Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY

Jana income blog menerusi Advertorial.MY. Peluang kini semakin luas untuk blogger Malaysia menjana pendapatan menerusi penulisan advertorial. Jika dulu, peluang untuk menulis penulisan berbentuk advertorial ini agak sukar untuk dapat, terutama buat blogger baru. Penulisan berbentuk advertorial di dalam blog adalah salah satu punca pendapatan blogger yang sangat lumayan.

Jika anda seorang blogger yang bersama Nuffnang (medium pengiklanan); anda tentu perasan ada sesetengah blogger yang telah ada nama selalu sahaja dapat bentuk pengiklanan advertorial ini. Mereka dibayar untuk satu-satu post atau entri yang ditulis yang diberikan oleh Nuffnang. Ada yang cecah ribuan ringgit. Saya pernah berikan tips bagaimana nak dapatkan iklan advertorial daripada Nuffnang ini. Kalau baca tips tersebut, pasti ramai yang mengeluh sebab macam sukar je nak capai.

Jana Income Blog Menerusi Penulisan Advertorial (Advertising + Editorial)

Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY

Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY

Ok. Kali ini peluang sudah terbuka luas. Menerusi Advertorial.my; blogger Malaysia tak kira baru mahupun lama boleh mencuba nasib dengan mengiklan blog sendiri bagi mendapatkan peluang penulisan berbentuk advertorial yang dibayar, bermula dari RM50 sehinggalah mencecah RM500 untuk satu post.

Betul. Penulisan berbentuk advertorial memang lumayan sebagai sumber pendapatan blog. Blogger terkenal Malaysia Redmummy misalnya; jana income puluh ribu disebabkan menulis entri berbentuk advertorial ini. Malah saya sendiri pernah jana income 4 angka menerusi penulisan advertorial. Jadi, ia memang satu yang berbaloi untuk blogger Malaysia.

Bagaimana nak dapatkan peluang menulis advertorial menerusi Advertorial.MY?

Pertama sekali, anda perlu mengiklankan blog dan servis advertorial anda. Iklankan blog anda di dalam direktori blogger di Advertorial.MY. Untuk mengiklankan blog anda, anda hanya perlu daftar menerusi pautan ini - http://bit.ly/advertorialads

Setelah mendaftar, anda perlu isi butiran dan kelebihan blog anda. Kemudian, anda tunggu pengiklan yang berminat nak dapatkan khidmat anda. Setiap kali pengiklan mahu mendapatkan servis advertorial daripada anda, satu email akan dihantar terus kepada anda. Anda tidak perlu untuk login ke Advertorial.MY. Urusan seterusnya adalah antara anda dengan pengiklan yang berminat hanya menerusi email.

Tentukan Caj Servis Penulisan Advertorial Mengikut Kekuatan Blog

Anda berhak tentukan caj atau harga penulisan advertorial yang anda sediakan di blog. Anda boleh bermula dari RM50 atau boleh sahaja menetapkan RM150 - RM300 untuk satu-satu blog post. Tetapi kena pastikan nilai yang anda berikan itu berbaloi untuk pengiklan dan tidak pula meletakkan nilai yang di bawah harga. Rugi jika blog anda ada kekuatan tertentu, tetapi anda letakkan harga serendah RM30 atau RM10 untuk advertorial, serius ia tidak berbaloi.
Jana Income Menerusi Advertorial Blog

Saya cadangkan buat blogger Malaysia, jika mahu beri servis advertorial, letakkan harga permulaan antara RM50-RM150. Syarat dan terma anda tentukan sendiri, sebab anda kena ingat, setiap kali anda menulis advertorial, entri tersebut samada kekal ataupun anda buang setelah tamat tempoh tertentu.

Advertorial Beri Kelebihan dan Keuntungan Jangka Panjang Pengiklan

Pengiklan dapat untung berterusan disebabkan entri anda, tetapi anda dapat bayaran sekali hanya tetapkan RM50 untuk blog post. Rugi tu. Bukan rugi biasa-biasa, rugi banyak sebenarnya. Pastikan ia berbaloi untuk anda dan pengiklan.

Menerusi Advertorial.MY, apabila ada pengiklan hantar email untuk mendapatkan servis; maka lakukan urusan penetapan harga bagi setiap advertorial yang anda akan tulis. Pandai-pandailah anda berurusan, sebab bukan mudah nak yakinkan pengiklan ini.

Berminat nak dapatkan tawaran penulisan advertorial? Jika anda ada blog, dan mahu dapatkan income blog menerusi penulisan berbentuk advetorial ini, bolehlah daftarkan diri dan blog anda di sini - http://bit.ly/advertorialads

Selamat mencuba.



{ 15 comments.. read them below or add one }

mama amir mama amir August 25, 2014
terima kasih berkongsi tips...boleh juga mencuba ni...^_^
ejam ejam August 25, 2014
memang bagus sistem mereka ni, pihak IKS bolehlah ambil peluang ini untuk memasuki dunia iklan online dengan berhubung terus blogger yang menawarkan diri.
mOoN IzzaN mOoN IzzaN August 25, 2014
thanks atas perkongsian.. amat berguna.. :D
Faizal Fredley Faizal Fredley August 25, 2014
kena byr guna akaun paypal kan baru boleh daftar...kalau byr guna maybank2u lagi senang...sb x ramai aka akaun paypal ni...
yang baik Ishak yang baik Ishak August 25, 2014
minat ada tetapi saya tak ada akaun paypal, agaknya ada inisiatif untuk akaun lain tak?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 25, 2014
In Sha Allah, ada rezeki buat mereka yang berusaha ke arah itu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 25, 2014
Saya sedang usahakan .... in Sha Allah nanti boleh. Boleh cuba dulu buka akaun dengan PayPal .. saya ada berikan panduan nak buka akaun.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 25, 2014
Boleh buka akaun PayPal percuma. Saya ada buat tutorial dan entri mengenai PayPal ni. :) Apapun, saya akan cuba kontek Advertorial.my ini untuk bolehkan option tersebut.
advertorial.MY advertorial.MY August 25, 2014
Salam, option untuk bayar manual melalui bank telah di aktifkan beberapa hari lalu. Lepas pendaftaran, maklumat untuk pembayaran akan di berikan kepada pelangan di laman web dan juga di emelkan.

TQ
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 25, 2014
Terima kasih banyak-banyak. Ia sangat membantu sekali untuk blogger Malaysia.
Nieyna Zainal Nieyna Zainal August 25, 2014
dah daftar .. tengah merangkak lagi ni .. haha
advertorial.MY advertorial.MY August 25, 2014
Terima kasih juga kerana menyokong kami.
puteraduyong puteraduyong November 07, 2014
seronok pulak buat duit online ni kan ;)
Annur Syuhadah Annur Syuhadah October 25, 2016
salam bro HH..knape web advertorial.my tu macam dah xde je
Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 25, 2016
Memang dah tak ada. Dah stop .. gantikan yang lain. Mungkin sebab kurang pengiklan kot yang nak ikut saluran tersebut.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.