Saya nampak dan akui. Saya selalunya tulis dan kongsikan beberapa perkara yang bersumberkan luar, dan bukan pengalaman sendiri, dan hasilnya, kurang orang nak berikan pendapat dan komen pada entri-entri ini. Yang ada pun, sekadar singgah untuk tulis caci maki sahaja.

Jangan Mudah Percaya Apa Blogger Ceritakan ...
Saya alami pengalaman ini. Saya tulis satu cerita yang nampak akan tarik perhatian orang, dan cerita itu pula bukan cerita saya 100 peratus. Banyak yang komen, adalah mereka yang hanya mahu tunjukkan rasa kurang senang pada apa yang diceritakan. Bukan itu sahaja, siap viralkan lagi.Ok. Saya tak salahkan pengunjung dan pembaca. Memanglah bila kita menulis entri yang ada kaitan rapat dengan hal orang lain, apatah lagi sentuh emosi, pasti akan bangkitkan rasa.
Tapi itulah, jangan mudah percaya apa yang blogger ceritakan. Terutama sekali cerita yang ada inti sensasi. Banyak dah cerita sensasi lagi panas berlegar dalam dunia blog ini. Dan saya tidak terkecuali ambil kesempatan daripada cerita-cerita sebegini. Contohnya, cerita pasal Kiki Kamarudin, perghh viral tu. Lagi, cerita mengenai gossip artis. Pastu saya pernah kongsikan mengenai Status Pepero Halal atau Haram, semua tu menjadi hangat dan pembaca blog mudah pula nak percaya.
Tanggungjawab Blogger dan Pembaca Blog
Dalam soal ini, ada dua perkara penting.Blogger - kena bertanggungjawab dalam bercerita dan berkongsi info, apatah lagi berkaitan perkara-perkara yang agak sensitif; contohnya tadi macam saya tulislah, kisah Kiki Kamarudin dan juga kisah Biskut Pepero. Kena belajar cara menulis dengan skala yang tidak membawa kepada satu kesalahan yang boleh menjadikan ia satu fitnah dan dosa.
Pembaca - perlu juga bertanggungjawab dengan apa yang dibaca. Sebelum anda tekan LIKE atau Tweet cerita dari sesuatu sumber, kena juga lihat adakah penulisan di dalam blog itu boleh anda guna pakai dan percaya.
Saya bukanlah mahu menegah blogger yang cuba dapatkan trafik dari kongsi cerita yang mungkin boleh dijadikan pengajaran buat orang lain, tetapi untuk ingatkan diri sendiri agar tidak berlebihan dalam menulis sesuatu entri. Jangan biarkan emosi yang tidak keruan menjadi panduan ketika menulis. Elakkan juga membangkitkan lebih kontroversi dan mainkan emosi pembaca.
Maka bijak-bijaklah dalam menulis blog. In Sha Allah, bila menulis ada landasannya, kita takkan tergelincir.
Peringatan berguna untuk aku...sebagai blogger kita juga sebagai penulis dan menjadi pembaca...
BalasPadamBenar. Dulu main hentam kromo je sebb nak trafik tinggi punya pasal. Terlalu ikut rasa nak jana income. Apatah lagi bila ada guna Adsense dalam blog, trafik tinggi memang lumayan.
Padamkita akan jawab nanti DISANA dengan apa yang kita buat DISINI .. termasuk apa yang kita tulis..
BalasPadamBetul saya setuju dengan HH. Kalau nak tulis sesuatu entry mesti berdasarkan fakta yang benar, jangan main tulis je. Lagi - lagi jika berkaitan dengan cerita orang. Sebelum tulis sesuatu kita mesti selidik dulu, faham, pastikan ianya betul - betul benar dan bukan fitnah kemudian baru tulis dalam blog.
BalasPadamAnyway,terima kasih atas nasihat dan pandangan HH.
Terima kasih kerana berasa setuju dengan saya.
Padamtips berguna untuk Sha jugak ni... :)
BalasPadamaah klo x pandai olah ayat ke arah sudut positif, mmg blh mendtgkan impak pd org yg dibicarakan
BalasPadamsekarang ramai main copy paste, especially kisah2 kontroversi
kita sbg pembaca, kena pertimbangkan..jgn diserap semua...percaya bulat2
penulis..bertggjwblah pd penulisan kita
Kelakar gak adakalanya entri disalin bulat2 sampaikan salah ejaan pun masuk sekali.
PadamBahaya kalau main copy paste tak tentu arah tanpa tahu tahap kebenaran isu yang disalin tu..bimbang jadi fitnah besar nanti..
BalasPadamBagaimana dgn blogger2 hebat yg 'sengaja' bikin fitnah terutamanya bila berkaitan artis dan bbrp hari kemudian meminta maaf kerana cerita sbnrnya bukanlah begitu..hehe
BalasPadamMeminta maaf adalah satu perbuatan baik. Ia pembuka jalan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Fikirlah positif dan ingat kita ada Tuhan yang meneliti diri kita dari sedalam-dalam hati.
PadamGua rasa nak copy paste la artikel dari blog ini... Kot-kot boleh tambah income dari blog ke kan he..23x
BalasPadamMenyindir gua la tu ....
Padamperingatan yang baik.
BalasPadamsetuju bro..dua2 pun ade main peranan dalam perkongsian artikel...mana baik..baiklah jdnya..kalau x disebaliknya :) nice sharing bro :)
BalasPadamIngatan untuk diri wan juga. Kadangkala kita leka dan lalai juga.
BalasPadamSememangnya manusia perlu sering diperingatkan. Thanks bro HH.
Dan rugilah jika kita yang daif ini tidak ambil iktibar dan peduli.
Padamberblog kena hati2. sebab menulis. boleh jadi sensasi. kalau fikir nak kejar page views tinggi je tanpa berfikir, tanggunglah akibatnya.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.