Lotte Pepero Guna Sumber Tumbuhan - Halal Korea

"Lotte Pepero Guna Sumber Tumbuhan" begitu menurut apa yang dikatakan Halal Korea. Lotte Pepero - coklat popular dari Korea, memang semakin menjadi perhatian sejak dua menjak ini. Apatah lagi ia antara produk coklat popular yang dianggap wajib beli seandainya melancong ke Pulau Langkawi. Saya sendiri ada membelinya ketika bercuti ke Langkawi tempoh hari.

Produk ini makin dikenali apabila satu entri yang telah dibuat oleh rakan blogger ini - Pepero Tiada Sijil Halal yang kemudiannya dipanjangkan kepada seorang rakan blogger ini - Status Halal Coklat Pepero - Jawapan Balas dari Haji Ismail Group Langkawi yang cuba mencari pencerahan akan status sah halal produk Lotte Pepero yang menjadi kegemaran ramai.... termasuklah saya .... :)

Ramai yang telah memberikan pendapat dan pandangan mereka mengenai produk coklat Pepero ini di entri saya yang telah ditulis di sini - Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal

Kandungan Lotte Pepero Tidak Guna Sumber Haiwan - Halal Korea

Lotte Pepero Guna Sumber Tumbuhan - Halal Korea

Mengapa produk ini menjadi persoalan mengenai isu dan soal status halal (pensijilan)?
  • Ia merupakan produk import dari Korea yang bukan sebuah negara yang majoritinya Islam.
  • Tiada bukti sahih dari segi perundangan - iaitu pensijilan yang mengatakan ia produk yang halal, baik dari segi pembuatan, bahan-bahan, pengilangan dan sebagainya dari mana-mana badan yang diiktiraf.
Jadi sebagai seorang Muslim yang mengambil berat soal makanan halal dan haram, tentu sahaja mahu tahu, bukan?

Atas kehendak ramai, pihak admin sebuah facebook page yakni Halal Korea telah melakukan usaha untuk pencerahan mengenai status halal produk Lotte Pepero ini. Saya kongsikan kepada anda semua, status wall yang telah dikemaskini oleh pihak page Halal Korea.


Perbualan Telefon antara Pihak Halal Korea dengan Lotte

Dan berikut adalah 'rakaman' perbualan yang telah direkodkan dalam panggilan telefon kali kedua yang telah dikongsikan oleh Halal Korea di Facebook.
Perbualan itu boleh anda dengar di sini, ia dirakam dalam bahasa Korea, dan mutu suara agak kurang baik - https://www.dropbox.com/s/uh8m6j2bscq3p62/-1311213019

Dan berikutan masih ramai yang seolah ragu-ragu, ini jawapan yang diberikan oleh Halal Korea.

Halal Korea - as there is hard to get hala certts here in korea, a lot of things are only can be confirmed based on its ingredients. It depends on us to eat or not. If we confident then eat. if we are not confident it is syubhah and syubhah is nearer to haram and better dont eat it. as in other country like malaysia, there are plenty other things that have halal certificate from jakim. so if we dont eat pepero there are still millions of choices.

Halal Korea Bismillahirrahmanirrahim. We check the ingridients as we are the minoriti in non muslim country where there are a few rukhsah (kelonggaran). We refer the halal haram book by Yusof Qardawi. Advise to the Muslim at Malaysia, the choice is up to you. Doesnt mean no halal cop, it is haram. What the best is your confidency(keyakinan) on the food. About lab tested, we are very pleasure if we can ask to do it. Waahualam.

Entri Ditulis Untuk Keyakinan Diri Mengenai Status Halal Pepero

Yang lain-lain tu anda boleh baca dan fahami sendiri. Nanti, silap tulis di sini, anda marahkan saya pula. Jangan silap faham, saya berkongsi informasi ini adalah untuk memberikan keyakinan pada diri saya juga, memandangkan saya juga penggemar biskut coklat ini.

Dan apa yang saya tulis bukan juga nak menjatuhkan mana-mana perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam, atau Bumiputera Islam yang menjual produk ini. Itu bukan niat saya. Niat saya ialah, jika mahu menjual sesuatu yang akan memberikan keraguan, maka carilah produk lain, in Sha Allah ada jalannya, dan elakkan menjual sesuatu yang esok lusa akan buat orang bertanya.

