Ada blogger bertanya kepada saya, bagaimana nak tutup akaun Paypal? Ok, buat yang belum mengetahui, anda boleh buka akaun Paypal secara percuma, ia adalah satu kemudahan samada untuk anda terima bayaran atau membuat pembayaran. Paypal membolehkan anda membayar sesuatu secara online menggunakan kad kredit, dan ia juga ada kemudahan untuk orang memasukkan wang ke akaun Paypal anda.

Dalam bab menerima bayaran, anda ada dua pilihan membuka akaun Paypal ini, iaitu membuka akaun individu dan satu lagi membuat akaun untuk perniagaan. Saya sering syorkan kepada mana-mana peniaga dan usahawan online untuk buka akaun Paypal - akaun perniagaan. Kepentingannya ialah supaya anda boleh terima pembayaran secara selamat menerusi kad kredit dari serata dunia!

Kadangkala ada yang tersilap membuka akaun Paypal. Cadang awalnya nak buka akaun persendirian, tetapi tersilap buka akaun untuk perniagaan. Jadi, bagaimana nak tutup akaun yang tersilap buat tu? In Sha Allah, saya akan ceritakan langkah demi langkah untuk tutup atau padam akaun Paypal yang telah didaftarkan.

Langkah Demi Langkah Cara Tutup Akaun Paypal

Cara Tutup Akaun Paypal
Pertama sekali, anda perlu login ke akaun Paypal anda. Masukkan alamat email serta password. Klik butang login yang tersedia.
Cara Tutup Akaun Paypal
Langkah kedua ialah memeriksa samada ada akaun anda mempunyai sebarang transaksi tertangguh, samada terima bayaran atau buat bayaran. Penting bagi memastikan akaun anda bebas daripada sebarang transaksi aktif. Jika ada, anda perlu tunggu sehingga transaksi itu selesai. Jika tidak, anda akan hadapi kesukaran untuk tutup akaun Paypal anda. Anda perlu klik view all my transaction untuk melihat sebarang urusniaga aktif.
Cara Tutup Akaun Paypal
Pastikan tiada baki wang di dalam akaun Paypal anda. Takkan anda nak tutup akaun tanpa keluarkan duit yang ada dalam akaun, ye tak? Jika ada, request untuk dikeluarkan baki wang yang ada di dalam akaun. Perlu diingatkan, untuk pengeluaran ada terma dan syarat perlu dipatuhi. Klik withdrawn. Pengeluaran wang boleh terus ke akaun bank anda, asalkan akaun bank anda telah verify oleh pihak Paypal. Saya menggunakan akaun Maybank untuk keluarkan wang yang ada dalam Paypal. Ia mudah dan percuma jika baki duit dalam Paypal minima RM400.
Cara Tutup Akaun Paypal
Jika baki tiada, maka boleh terus klik ke bahagian profile seperti ditunjukkan di atas. Apabila anda klik, paparan di bawah ini akan kelihatan.
Cara Tutup Akaun Paypal
Klik bahagian My settings. Paparan di bawah akan keluar, dan di sebelah paparan Account type, ada link close account. Anda perlu klik bahagian tersebut seperti ditunjukkan di bawah ini.
Cara Tutup Akaun Paypal
Sebaik sahaja anda klik bahagian close account, paparan di bawah akan keluar meminta anda untuk pilih sebab kenapa anda perlu tutup akaun Paypal anda. Selepas itu ikuti sahaja arahan diberikan. Akan ada pengesahan akhir untuk pastikan anda benar-benar menutup akaun Paypal.
Cara Tutup Akaun Paypal

Cara Tutup Akaun Paypal
Dah selesai cara tutup akaun Paypal anda. Jika ada masalah, anda boleh rujuk dengan Wikihow di sini - Delete a Paypal Account.

Panduan ini ditulis atas permintaan blogger Yati Kapoor.
Panduan Lengkap PayPal

Semoga bermanfaat.

33 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ingatkan saja2 nak tutup akaun paypal hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu...silap akak la ni...adoooyy

      Padam
    2. Sy pn nk tutup sbb salah phm..beli tiket biasa direct terus kredit kad tp t'klik paypal..risau laaa

      Padam
    3. Tak perlu risau apa2 ... janji jgn ada buat pembelian dengan Paypal kira oklah.

      Biar je akaun tu.

      Padam
  2. tq HH..mmg sangat2 membantu,cuma setahu akak seandainya kita tutup acc paypal semua money yg masih ada kat dalam tu akan burn..itu masaalah akak disini..sayang dengan duit yg dah ada tu...ada juga akak rakan blogger yg cuba tolong,pindahkan amaun dalam acc paypal tu pastu transfer ke acc bank akak,namun pihak paypal nak pulak acc kad debit rakan akak tu,satu lagi masaalah timbul sbb rakan akak tu tak ada acc debit...so duit tu masih ada lagi dalam acc paypal tu...silap akak masa buat acc paypal dulu ialah tersilap letak negara Indonesia....nak ubah dah tak boleh...apa pendapat HH untuk langkah seterusnya yg patut akak ambil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu sebab saya kata dalam entri pindahkan dulu baki yang ada. Jika tak cukup, cukupkan dulu dengan pindahkan atau topup akaun kita sehingga ia dibolehkan untuk keluar. Setahu saya minima RM400 ikut kad debit visa Maybank (kad ATM biasa Maybank).

