13 September 2014

Bagaimana SEO Bantu Lariskan Jualan Naikkan Jenama


Untung ketahui selok-belok SEO (Search Engine Optimization). Mengapa? Ia boleh bantu untuk lariskan jualan serta naikkan jenama. Jika anda seorang blogger yang ada kepakaran mengenai SEO, anda boleh berikan servis menulis advertorial kepada pengiklan yang berminat. Berapa caj yang anda kenakan, itu terpulang.

SEO memang boleh bantu naikkan jualan; apatah lagi bantu naikkan jenama sesuatu. Itu sebab banyak syarikat besar sudah dapatkan khidmat dan servis pakar-pakar SEO terutama di kalangan blogger untuk bantu dalam promosi. Dan syarikat-syarikat ini sanggup bayar sehingga ribuan ringgit hanya untuk minta blogger tulis satu atau dua blog post dalam blog.

SEO Bantu Lariskan Jualan Naikkan Jenama

SEO Bantu Lariskan Jualan Naikkan Jenama
Gulp. Telan air liur bila saya dapat tahu ada blogger dibayar sehingga RM2,000 ... sehingga RM3,000 untuk tulis satu entri 300 patah perkataan sahaja. Satu entri tu .. dah boleh dapat income 4 angka! Tak teruja ke?

Saya juga menyediakan servis penulisan advertorial, dan alhamdulillah, setakat ini saya berjaya tulis beberapa entri advertorial yang dibayar supaya berada di dalam enjin carian; ada yang berada di rank #1 Google, ada yang berjaya hanya di halaman pertama Google, dan banyak entri-entri saya yang berjaya berada di page 2 dan 3; ikut kata kunci yang saya gunakan semasa menulis entri tersebut.
SEO Bantu Lariskan Jualan Naikkan Jenama

SEO Bantu Lariskan Jualan Naikkan Jenama

Dengan SEO juga, saya dapat komisen bertalu-talu daripada program affiliate yang saya sertai. Saya dapat komisen dari produk niche-X, dapat komisen dari Lazada, dapat komisen Jobdirumah, dapat komisen AgenAffiliate, dapat komisen dari KlikJer, dari Ashadee .. dan banyak lagi. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi ikut cara tu.

SEO boleh bantu lariskan jualan dan naikkan jenama jika pengiklan dapatkan bantuan blogger yang pakar dalam hal ni. In Sha Allah, ia satu pelaburan jangka panjang yang berbaloi. Bayar sekali, dan pengiklan dapat keuntungan sehinggalah entri dalam blog tersebut dipadam ....

Jika anda ada bisnes, dan ada blog maka pelajari tentang SEO. Ia akan banyak bantu. Dan jika ada seorang usahawan, tetapi tidak ada pengetahuan dan mahu jalan mudah untuk tingkatkan jenama serta lariskan jualan bisnes, maka dapatkan servis blogger yang berikan khidmat penulisan advertorial ini ...

Berminat nak dapatkan servis daripada saya? Boleh hubungi saya di sini - Hubungi Penulis

Follow profile baru saya di https://plus.google.com/+HasrulHassanBlog. Untuk tujuan promosi, konten berbayar, advertorial, sponsored post, sila hubungi saya menerusi ruangan 'Hubungi Saya'.

28 Komen

bagus entri bro HH :) Inshaallah akan praktik kan dan mantap kan lg dari segi penulisan SEO :) byk nk kena belajar dari bro HH :) hari2 baca tips kat sini baru cepat belajar :) terima kasih bro :)

terima kasih untuk semua tips yang HH kongsikan :)

terbaik ^^ sy masih blur bab seo ne

memang best kalau pandai dalam seo ni :)

This comment has been removed by the author.

bagus entri HH kali ni.. nanti LeYa boleh belajar lebih lagi dgn abg HH... Moga dipermudahkan lagi rezeki

Aku masih banyak yg perlu di belajar dan dipraktikkan utk menguasai seo ni.

Memang lumayan kalau kita mahir dalam teknik SEO..banyak lagi saya nak kena belajar tentang SEO ni...

sy pn msh samar2 psl seo ni..nth ble nk btl2 phm xtahu.hehe

saya masih samar2 pasal seo nie..terima kasih atas ilmu yang diberikan

akan terus follow blog nie utk belaja lebih banyak ilmu2 seo dll..terima kasih banyak atas perkongsian ilmu.. =)

SEO adalah killer untuk dapat income kerana untuk berada halaman utama bukannya mudah!

tak pandai bleh belajar dengan bro HH...lagipun dah banyak HH kongsikan tips tu..hu3...

masih belajar tentang seo ni... harap harap dapat membantu :))

Sekalung terima kasih kerana kesudian nak cedok ilmu-ilmu blogging yang saya kongsikan ini. In Sha Allah, dengan ketekunan, blogger Malaysia boleh berjaya dan menjadikan blogger itu satu kerjaya.

Tak mengapa, belajar memang makan masa.

Sudi-sudikan berkongsi apa yang saya tulis ni kepada yang lain.

Hmm sesuai untuk blogger yang nak jana income menerusi affiliate .. ini antara teknik terbaik.

Hmmm, saya pun masih dalam proses belajar juga Nadia .... :)

Terima kasih sebab sudi follow blog ini, mudah-mudahan apa yang telah ditulis dapat dipraktikkan ramai blogger Malaysia.

This comment has been removed by the author.

nak jadi blogger pn prlukan bakat.. bakat saya tkde.. tp brusaha jer :-) - kedaionlinemy.com

SEO adalah sesuatu yang rumit kalau kita merumitkannya ... :)

Ya, betul tu, SEO bolehkan sesebuah blog jana income tanpa perlu prmot di mana-mana laman sosial pun .. :) guna blog dan pendekatan SEO in Sha Allah boleh buat duit.

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon