafik blog kini turun naik ibarat pasaran saham dan harga emas.

Saya nampak kedudukan rank Alexa sedikit terjejas bila saya keluarkan widget Alexa daripada blog. Memang sengaja saya keluarkan widget tersebut memandangkan saya mahu kurangkan script di dalam blog. Script daripada pautan luar sering kali ganggu kelancaran loading blog. Perkara ni saya dah beberapa kali sebut di dalam tips blogging blogspot yang saya kongsikan.

Kedudukan Rank Alexa 137 Malaysia 27782 Dunia

Rank Alexa Blog HASRULHASSAN.COM

Nasib baiklah saya rajin nak godek kod HTML blog ini. Saya suka eksperimentasi dengan sesuatu kod, terutama yang berkaitan dengan teknik SEO dan kebolehan blog untuk berada di SERP.

Apa itu SERP? Bukan Serbia ehh .. tapi Search Engine Result Page atau dengan bahasa mudahnya laman keputusan enjin carian. Laman keputusan enjin carian ini adalah laman yang memaparkan link-link, pautan, blog, laman web yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari menerusi kekotak enjin carian; dalam hal ini selalu merujuk kepada Google.com atau Google.com.my.

Rank Alexa memang senang berubah. Hari ini boleh berada di kedudukan 137 untuk Malaysia, esok lusa mungkin 140 ... mungkin juga 120. Ia perkara normal. Kedudukan ini akan berubah dengan berubahnya kadar trafik yang masuk ke blog. Kedudukan Alexa secara amnya tidaklah berkait dengan Google Pagerank (PR) sebab PR adalah berkaitan kualiti, walhal Alexa lebih kepada trafik yang dijana oleh sesebuah blog.
Rank Alexa Blog HASRULHASSAN.COM

Ramai blogger yang terkeliru dengan Alexa dengan PR ini. Biasalah tu, saya dulu pun keliru juga. Tapi disebabkan saya ada rasa ingin tahu, saya selidik dan cari apakah bendanya tu, dan saya sedikit sebanyak dapat juga faham walaupun otak dah mula berkarat dek usia yang semakin meningkat dewasa .. hoho .. :P.

Trafik mudah nak dapat, tapi untuk mendapatkan iktiraf blog yang ada kandungan berkualiti amat sukar. Contohnya, blog ini sejak dua tahun ini kekal letak pada PR3. Tak merasa berada di PR2, blog ini alhamdulillah berjaya melonjak dari PR1 terus naik ke PR3. Ramai pakar blog kata, nak dapat PR3 ini mudah tetapi nak naik menjadi PR4, PR5 dan seterusnya amat payah sekali. Jika anda nak semak Google Pagerank blog sendiri, boleh lakukan di sini - My Pagerank

Tips Naikkan PR Blog

Salah satu tips untuk naikkan kedudukan PR ialah dengan komentar pada blog-blog yang ada PR lebih baik.

Nak dapat PR tinggi paling tidak mesti ada pautan berkualiti dari blog-blog dan laman web yang ada PR tinggi, selalunya blog-blog dan laman web yang ada autoriti tinggi seperti laman web .edu atau .gov.

Hoho .. janganlah pening kepala ehh, saya cuba nak bagi sedikit pengenalan tentang Google Pagerank (PR). Nak cerita lanjut, rasanya anda patut gunakan kotak carian yang ada di dalam blog ni. In Sha Allah, anda akan jumpa beberapa perkongsian saya mengenai perkara tu.

Alhamdulillah, rank Alexa berada di kedudukan 137. Banyak trafik dijana bulan ini adalah sumbangan rakan blogger, terutama dari blog ini - http://ow.ly/CZILD yang cecah puluhan ribu dalam bulan ni. Biasalah, blog ada pengaruh dan ramai pengikut serta pembaca, sekali dia petik nama blog seseorang, boleh buat mata terjojol keluar melihat detik pageviews ligat bertukar.

Blog ini juga banyak dapat trafik dari blog mamat ni - http://ow.ly/CZIVY

Tak lupa pada rakan-rakan blogger lain yang telah memberikan support kepada blog ini untuk terus terusan berkongsikan sesuatu yang boleh dijadikan rujukan blogger Malaysia. Sekali lagi terima kasih.

Oh ya, jikalau sudi mohon klik LIKE dan G+ untuk entri ini - http://goo.gl/Ey62Vi sebab ada kontes berlangsung. Jasa baik anda, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dari hati.

16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Keciknya nombor Alexa.. jeles tengoknye... Hehe..
    Semoga lebih sukses & dapat tolong orang banyak-banyak lagi bro HH! :)

    BalasPadam
  2. untungla blog abg kita mkin femes kan

    BalasPadam
  3. Entah bila google pagerank terbaru kan..

    BalasPadam
  4. Wow!!hebatlah bro HH.. Leya masih jauh lg utk disamakan spt HH..ape2 pun segala tips dlm ni leya seronok baca & ikut.. terima kasih bro HH.. Jasamu amat dikenang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana kesudian membaca blog saya yang tidak seberapa ini.

      Padam
  5. Alhamdulillah...tahniah...semoga terus sukses...^_^

    BalasPadam
  6. Awesome stuff... thanks for sharing.....

    BalasPadam
  7. Tak mampu dah nak beri komitmen utk perbaiki AR ni... Dapat update entri pun dah cukup baik sekarang ni. Tahniah HH... Masih antara yg terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, berikan masa untuk diri. Blog bukan satu-satunya benda yang dikejarkan.

      Padam
  8. wahh hebat.. bukan senang nak maintain tu.. tahniah HH

    BalasPadam
  9. pasti bukan mudah nak berada dalam kedudukan sekarang ni

    BalasPadam
  10. tahniah HH. Hebat! Teruskan ke puncak :)
    akan saya susuli nanti 10 tahun lg ke 20 tahun lg. hikhik

    BalasPadam
  11. Bagusnya ranking tahap ratus je. Tahniah!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement