CDM25 Terlajak Biadap Kerja Kahwin Terjejas

Video Wanita Peugeot CDM25 terlajak biadap telah menjadi viral di laman sosial terutama Facebook dan trending di Twitter. Kejadian yang sungguh memalukan ini dirakam oleh salah seorang saksi kejadian dan telah dimuat-naik ke Facebook. Agak malang sekali, apa yang diperlakukan oleh wanita dengan nombor plet kereta CDM25 ini menjadi tontotan seluruh rakyat Malaysia.

Kejadian dirakam di tempat letak kereta di sebuah pasaraya di Kuantan, dipercayai pada 14 Julai 2014. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Jesicca Qi dengan caption tertulis Yesterday at the Kuantan Miss captured a very red == "you help her".

Video Wanita Model Kerja Kahwin Pemilik Peugeot CDM25

Video Kiki Kamarudin CDM25
Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi, namun kebanyakkannya menyesali perbuatan atau reaksi yang diperlakukan oleh wanita tersebut. Apa yang dipertunjukan oleh wanita tersebut seperti histeria dan hilang pertimbangan memarahi dan bersikap biadap kepada lelaki tua yang berkali-kali memohon maaf atas ketidaksengajaan yang terjadi.

Histeria Terlajak Biadap Peugeot CDM25 Dilanggar

Malang tidak berbau. Apa yang berlaku ialah kereta seorang lelaki tua yang dipercayai berbangsa Cina telah tidak sengaja terlanggar belakang kereta Peugeot yang baru sahaja dimiliki oleh wanita tersebut dengan nombor plet pendaftaran CDM25. Kereta Peugeot itu yang tentunya mahal harganya disiasat akan tamat pendaftaran pada 22 Jun 2015.

Difahamkan kereta Peugeot warna putih itu didaftarkan bawah nama sebuah syarikat iaitu Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd. Anda boleh tengok pendaftaran kereta tersebut di sini - denaihati.com/gadis-peugeot-cdm25-terlajak-biadab/

Akibatnya, instagram dan laman page yang berkaitan Kerja Kawin telah diserang bertalu-talu oleh warga internet yang marah dengan sikap wanita CDM25 ini. Saya dapati ada komen-komen yang bersifat perkauman dan maki hamun juga diberikan. Malah, beberapa komen disertakan dengan gambar-gambar parody wanita ini dengan stereng kunci kereta (stereng lock).

Facebook Peribadi Pemilik CDM25 Tutup

CDM25 Terlajak Biadap Kerja Kahwin Terjejas
Sempat saya dapatkan petikan di atas di facebook peribadi milik wanita ini sebelum ia ditutup dek kerana telah diserang oleh komen-komen dari pengguna lain yang berang dan tidak puas hati dengan apa yang telah diperlakukan oleh pemilik Peugeot CDM25 ini. Kemungkinan juga facebook Kerja Kahwin yang didapati mempunyai kaitan dengan wanita ini akan turut menerima nasib yang sama.

Secara peribadinya, agak tidak wajar tindakan yang dibuat oleh wanita tersebut, apatah lagi setelah lelaki tua itu berkali-kali memohon maaf dan menyatakan hasrat akan membayar ganti rugi seperti yang diminta - RM2000. Lagipun, kemalangan ini hanyalah kemalangan kecil yang tidak sepatutnya membawa kepada watak histeria wanita pemilik CDM25.

Tindakan wanita ini menunjukkan sifat sombong dan bongkaknya terhadap orang tua. Tiada siapa sukakan sifat ini. Malah ada pengomen yang menyifatkan apa yang berlaku (video CDM25 viral) sebagai balasan terhadap dirinya atas kejadian-kejadian sebelum ini.

Ironinya kejadian ini telah mengingatkan pada satu status yang ditulis di dinding Facebook wanita Peugeot CDM25 pada Oktober 2013. Dan saya kira ini kejadian yang berlaku sekarang adalah satu peringatan dan ingatan kepada wanita ini, dan juga sebagai satu ujian oleh Allah S.W.T agar ingat akan nikmat dan syukur.

Video Histeria Gadis Peugeot CDM25 Terlajak Biadap

Video yang dimuat naik saya kira bukanlah tujuan untuk aibkan wanita ini. Tetapi ia sebagai bukti bahawa kesabaran itu boleh terjejas walau hanya diuji oleh satu perkara kecil. Mungkin dengan adanya video ini, telah memberikan impak kesedaran baik buat wanita Peugeot CDM25 mahupun kepada kita semua.

Kita boleh lepaskan geram dan memberikan pelbagai reaksi atas apa yang berlaku, tetapi perlulah diingat bahawa setiap yang berlaku itu ada sebab dan kenapa Allah S.W.T tunjukkan benda ini semua kepada kita; terutama di bulan Ramadhan yang menuntut kita semua agar memuliakannya.

Apa yang boleh dilakukan oleh wanita ini supaya dirinya tidak lagi diserang oleh warga siber ialah memohon maaf atas kesilapannya. Dan saya pasti, seandainya wanita ini mahu kelangsungan bisnes Kerja Kahwin yang dipromosikannya, permintaan maaf secara terbuka amatlah wajar sekali; walaupun hakikatnya apa yang berlaku adalah bersifat peribadi dan tiada kaitan dengan promosi Kerja Kahwin Sdn Bhd.

Jadi, apa kata anda?

#Update
Wanita pemilik CDM25 telah pun memohon maaf di kaca TV malah di dalam corong radio. Wanita yang ingin dikenali sebagai Kiki Kamaruddin ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan menyesali perbuatan yang mengikut emosi ini.

Saksikan Video Permohonan Maaf Wanita Bernama Kiki Kamaruddin yang dipercayai Pemilik CDM25

Malah, pakcik tua yang terlibat dalam insiden ini juga telah memaafkannya. Lagipun, ia sudah menjadi satu kes polis, dan tindakan juga akan diambil.

Maka, marilah semua ambil ikhtibar dari apa yang berlaku. Perkara ini mungkin boleh berlaku pada diri anda, bagi dari sudut si pemilik CDM25 mahupun kepada pakcik itu. Harap semua berlapang dada, setidak-tidaknya perkara ini buat kita sedar bahawa kita juga akan berada di situasi tersebut.

Dan akhir sekali, cukuplah segala makian dan cacian terhadap kesilapan wanita CDM25 yang dikenali sebagai Kiki ini. Maafkan apa yang telah berlaku. Jika pakcik tua berbangsa Cina berlainan agama boleh berlembut hati dan memaafkan, mengapa tidak kita?

p.s: Entri ini telah diubahsuai supaya isu ini tidak mengeruhkan lagi keadaan. 

{ 52 comments.. read them below or add one }

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK July 16, 2014
Dah tengok..
Memang sangat2 memalukan.
Bagus tindakan Jessica upload video ni. Biar jadi pengajaran kat pompuan2 lain yang gangster kat luar sane. Marah x guna akal..otak letak kat lutut ke tapak kaki?
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK July 16, 2014
Harap Allah pelihara akhlak kita semua.
Salam kunjungan dari Life is beautiful... don't waste it.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 16, 2014
Gadis ini saya boleh sifatkan beruntung kerana dipertunjukkan salahnya di dunia. Ada masa untuk dia melakukan sesuatu bagi betulkan keadaan. Dan ia juga menjadi ingatan buat kita semua.
Hans Hans July 16, 2014
semoga kejadian ini bagi pengajaran pada semua pihak diluar sana
AnonymousAnonymous July 16, 2014
Gua suspect perempuan ni spesis macai racist...
Mrs Little Voice Mrs Little Voice July 16, 2014
Mungkin dia beli keta cash kot...tu psl marah sgt
siti maira siti maira July 16, 2014
Allah tunjuk aib dia sebb tu orang nampak salah dia,bersyukur Allah tutup aib kita..maafkan dia, tak perlulah dia di hina dikecam. Biadapnya dia Allah yang layak memblasnya..

Tapi kan hh..untung la dia berjuta org kutuk dia..bnyak pahala dia..yang kutuk tu dosa free..best kot?
Mohon pemilik cdm25 tampil buat permohonan maaf sebelum karier dia terus lingkup kena boikot..dah la skrg nie musim boikot..jangan nak masuk senarai pulak..
Mrs. A Mrs. A July 16, 2014
Harta dunia jer...
Boleh ditukar ganti
Semoga menjadi pengajaran buat gadis ni
Suriana abdul kadir Suriana abdul kadir July 16, 2014
Betul..
Minta maaf lah untuk kebaikan semua..
ewento marcello ewento marcello July 16, 2014
untuk renungan kita semua dan jadikan ikhtibar
Cik Asma BLuppy Cik Asma BLuppy July 16, 2014
doakan dia semoga diberi kesabaran yg tinggi. lagi2 bulan puasa yg takde syaitan. :)
Suhada Amir Suhada Amir July 16, 2014
Pahala hanya akan dpt jika dia dikutuk tp dia tidak melakukan perkara yg dituduh itu dikira difitnah. Tetapi jika dia dikutuk dan melakukan perkara dituduh itu adalah kifarah. Jd ini mgkn balasan dia diaibkan. Pengajaran utk semua
Normi Nieza Normi Nieza July 16, 2014
dia datang bulan kot..:)
Sham Kamarul Sham Kamarul July 16, 2014
sian betul dia ni.. cube tgk ni

https://www.facebook.com/LikeKikiKamaruddin/photos/pb.485180504910844.-2207520000.1405479400./485187748243453/?type=3&theater
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 16, 2014
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah jadinya. Bukan berniat nak memalukan sesiapa, tetapi diri sendiri yang muncul di khalayak tanpa selindung walaupun ditegur, terus terusan melakukan perkara yang sebegini.

Ini ujian baginya, kita juga akan diuji kelak, mungkin lebih teruk.
Ain Ridzuan Ain Ridzuan July 16, 2014
kerana amarah rosak segala-galanya...

http://sweetmom83.blogspot.com/2013/11/buat-duit-dengan-shaklee.html
kamil salleh kamil salleh July 16, 2014
Untuk menyelamatkan bisnesnya, beliau perlu memohon maaf kpd org tua itu dan org ramai. Jgn ingat bila bisnes mula naik dan tunjuk bongkak. Allah nak tarik rezeki seseorang, skjp saja.... beliau perlu bertaubat dan meminta ampun kpd Allah Taala...
Ammyrra Halim Ammyrra Halim July 16, 2014
Ya Allah ujian untuk dia dibulan ramadhan..

www.ammyrrahalim.com
arie Ya'acob arie Ya'acob July 16, 2014
X heran...hal mcm ni hari2 pn brlaku cme dirakam atau x jer....tndakn spontan marah sgt...ape lah yg nk di hebohkn...teruk lg pn ade..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 16, 2014
Ada kisah sebelum ini yang orang tak cerita ... dan Tuhan tunjuk kejap2 tu juga.
AnonymousAnonymous July 16, 2014
Dah akhir zaman dah... perempuan pukul perempuan dah kena hukum.. perempuan
gangster sedang menerima hukuman... patutlah zaman sekarang ni jantan suka jantan
... perempuan gangster & sombong sangat... kesian mak bapak dia...
AnonymousAnonymous July 16, 2014
Barubakai Peugeot 208 je... Belum pakai Ferrari @ Lamborghini. Melayu oh Melayu...
cik mas blog cik mas blog July 16, 2014
This comment has been removed by the author.
Cik pnatt Cik pnatt July 16, 2014
Allahurabbi... btol tu mesti ade sbb kenapa perkara ini berlaku..untuk peringatan kita semua..sang pendosa
AnonymousAnonymous July 16, 2014
Haa siapalah agaknya bakal suami dia, hati2 bro!!
AnonymousAnonymous July 16, 2014
Baru tengok tdi kt berite tv. . .serius mmg dahsyat si kiki ni. .harap die sedar la kesilapan die. .bkn ap bnde2 cmni akn buat awk brmusuh dgn rmai org. .awk hdup bkn blh sorang2 je selamenye. .pusing2. . esok2 jmpe blik. .renung2 lh wahai cik kiki oiiiiii. . .
insan biasa insan biasa July 16, 2014
Memalukan dan kurang ajar.mencemarkan imej wanita berhijab..biadap dgn org tua walaupun dia berlainan bangsa tp mesti kerna hormat.kita kan semua rakyat Malaysia need to respect each other
AnonymousAnonymous July 16, 2014
jom kita ramai2 boikot kompeni peugeot hahaha..... perempuan takde moral
Norazian Abdullah Norazian Abdullah July 16, 2014
Hahaha..baru kereta murah..ingat kereta paling mahal kat dunia tadi..takyahlah sampai nak marah2 sgt camtu..ok lagi pakcik tu berhenti..kalau dia nak tipu,ambik jerlah number plat n ic dier..bawak pegi balai..tak susah pun..kerera tu tak bawak dlm kubur pun..siapa suruh beli kereta mahai2..nak berlagak kot..dh kene langgar camtu, mengamuk sampai tak ingat dunia..kalaulah sy jadi pakcik tu,dh lama dh aku pecahkan tingkap kereta dier..berani nak pukul kereta kifa pulak kan..takder hak dier nak pukul kereta org camtu..nak kene terajang kot pompuan nih..aku yg pompuan ni pun tekanan gk pompuan tuh..rasa nak pailang dier guna kayu tu jugak..xoxo..darah muda katakan..anyway,pompuan tu mmg BENGONG+BANGANG....
AnonymousAnonymous July 16, 2014
Betul tu.. Lebih baik dpt blsn didunia drpd di akhirat.. Ini lah kifarah namanya. Semuga kta insaf dgn insiden ini.kut2 ada dikalangan kta yg baran jgak sprti kiko ni..eh kiki
sophiasophia July 16, 2014
meroyan cmtu, da la bln puasa..video da viral,bangsa lain mula anggap sme ppuan btudung, cm ppuan cdm 25..racist da satu hal..muda2 lg da x de adab,sepatutnya melayu paling kaya budi bahasa..
AnonymousAnonymous July 16, 2014
Tah tah uncle tu 5 or 6 biji bmw kat umah.. tak ke malu klu betul..
AnonymousAnonymous July 17, 2014
Setahu aku waktu itu bapak dia pun ada dan nak tumbuk cina tua itu...memang cilaka punya family...sepatuhnya harus sabar bknnya gamuk mcm anjing gila atau keterunan mereka itu dr anjing gila
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah July 17, 2014
diharap perkara ini tidak berulang lagi ke atas sesiapa pengguna jalanraya yang lain
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad July 17, 2014
Manusia itu berasal daripada perkataan Nisyan yang bermaksud pelupa. Cuba letakkan kita berada di situasi beliau.

Sewajarnya sebagai org yg mengaku Islam, Tutuplah aib org agar aib kita juga Allah pelihara kelak. Peringatan buat saya juga, supaya berhati2lahselalu... Sesungguhnya, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...
AnonymousAnonymous July 17, 2014
HAI SEMUA.. SAJA NK CAKAP SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAHN AL MUBARAK. DAN SALAM AIDILFITRI.. JGAN MAIN MERCUN TAW..
AnonymousAnonymous July 17, 2014
Hahaha kelakar komen 0713
mama darwisy mama darwisy July 17, 2014
Kesian ko kiki.. Jd bahan dah.. Sudah2 la smua. Dia dh minta maaf.huhu. Mnusia buat salah. Tp abes dah maklumat pribadi ditelanjangkan. Advance sungguh org awm jd CSI skrg. Huuhu

www.ourlovebonding.com
TunSha Ayunie TunSha Ayunie July 18, 2014
sedih satu perkara je,, masa dalam TV3 waktu dia minta maaf, still nak cerita pasal duit dan kereta, uncle tu pulak cakap agama tak ajar kita benci dengan orang yang buat kejahatan pada kita.. hurm..haih...
AnonymousAnonymous July 18, 2014
jahil budak ni....memalukan mak bapak dia aje....
AnonymousAnonymous July 18, 2014
bapak dia pun ada...???
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK July 18, 2014
Alhamdulillah Kiki dah sedar & minta maaf. Harap semua road bullies take this as a lesson.
Aini Aini July 18, 2014
semoga dia menyesal dan ambil pengajaran untuk perbuatan dia tu..huhu

http://hijaukoko.blogspot.com/2014/07/isu-kiki-kamaruddin-jangan-terlalu.html
AnonymousAnonymous July 20, 2014
This comment has been removed by a blog administrator.
AnonymousAnonymous July 21, 2014
Kiki Lala ni dan bapak dia mmg boleh pegi mampos..
AnonymousAnonymous July 23, 2014
cuba baca kronologi yang sebenar cerita kiki ni.. jgn takat tgk video tu trus hentan kiki. kalo korang tau apa sebabnya aku rasa korang dah bunuh uncle bangsat tu. dia yang hina melayu dulu dan pandang rendah pada org melayu... cari jgn xcari..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 23, 2014
Sumber polis sebaliknya berkata, berdasarkan siasatan, Kiki dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang selepas lelaki itu tidak mahu keluar dari kereta, selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kecil."Keterangan lelaki berkenaan juga mengesahkan dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kiki pada masa kejadian," katanya.

Menurutnya, surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak ganas kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya sudah membaca surat berkenaan dan pada saya semua dakwaan itu adalah mengarut," katanya.

Ini daripada PDRM ... ada yang cuba tiupkan api perkauman dalam hal KIKI ni .. mungkin sebb kecewa dengan beberapa kes sebelum ini yang tidak memihak atas kebenaran.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.