      Ada akaun bank verify tak?

      Padam
  3. ppppstt..HH..ingat nak upah orang yang pandai settlekan masaalah ni..uhuk..uhuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak upah sayakah? Nanti kang .. tak berbaloi lak dengan baki yang ada dalam akaun Paypal akak tu ..hoho

      Padam
    2. tgh dalam proses tutp acc ni

      Padam
  4. setakat ni belum rasa nak buat akaun pay pal ataupun tutup...tetapi perkongsian menarik...terima kasih abang HH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa susah la guna paypal ni Farah

      Padam
    2. Saya gunakan untuk dapat komisen produk affiliate ovrsea

      Padam
  5. thnkz..ida memang dok cari cmner nk tutup acc ni..tq

    BalasPadam
  6. panduan yg bgs. sy baru buat semalam. paypal ni free kan? xde yuran tahunan? part sy x faham ada yg kata fees dia tinggi. part mana tu erk? baru je nak ada akaun paypal, byk lg yg sy tak tahu.

    BalasPadam
  7. ada akaun paypal..tapi belum terfikir nak tutup..walaupun tak berapa nak masyuk

    BalasPadam
  8. ramai kawan2 akak yang terlibat dalam bisnes dah tutup acc paypal ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) saya still gunakan sejak 2009 .. hoho .. :)

      Padam
  9. thanks banyak2 Hasrul...mmmuahhh

    BalasPadam
  10. terimakasih3...dah close dah acc paypal...legaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... saya still guna utk bayar produk ebook yang saya beli ... :) hoho

      Padam
  11. Tak pernah terfikir lagi nak tutup akaun PayPal sebab masih guna untuk terima duit dan bayar domain hosting dan lain2..

    BalasPadam
  12. Ada paypal la senang especially melibatkan urusan duit keluar masuk dari oversea...rasanya kalau tersilap negara boleh mintak tolong betulkan kot...tapi tak pe la..dah tutup akaun pun kan.. :)

    BalasPadam
  13. salam..nak tanya sikit kat sini boleh.

    sy buka akaun paypal.
    Niat nak personal.
    tapi terbuka akaun premier.
    Kalau sy nk tukar ke personal.
    Ada cara x?
    ke kena tutup y premier dulu ek?
    thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tutup dulu akaun premier tu. Pastu buat lain ...

      Padam
  14. salam. saya ni tak tahu pape ttg paypal. boleh tak terang cane benda ni fungsi? Saya terbukak akaun paypal sbb nak bayar whatsapp tadi.. Heheh. Tapi tak faham nanti bayaran dia camne? saya guna debit kad saya ( cimb ) untuk buat tu. Saya nak terus jelaskan kalau boleh.. Hurmmm... Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh rujuk entri ni - http://www.hasrulhassan.com/2015/02/bagaimana-kedai-online-terima-bayaran-kad-kredit.html

      Terima kasih.

      Padam
    2. PayPal akan ambik duit menerusi akaun CIMB tadi, anda akan nampak notifikasi dalam akaun CIMB tulis PAYPAL, ia akan hantar satu email pengesahan kepada anda, ikuti langkah yang diberikan dalam email tersebut untuk verify akaun CIMB anda.

      Padam
    3. Salam..saya dah daftar akaun paypal.tapi kad atm belum daftar lagi.dan saya dapat satu email customer saya dah buat payment Dan saya terima Kat email.tapi bila buka akaun PayPal saya masih kosong takda duit masuk.boleh sape2 tolong saya

      Padam
    4. Apabila payment diterima menerusi PayPal, anda akan terima satu email daripada pihak PAYPAL memberitahu bahawa ada kemasukan ke dalam akaun anda.

      Bukan email dari mereka yang hantar wang.

      Paypal akan berikan satu link untuk semak kemasukan wang tersebut. Jika ada ia akan dinyatakan di bahagian dashboard akaun Paypal. Butiran kemasukan dan email penghantar.

      Padam
  15. Salam..sy buntu..terbuka akaun paypal sbb beli tiket masuk tambun..perlu ke sy tutup akaun 2? Or bia je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak guna sekarang tak bermakna esok lusa tak digunakan.
      Benda ni percuma, tak kena bayar, jadi tak perlu risau sgt.

      Jadi, cadangan saya agar biarkan je. Saya pun biarkan akaun saya selama 5 tahun tanpa ada sebarang transaksi.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement