Cara Nak Dapat Tender Kerajaan

Cara Nak Dapat Tender Kerajaan. Memang impian setiap usahawan untuk dapatkan tender daripada kerajaan, tetapi tidak tahu cara bagaimana nak melakukannya. Ramai usahawan masih lagi tak mahir mengenai sistem e-perolehan atau e-bidding. Untuk itu, saya nak kongsikan cara nak dapat tender kerajaan khas boleh diikuti oleh para usahawan, termasuk kontraktor, pembekal atau sesiapa sahaja yang mahu menang dan dapat tender daripada kontrak kerajaan.

Setiap tahun, malah setiap bulan ada sahaja tender-tender baru yang dibuka oleh kebanyakan agensi kerajaan. Bukan itu sahaja, agensi-agensi separa kerajaan termasuk agensi di bawah kerajaan negeri juga mempunyai penawaran tender-tender khas untuk usahawan, kontraktor dan pembekal.

Namun, agak malang sekali banyak yang memohon tidak berjaya, dan gagal dalam mendapatkan tender-tender tersebut. Yang selalu dapat pula, adalah dari kontraktor, usahawan, syarikat dan pembekal yang sama sahaja. Apa kelebihan mereka? Bagaimana mereka ini boleh menang tender?

Cara Nak Dapat Tender Kerajaan

Cara Nak Dapat Tender Kerajaan
Ramai kata jika nak menang tender kerajaan, mesti berikan suapan .. atau dengan kata halus, hulur bawah meja ... Masya Allah, ini bukan cara yang betul. Jangan sesekali melakukan hal yang demikian. Ini dinamakan rasuah, dan perkara rasuah adalah sesuatu yang merosakkan.

Say NO To Rasuah

Jika nak menang tender kerajaan, sila lakukan dengan betul dan tertib. Ramai yang guna jalan salah adalah sebab mereka ini daif dengan ilmu. Tak cukup pengetahuan, terus mahu dapatkan tender kerajaan. Bila tak cukup ilmu, maka guna cara dan jalan yang salah.

Ilmu Usahawan, Ilmu E-Perolehan, Ilmu Menang Tender

Untuk usahawan atau yang mahu bergelar usahawan, anda perlu tahu bab-bab penting dalam perniagaan, antaranya bagaimana nak buka perniagaan sendiri, bagaimana nak merancang, apa yang perlu dibuat sebelum memulakan perniagaan, bagaimana nak dapatkan pembiayaan dan seterusnya berurusniaga dengan kerajaan. Apa peluang perniagaan yang ada untuk usahawan yang disediakan oleh kerajaan? Bab ini adalah bab asas supaya anda mudah nak dapat tender kerajaan.
Cara Nak Dapat dan Menang Tender Kerajaan
Salah satu perkara penting untuk dapatkan tender kerajaan ialah perniagaan mestilah berdaftar. Ada banyak cabang pendaftaran tertentu bagi usahawan, kontraktor serta pembekal yang perlu tahu, dan perlu dipohon. Bukan setakat membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tetapi juga perlu tahu dan daftar untuk pusat khidmat kontraktor (bagi kontraktor), pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri (kontraktor dan pembekal) dan sebagainya. Ini termasuklah pendaftaran dengan e-perolehan atau e-bidding.
Cara Nak Dapat dan Menang Tender Kerajaan
Di Malaysia, ada kuota tertentu untuk usahawan serta kontraktor bumiputera. Ramai usahawan yang sering terlepas peluang hanya kerana mereka tidak tahu cara nak dapatkan keutamaan ini. Ada beberapa aspek penting untuk sesebuah syarikat, usahawan, kontraktor serta pembekal bagi peroleh tender kerajaan mengikut kuota ini.

Nampak macam sukar dan susah je kan nak dapat dan menang tender kerajaan.

Panduan Khas Dapat dan Menang Tender Kerajaan

Jangan risau. Apa yang saya ceritakan dari mula hingga saat ini anda boleh faham dengan mudah serta terperinci jika anda dapatkan Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Ia merupakan satu panduan serba lengkap, dari A ke Z, step-by-step langkah jaya untuk mana-mana mereka yang mahu berjaya mendapatkan tender dan menang dalam e-perolehan atau e-bidding.

Ramai usahawan yang dapat kontrak tender kerajaan bernilai ratus ribu malah ada cecah angka juta yang ikut cara sah dan halal ini. Tidak perlu nak hulur bawah meja, bawah kerusi. Kena percaya rezeki itu hadir dari Allah S.W.T; dan in Sha Allah, dengan ilmu dan panduan yang diberikan ini, dapat membantu untuk ketahui selok-belok mendapatkan tender kerajaan dengan cara mulia lagi terhormat.

Buang jauh-jauh persepsi nak dapatkan tender kerajaan perlu buat kerja rasuah. Tidak. Ia tidak betul. Seandainya anda orang yang mahu berjaya, ikutilah panduan yang diberikan ini. Jangan risau, ia ditulis oleh orang yang benar-benar ada pengalaman dapatkan tender kerajaan ni .... bukan panduan kosong yang semata-mata nak ragut duit pelaburan anda.
Cara Nak Dapat Tender Kerajaan
Satu panduan yang berikan cara nak dapat dan menang tender kerajaan. Cara nak berjaya dalam e-bidding. Cara nak dapat kontrak menerusi e-perolehan. Ia mesti dimiliki bukan sahaja yang nak dapat tender kerajaan, tetapi semua usahawan yang mahu berjaya dan perluaskan perniagaan.

Nak menang dan dapat tender kerajaan, maka rujuklah Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan ini!

3 comments.. read them below or add one

Nadri Mohd Nadri Mohd February 12, 2015
Rasa mcm nak berhenti kerja dan jadi kontraktor..
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah December 30, 2015
Bagus rujukan macam ni. Kena ambil peluang jika nak belajar dapat tender kerajaan ni.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.