Maafkan saya andai ramai yang kurang gemar dengan apa yang saya tulis. Saya tak salahkan sesiapapun dalam hal ini. 

Mungkin ada yang nak tahu lebih lagi? Nak tambah input? Boleh hubungi pihak Korea Halal Association (KHA):

ASEAN REGION
1806 Garden Tower B/D Bean- Dong Gangbuk -Gu ,Seoul Korea
Contact : Mr. Kim Jin Woo
Email : jsglobal@nate.com | info@koreahalal.org

KOREA OFFICE,SEOUL
Contact : Mr. GEORGE KIM
Mobile : +82-10-5235-8474
+82-70-7517-1548
+82-70-7642-8472
+82-70-7516-1548
+82-2-999-1548
Email : halalkim@gmail.com

Halal Cerfitication & Halal ISO
Contact : Mr Lee
Mobile : +82-10-6211-1993 할랄 인증

Walaupun begitu, daripada JAKIM, dah sedia maklum memang pihak mereka telah menyediakan jawapan, sila rujuk entri-entri sebelum ini dan entri rakan blogger yang telah saya sediakan di awal blog post ini.

Update: Kenyataan JAKIM Mengenai Isu Halal Haram Lotte Pepero (3 April 2014)

Kenyataan Jakim Mengenai Isu Halal Pepero 2014


Terbitan ini adalah untuk rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia, dan mungkin tidak terpakai jika anda tinggal dan bermastautin di Korea. Pilihan tetap anda, hanya kita yang mahu mencari yang mudah soal halal dan haram ini....termasuklah diri saya sendiri.

Apa yang dikatakan JAKIM menjadi panduan saya sekeluarga, selagi tiada pengesahan sah sijil halal yang diperakui, eloklah dielakkan, kerana ia telah membawa kepada keraguan. Melainkan anda sebagai pengguna telah yakin, maka silalah beli dan makan semahunya.




{ 16 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid March 27, 2014
refer JAKIM yang terbaik kan abang HH?
acik idah acik idah March 27, 2014
TK atas pencerahan ini... I like pepero much.. :)
Azney Shamsuddin Azney Shamsuddin March 27, 2014
haaa boleh lah beli pepero lepas neh hehehe
Kucing Hitam Kucing Hitam March 27, 2014
memang dah femes dah snek nie
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 27, 2014
Itulah yang sebaiknya. Kita ada badan yang memantau. Nanti kalau kita tak rujuk, last sekali kita gak yang bising derang tak buat kerja. Maka bila mereka buat kerja, hargailah sepatutnya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 27, 2014
Saya pun suka, tapi sekarang for sure saya dah berhenti dari suka.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 27, 2014
Jika Azney yakin ia Halal, bolehlah beli ... tanpa ada rasa keraguan.
Jari Manis Jari Manis March 28, 2014
Terjawab sudah...boleh makan dengan senang hati :-)
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa March 28, 2014
sha xpernah mkn, tp teringin makan..namun bila dpt tau ni, elakkan dlu, nnt bila da confirm baru mkn, so abg nak sponsor x hahaha
Norasikin Norasikin March 30, 2014
Baru makan minggu lepas sbb kwn yg baru ke langkawi bagi.
AnonymousAnonymous April 09, 2014
SubahanAllah, walau pihak Lotte kata ingredients dr bhn tumbuhan..tanye la diri kita, kenapa mereka xapply Halal Status from HALAL KOREA...adakah sbb kilang mereka mengilangkan makanan HARAM spt PIGGYBAR from Lotte tu..be careful dearest friends...inilah SHUBHAH aka HARAM bg umat islam...wallahua'lam...
Coretanku Coretanku May 09, 2014
kalau dah kilang jual barang haram.. produk lain mesti haram punya.. contoh kalau masak ayam dari kuali yang sama yang masak babi.
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR May 27, 2014
thnkz 4 share.xpernah mkn pepero tp rmai benar yg suke
AnonymousAnonymous August 26, 2014
kalau gula-gula mcm ECLIPSE & MINTS tu mcm mne plak ?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 26, 2014
Malaysia ada badan halalnya sendiri. Tuan boleh tanya di sana. Terima kasih.