Kantoi. Itulah istilah yang digunakan dalam satu laporan akhbar mengenai dakwaan percubaan kerajaan Russia untuk ubah fakta dan maklumat yang terkandung di Wikipedia mengenai MH17. Maklumat yang diubah ialah berkaitan mengenai siapa yang membuatkan kapal terbang MAS MH17 terhempas.

Menurut laporan Sinar Harian, twitter bot yang tugasnya untuk memantau sebarang suntingan yang melibatkan alamat IP kerajaan telah merekod perubahan maklumat di bahagian 'Kemalangan Udara Awam', lapor The Telegraph.

Rusia Kantoi Ubah Info MH17 Dalam Wikipedia


Maklumat asli yang dikatakan telah diubah adalah "pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh pengganas yang menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang diperolehi dari kerajaan Rusia" kepada "pesawat tersebut ditembak jatuh oleh askar Ukraine".

Rekod kemaskini tersebut kemudian disiar di laman mikro Twitter https://twitter.com/RuGovEdits


Laporan asal kepada sumber berita Sinar Harian itu adalah dari TheTelegraph:
Russian government edits Wikipedia on flight MH17
A political battle has broken out on Wikipedia over an entry relating to the crash of Malaysian Airlines flight MH17, with the Russian government reportedly removing sections which accuse it of providing "terrorists" with missiles that were used to down the civilian airliner 
Adakah pihak kerajaan Russia yang sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan kapal terbang MAS MH17 terhempas di timur Ukraine? Atau adakah ini satu propaganda yang dibuat oleh mereka yang cuba memanipulasi keadaan? Semua laporan akhbar baik tempatan mahupun antarabangsa melaporkan bahawa kapal terbang MAS MH17 telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu darat ke udara. Persoalan sekarang, siapa yang menembak?

Dalam tragedi yang berlaku pada 17 Julai itu, pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas dan mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.

Ia merupakan satu tragedi dan berita sedih buat seluruh rakyat Malaysia. Dan kerajaan telah umumkan bendera separuh tiang dikibarkan bagi mengingati tragedi ini.


15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. apa pun niat yang tidak elok... akan ada kesan sampingannya... tak kan tak tahu lagi.

    ReplyDelete
  2. Harap semuanya akan terjawab, yang mana bersalah akan dibawa ke muka pengadilan..

    ReplyDelete
  3. media antarabangsa (barat) semacam berat sebelah, dah jatuhkan kesalahan pada pihak russia/pemisah. sedangkan hasil siasatan rasmi belum ada lagi.

    pada saya, russia juga ada hak nak ubah info dalam wikipedia tu, sebab laman tu untuk sesiapa sahaja sumbangkan maklumat (betul atau salah). bukannya rujukan untuk mendapatkan fakta yang totally sahih.

    ReplyDelete
  4. Wikipedia tu pun belum tentu sahih. Masing-masing boleh ubah hujah masing-masing.

    ReplyDelete
  5. Persoalan utama sekarang adakah mangsa dan keluarga mangsa akan mendapat keadilan yang sewajarnya daripada tragedi malang yang menimpa mereka ini...

    ReplyDelete
  6. Soalannya, siapa yang berani nak HERDIK Rusia?

    ReplyDelete
  7. mudah-mudahan Allah Swt memberi petunjuk...

    ReplyDelete
  8. Lama kelamaan nanti macam-macam versi cerita akan keluar, Ukraine akan tuduh Rusia dan Rusia pulak tuduh Ukraine. Nampak macam tiada kesudahan untuk Malaysia.

    ReplyDelete
  9. harap segalanya selesai dengan cara baik...insya Allah

    ReplyDelete
  10. Kesian negara kita Malaysia menjadi mangsa gara2 perbalahan org luar. May Allah bless and ease everything. Amin

    ReplyDelete
  11. Apapun harap segera siasatan telus dapat dijalankan. ada beberapa analysis dari pakar-pakar dengan beberapa teori di sudut-sudut yang berlainan, dalam Astro Awani. kita semua mahukan kebenarannya.

    ReplyDelete
  12. Moga2 dpt dselesaikan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  13. rajin plak diorang ubah ye. haha

    ReplyDelete
  14. Harap-harap ada penjelasan yang lebih baik selepas ini.

    ReplyDelete
  15. Kita doakan moga Allah beri pertunjuk dan dijauhi dari fitnah akhir zaman

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement