Hari tu saya ada cerita mengenai Pasar Kemboja yang merupakan salah satu lubuk bisnes tudung di Malaysia. Pasar Kemboja Parit Buntar memang tempat yang patut pergi untuk mereka yang nak mulakan bisnes tudung sendiri. Saya dan isteri pernah dapatkan stok tudung dari Pasar Kemboja untuk dijual secara offline - jual di pejabat dan dengan sanak-sedara di kampung.

Untung memang untung. Beli murah, jual 'mahal'. Mahal-mahal yang masih lagi di bawah harga pasaran, siapa yang tak nak kan? Laku cepat.

Cara Nak Mulakan Bisnes Tudung Sendiri

Cara Nak Mulakan Bisnes Tudung Sendiri
Masalah dengan bisnes, selalunya berkaitan modal. Bila modal terhad, macam-macam perkara dirasakan sebagai penghalang. Jadi, bagaimana nak mula bisnes tudung sendiri kalau modal jadi masalah?

Modal Bisnes Tudung Adalah Kecil

Modal nak mulakan bisnes tudung sendiri, awal-awal tak perlu banyak mana, janji anda perlu dapatkan pelanggan pertama hingga sepuluh dahulu. Dah dapat pelanggan ini, anda pegang list nama dan contact mereka. Pelanggan yang sepuluh ini sudah cukup bagus sebagai permulaan mempromosikan apa yang anda jual. Jika produk anda bagus, apatah lagi lebih murah daripada terdapat di tempat lain, mereka pasti mencari anda!
Cara Nak Mulakan Bisnes Tudung Sendiri
Ramai yang mahu mulakan bisnes sendiri tetapi ilmu tak cukup di dada. Bisnes main redah, main trial-n-error ini bukannya tak boleh. Boleh sahaja jika anda ada modal yang besar dan ada banyak masa lebihan. Berbeza dengan mereka yang mungkin mahu menjana income menerusi bisnes tudung secara betul, berterusan dan lumayan, ilmu mesti nak ada.

Ilmu bisnes satu hal. Sumber nak berniaga pun satu hal. Ada yang kurang modal, tapi nak dapatkan produk yang terbaik untuk dijual dan dapat keuntungan tinggi. Jadi ada masalah di situ.

Dalam bisnes tudung ini, kena juga lengkapkan keperluan lain, contohnya:
✔ Hanger ✔ Patung (Mannequin)​✔ Rak ✔ Tag harga

Ini sumber keperluan nak berniaga tudung. Walaupun bisnes tudung sendiri nak buat tanpa kedai, hanya dibuat di rumah, nak juga ada hanger atau penyangkut tudung yang sesuai, nak ada patung untuk peragaan, nak ada rak simpanan tudung, nak ada kelengkapan untuk tag harga. Apatah lagi kalau memang nak ada kedai. Jadi, kat mana nak dapatkan semua ini?

Sumber yang senang nak dapat, murah dan berkualiti mesti kita inginkan dalam bisnes kita. Selain sumber nak dapatkan tudung, sumber nak dapatkan keperluan bagi bisnes tudung pun sama penting.


Bisnes tudung senang sebab permintaan itu sentiasa ada. Cuba dapatkan panduan bisnes tudung akan nampak betapa mudahnya nak jadi trend-setter walapun tudung itu dari fesyen corak yang lama. Tudung mudah nak diperaga dan digayakan, jadi tak mustahil boleh menjual laris.

Beli RM8-10 sehelai, tapi boleh jual sehingga RM30-50 ..... semua itu boleh jika anda tahu nak naik taraf tudung yang dijual kepada sesuatu yang nampak eksklusif, itulah antara formula menjual tudung sehari sehingga RM500! Nak dapatkan stok tudung murah, boleh lihat panduan di dalam direktori bisnes tudung ... dan baca petua mendapat stok tudung harga rendah.

Tudung produk yang sentiasa dicari, apatah lagi golongan sasarannya ialah wanita yang memang gila shopping. Lagipun, produk ini senang nak jual online, kos pos pun murah sebab ia ringan. Nak mulakan bisnes tudung sendiri, maka kena baca panduan-panduan yang telah saya nyatakan tadi.

Semoga berjaya.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wanita juga yang kaya dengan aktiviti shopping neh..

    BalasPadam
  2. Apa2 bisnes pun kena bermula dari kecik kecik lan.. lama2 beso beso ran.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Terima kasih. Peluang mesti diberikan pada mereka yang serius nak berniaga tudung ni ... in Sha Allah, akan berjaya nanti jika berpandu pada panduan yang telah disediakan.

      Padam
  4. tudung produk sentiasa laris, ada panduan macam ni mesti bagus dan lebih berkesan.

    BalasPadam
  5. Memang best berniaga tudung ni, dah cuba masa nak raya hari tu

    BalasPadam
  6. Teringin rasanya buat bisnes tudung... laris sokmo.. demand tinggi!

    BalasPadam
  7. Erm... nak komen ke tak.. komenlah.
    Hehe nor pun jual tudung.
    Apa2 benda pun kena ada ilmu, ilmu yg dipelajari atau ilmu dari pengalaman.
    Bila untung sikit xramai yg peduli, bila untung dah mula byk, byk mata akan memerhati. Lebih selamat bergerak dalam kumpulan.
    Tips dari nor dari pengalaman carilah ilmu dan carilah network. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owhh begitu rupanya untuk berjaya di dalam bisnes tudung online ni ye

      Padam
  8. Says pon baru berjinak2 nak bisnes tudung ni. Alhamdulillah percubaan pertama laku. Dlm perancangan untuk keluarkan batch kedua. Tp, saya masih takot2 nk cuba sbb modal ketat. Sy perlukan mentor dlm bidang ini. Tp belum jumpa lagi siapa yg saya perlu berguru. Mohon tunjuk ajar.

    Jemput LIKE kedai online saya.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. dah ada pencapaian sendiri

      Padam
  9. dah ada mcm2 jenis tudung sekarang ni.. permintaan mmg tinggi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement