Usah fikir mengenai SEO (Search Engine Optimization) jika anda seorang yang ...... ok, kena baca entri ini sampai habis. Kalau tak, anda takkan tahu apakah benda yang saya maksudkan itu.

Ramai blogger Malaysia terutama yang baru-baru nak berjinak dengan blogging tak tahu apa itu SEO. Dan dek kerana tak mahu ambil port mengenai SEO, ramai yang gagal nak dapatkan trafik dari enjin carian. Itu pilihan mereka. Saya tak paksa sesiapa pun untuk belajar dan ketahui mengenai teknik SEO untuk blog.

Kalau tak mahu fikir pasal SEO, tak mahu belajar pasal teknik nak naikkan trafik blog daripada enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing ... ada cara lain boleh diguna pakai. Saya pernah cerita serba sedikit benda ni, tapi mungkin tak berapa nak jelas sangat. Tapi saya ada satu kesimpulan untuk mereka yang tak mahu gunakan pendekatan SEO untuk trafik blog mereka.

Usah Fikir Mengenai SEO Jika .....

Usah fikir mengenai SEO jika anda seorang blogger yang kerap update blog! Anda perlu menjadi seorang blogger super rajin dengan update entri hampir setiap jam, atau paling busuk pun setiap 2 jam sekali. Mengapa?

Sebabnya ialah ... dengan kekerapan anda update blog, maka blog anda ada lebih banyak peluang untuk dikunjungi dan dibaca. Katakan 10 entri satu hari. Jika seorang baca ... dah ada 10 pageviews terakam. Macamana? Masuk akal tak?

Bukan itu sahaja, anda perlu rajin ping sana ... ping sini, share sana ....share sini. Ajak blogger tu .. ajak blogger ni .. hanya untuk berikan trafik ke blog anda. Facebook anda penuh dengan kegiatan anda kongsikan entri blog anda. Ada 10 entri, jadi akan akan ada 10 kemungkinan. Jika 10 orang dari satu group Facebook baca 1 entri ... lepas tu, ada 10 entri yang secara berkala anda promosikan ... dah ada berapa dah .... congak je bang.

Rajin. Itu kata kunci untuk anda tidak memikirkan soal SEO. SEO adalah untuk orang malas seperti saya yang dahagakan trafik ke blog. Apatah lagi bila ada lebih daripada 1 blog yang nak kena handle, jadi SEO itu perlu.

Lagipun, seperti saya pernah bicarakan dulu .. SEO ini untuk orang segan-segan nak promosikan entri dan blog. Al maklumlah, tak kacak dan tak berapa nak cun macam blogger tu .. hehehe...

Jadi, jika anda tak mahu fikir mengenai SEO ... anda kena rajin.

Usah fikir mengenai SEO blog anda jika anda seorang yang rajin update entri dan rajin mempromosikannya secara manual!

Sekian. Harap penjelasan ini jelas jelas untuk mereka yang tak mahu runsing mengenai apakejadahnya Search Engine Optimization.

Selamat berblogging .... yehhaaaa....


25 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih untuk entry ni, haha okay carl tak rajin update blog ngeh3.

    ReplyDelete
  2. ada masa rajin dan ada masa malas..perkara biasa!

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum... bro HH,

    terima kasih ....... pasal seo blog nie. Masih belajar dan terus belajar pasal SEO.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita .. sedang belajar jugak ni ...

      Delete
  4. betul..kalau rajin memang pageview akan meningkat

    ReplyDelete
  5. jika aku kaya xperlu pikir pasal SEO.
    ku hanya pkir CEO..
    hehehe..
    rajin atau x SEO rasanya mmg penting.

    ReplyDelete
  6. saya dah tak tahu apa itu seo .hehehe

    ReplyDelete
  7. Saya update blog pun ikut mood, maknanya serba sikit kena tau jugak pasal seo ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu sudah pastilah ... kalau tak ... kosonggg kosoongg je la blog

      Delete
  8. tahu basic je cukup..takyah nak dalam sangat..itupun dah cukup dah..boleh rilek like a boss :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap. Sebagai permulaan ... bila dah banyak saingan dalam bab SEO atau mungkin nak menang sesuatu .. boleh perdalamkan lagi.

      Delete
  9. den rajin gak tapi tak cukup rajin rasanya

    ReplyDelete
  10. SEO ini Alah bisa, tegal biasa. Kalau sudah biasa ia akan mudah dilaksanakan. Kalau tidak tahu SEO pun tak apa tetapi mempunyai Passion untuk menulis sudah dikira baik sebab 'content is king'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata AkuBiomed .. kena rajin adaptasi dan aplikasi ...

      Delete
  11. husna perlukan SEO sebab kadang tak sempat nak update untuk sehari tu..:(

    ReplyDelete
  12. nice info....tima kasih banyak2...sya mmg x faham tentang SEO....

    ReplyDelete
  13. SALAM ADMIN , ADA EBOOK UTK NAK SETTING SEO X..
    PERLUKAN PENCERAHAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada .. ada kursus SEO online. Nanti saya akan update.

      Delete
  14. SALAM ADMIN , ADA EBOOK UTK NAK SETTING SEO X..
    PERLUKAN PENCERAHAN

    ReplyDelete
  15. Gua nak tahu lebih lanjut tentang SEO, bila masuk contest SEO, peluang nak menang pasti ada. he..he..

    ReplyDelete
  16. Xbrp faham lg ttg seo...uhhuu... http//:lovehealthwellness.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement