Sejak Pasar Kemboja Parit Buntar mula dikenali sebagai salah satu Lubuk Bisnes Tudung di Malaysia, semakin banyak pula wujud pasar kemboja baru. Tak perlu lihat jauh, klon-klon pasar kemboja mula wujud di kawasan Nibong Tebal dan terbaharu di Bandar Baharu, Kedah.

Pekan Sempadan Dua Negeri

Bandar Baharu adalah sebuah pekan kecil yang bersempadanan dengan Parit Buntar. Kedua pekan kecil ini hanya dipisahkan oleh Sungai Kerian yang mengalir lesu antara keduanya. Dan ia dihubungkan oleh sebuah jambatan yang dibina setahun selepas tragedi hitam yang terjadi di Sungai Kerian pada tahun 1972.
Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi
Tragedi itu telah menjadi satu titik hitam dalam sejarah kedua-dua pekan kecil ini. Dan tragedi itu juga menyingkap kisah keberanian seorang wira yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa feri karam tanpa mengira bangsa dan agama. In Sha Allah, nanti saya akan kongsikan cerita ini kepada anda.

Sejak dari itu, Parit Buntar telah berkembang dari sebuah pekan kecil menjadi sebuah bandar yang lengkap kemudahan. Manakala Bandar Baharu pula menjadi sepi seolah sebuah pekan koboi yang ditinggalkan. Aktiviti di Bandar Baharu terutama perniagaan, saya fikir kurang daripada 10 peratus. Jauh sangat beza dengan bandar Parit Buntar yang berkembang pesat.

Pasar Kemboja Bandar Baharu

Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi
Mungkin dek kerana popularnya Pasar Kemboja Parit Buntar sehingga berdozen bas persiaran dan bas sewa memenuhi suasana Parit Buntar setiap sabtu, maka wujudlah Pasar Kemboja Bandar Baharu ini. Saya fikir ia usaha pihak berwajib agar aktiviti di Bandar Baharu dihidupkan. Mungkin mahu menjadikan Bandar Baharu sebagai Lubuk Bisnes Tudung terbaru di utara Semenanjung.

Setakat ini, sambutan ke atas Pasar Kemboja Bandar Baharu ini masih sepi, tidak semeriah dengan apa yang berlaku setiap Sabtu, di Parit Buntar sehingga menyebabkan jalan utama sesak luar biasa.
Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi

Pasar Kemboja Bandar Baharu dibuka perniagaannya setiap Jumaat dan Isnin, mengambil idea asal Pasar Kemboja Parit Buntar yang dibuka 2 kali seminggu sebelum ini. Namun, mungkin kerana tumpuan lebih kepada Pasar Kemboja Parit Buntar, ramai peniaga khususnya pemborong kain, tudung, telekung dan aneka pakaian tidak begitu berminat untuk berniaga di Bandar Baharu, apatah lagi ia bukan hotspot bagi warga kemboja yang menjadi 'tulang belakang' perniagaan Pasar Kemboja ini.

Mungkin ada yang tidak tahu, lokasi ini adalah lokasi ketiga untuk Pasar Kemboja. Satu lagi lokasi terletak di sebelah Kampus Kejuruteraan, atau lebih spesifik di perkarangan Masjid Putih, Transkerian, Nibong Tebal.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement